Tentang Ted

My photo
::Kota Bharu::, Malaysia
::ObSeS With My AdaM.Luv My Hubbie:: Luv My Family ::
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Monday, August 31, 2009

Salam Merdeka ke 52 Tahun

Dah 52 Tahun Malaysia Merdeka
Alhamdulillah Malaysia Kita masih dalam keadaan
Aman dan Selamat
Cuma ada juga 'penjajah' yang tak sedar kediri
masing berleluasa
[dituju kpd yg mengamalkan fesyen barat,stail ala2 omputih,Sedangkan anak MALAYSIA]


Sunday, August 30, 2009

Cerita Ramadhan

Dah seminggu kita semua berpuasa
Masa berlalu cepat
Fenomena di Bulan Ramadhan..
eeemm
Biasa nya Bazar2 Ramadhan la kan
Kalau boleh 30 hari berpuasa tu
30 Bazar Ramadhan kita nak pi 'lawat'
biarla beli tak byk mana tapi asalkan
dapat berjalan sambil2 cuci mata
Tapi beringat juga
Di musim penyakit berleluasa ni
Jaga-jagalah diri kita
ANAK-ANAK yang kecil jangan lah didedahkan
pada persekitaran yg ramai orang
Mesti ada juga kan yang dah membeli belah pakaian raya
TED belum sediakan lagi untuk diri dan utk Hubbie
Tapi untuk Tuan Kecil kami
Dah siap dah dari baju, seluar dan kasut
1 lagi la kan Fenomena yang berlaku di KB nie..
PEMINTA SEDEKAH
MaAF...
Bukan TED nak menghina atau merendahkan mereka
cuma
CARA MEREKA

Datang ke pintu-pintu rumah
membawa orang TUA, ANAK KECIL
Merayu meminta wang
untuk makan berbuka
BOLEH KE?????
SENDIKET KE????
KAlau beri ALAMAKNYA
NAti ada lah sekumpulan lain yg datang
Jika tak diberi wang...
KEDEKUT KE ????
JAHAT KER???
SALAH KE???
Pada TED kan...
Lebih baik TED beri mereka tepung..gula..susu tin..biskut..
tak pun baju-baju atau tudung yg tak guna lagi ker..
Bulan Baik ni memanglah kita kena banyak buat amal bersedekah
TAPI
dengan cara dan kaedah yg betul la kan...
Sebabnya masa TED tinggal di Bt9 tak ada pulak kejadian gini
Macam-macam kan..
REnung-renungkan
dan
Selamat BerAmaL

Seloka Aurat

Ted ambil SELOKA ini dari blog bacaan TED.
Untuk renungan dan tatapan semua
Tutup aurat adalah satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib ditekankan,
Kalau tidak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.
Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tidak perlu pun ‘make up’.
Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.
Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tidak berani mengorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.
Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.
Berseluar ketat baju pun ketat
Jarangnya pula boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilakhnat,Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.
Apa yang cantik bila dipandang,
Lengan pendek tetapi bertudung,
Kelihatan seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung
Amatlah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.
Bila ditanya kenapa begitu,
Dia menjawab: fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda lelaki sudahlah tentu.
Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilakhnat tiada guna sesen.
Kalau nak “Make Up” biarlah berpadan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.
Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia akan melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian si lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.
Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang lelaki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.
Buat apa ditayangkan jambul,
Kecantikan tidak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tidak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.
Selokaku ini bukanlah berniat jahat,
Cuma ingin memperingat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.
Kalau ingin ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh, ubahlah diri,
Benda yang baik tidak perlu diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.
Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak bila wanita diperli,
Keluarga kita tidak terkecuali,
Terutama sekali anak dan isteri.
Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,Keluarga menjadi contoh teladan.
Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok anda mulai.

Kembali Bertugas

Ahad

Dah mula bertugas semula

Uish...

Malas sungguh

Maklumlah dah 1 minggu bercuti

Esok..

Cuti pulak

Hari Merdeka

Thursday, August 27, 2009

Alahai Batuk

Sekejap aje
dah nak masuk puasa hari ke 6
La nie masa bergerak pantas

TED pulak dah hampir masuk minggu ke 2
BATUK tak berhenti2blogger-emoticon.blogspot.com
Ubat dah 4 papan telan tak reda lagi batuknya
SUARA.....blogger-emoticon.blogspot.com
Terasa buruk didengar
Mujurlah kerjaya TED tak memerlukan
suara yg lunakblogger-emoticon.blogspot.com

Banyak lah meminum air masak
apa lagi diwaktu berbuka puasa
kebanyakkan kita WAJIB
air berais kan..
emmm
Kalu TED tak batuk, TED pun hentam air batu...
blogger-emoticon.blogspot.com



Friday, August 21, 2009

Balik Kampung


Hari ini
Jumaat
21 Ogos 2009
Yahooo
Balik ke Cheras
Menyambut Ramadhan bersama
Keluarga TED
Selamat Berpuasa Semua

Thursday, August 20, 2009

Bonus Di Bulan Ramadhan

Sila klik pada risalah untuk baca
dengan lebih JELAS

Tuesday, August 18, 2009

TED yg Demam

blogger-emoticon.blogspot.com
Hari ini TED demam

blogger-emoticon.blogspot.com
Sakit rupanya demam
Maklumla lama dah tak berasa sakit
Tapi hari ini TED teruji dengan

D.E.M.A.M

Pergi ke Klinik Bandar
Alhamdulillah hanya high fever sahaja
tidaklah sampai menjurus demam B*b*
yang sedang menular hebat
Ramai yg mendapatkan rawatan
Semua mcm pesen TED
heheee
Dengan mata berair+merah
Muka 25sen

penat menunggu sementara mendapatkan rawatan
Syukur dapat pulak doktor yg manis rupanya dan indah tuturkata

Alhamdullilah
Semasa entry ini ditaip
TED dah mula rasa berpeluh satu badan
Tapi ubat harus dimakan selepas ini..

Sunday, August 16, 2009

Alahai org Kota Bharu

Hari ini, balik dari sekolah
TED singgah ke Kedutaan Thailand.
Ada 'Amazing Thailand'
Jualan barangan, makanan serta urutan Thailand di sana
TED tengok barangan yang dijual biasa2 ajer

Lepas dari sana
TED menuju ke BILLION
Tujuan nya untuk beli Vitagen dan Milo utk ADAM
Dah berjanji semalamnya nak beli utk dia

Apa yg TED nak ckp nya tentang kedua-dua tempat ini
Keduanya adalah tempat yg ramai pengunjung
Di tapak jualan adalah lebih kurang 100++ orang
Begitu juga di Billion
Dan di kedua2 tempat itu org jeling tengok TED mcm lah
TED nie pembawa 'WABAK'
sebabnya TED pakai M.A.S.K

Pelik kan
Orang sekeliling TED takde pun sorang yg menggunakan Mask
KENAPA EKK...??
Tak cukup ker kempen... iklan... banner...
yang di maklumkan sekarang nie?

Yang habis mask di farmasi..kedai tu ...
buat apa?
Guna nya TIDAK
Ada pulak tadi sorg pekerja Billion nieboleh cakap
org yg pakai Mask nie ialah
orang yg berpenyakit.
Sebab org sakit je pakai mask
APA PUNYA ST*P*D la..
Tu la Parents suruh 'nagji' tinggi2
Gatai tak nak blajaq
Cikgu kata A
Dia kata E

TED tak kisahla
Biarla nampak mcm penyamun ker..apa ker..
Yang TED pentingkan
Jaga diri sendiri

SEBABNYA

TED ada ADAM
TED ada HUBBIE
TED ada FAMILY
TED jaga diri utk semua orang

Saturday, August 15, 2009

Barking At The Moon-B.O.L.T movie

Klip video kegemaran ADAM

Dari Filem Animasi BOLT

Layan.....

Thursday, August 13, 2009

Bila ADAM di depan kamera

Layan gambar2 posing ADAM



ADAM wit MR MAMA..



Gambar2 semasa pulang bercuti ke Cheras.
Bawa gi jalan2 di Putrajaya
blogger-emoticon.blogspot.com
eemmm...blogger-emoticon.blogspot.com
Balik cuti sekolah akan datang nie tak boleh dah
bersiar-siar dan riadah di Putrajaya

Nak shopping baju raya ADAM pun susah la

blogger-emoticon.blogspot.comH1N1blogger-emoticon.blogspot.com

Fenomena di kelas TED dgn MASK

Di sekolah TED hari ini dah dikuatkuasakan pemakaian 'mask'
berikutan H1N1 yang semakin menular di Kota Bharu
di kalangan guru, pelajar dan kakitangan sekolah.
Anak2 KHAS juga pakai walaupun pada awalnya 'liat'.
maklumla mereka tak biasa dan tak memahami apa
yg berlaku di sekitar mereka di waktu ini.
Anak2 ini lagilah mudah dijangkiti penyakit kerana
sistem pertahanan tubuh mereka adalah lemah.
Apa yang TED harapkan agar ANAK-ANAK ini
dilindungi dari sebarang jangkitan kuman
serta penyakit yg 'bermaharajalela' sekarang.
AMIN
Aktiviti Pendidikan Seni berjalan dalam keadaan 'mulut terkatup'


Kelas J-Qaf dgn Ustazah

Sessi Pembelajaran dalam keadaan senyap.
Hanya mata memain peranan

Perubahan Arah Jalan di KB

Perubahan arah jalan berlaku di
Bandar Kota Bharu bermula pada 11/8 yg lalu.
TED dgn Hubbie pi ronda bandar mlm2
Mudah nak kenal jalan baru
Coz malam org tak ramai
Pada orang yg bakal pulang bercuti atau
pun datang melawat KB nanti
Hati2 la dgn perubahan arah jalan di Bandar KB
Pulak dah ada KBTC [KotaBharu Trade Center]
Yang akan dibuka tak lama lagi
Lagila SESAK KB
Semakin pesat membangun

Tuesday, August 11, 2009

Saturday, August 8, 2009

Krisis Gula

Dimana2 sekarang ni
Semua tempat di Malaysia [ rasanya la kot ]
Berlaku masalah


G.U.L.A

Biasala tu
setiap kali tiba musim perayaan [ xpcially Aidilfitri kan..]
Mesti berlaku kes2 begini

TED di kota bharu pun mengalami masalah yang sama
Semalam adik ipar TED pi TESCO,
hanya boleh beli 4bungkus ajer sahaja gula

Hari ini pulak TED ke BILLION
kebetulan pula time tu lori gula tengah punggah gula
Dapat la grab 5 X 1KG
Ada 1 family ni lagi dasyat

Suami 5 KG
Isteri 5 KG
Anak dara 1 5KG
Anak dara 5KG
Anak bujang 5KG
TOTAL = 25bungkus /25KG

Barangkali meniaga kedai kopi kot
takpun buat
MANDI GULA
Kesimpulannya
Kurangkan Manis Dalam Makanan
Lebihkan Manis Dalam Senyuman

Thursday, August 6, 2009

Nisfu Syaaban



Nisfu Syaaban

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban
iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat
dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.
Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa
Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana
yg tersebut dalam sebuah hadis yg
diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban)
dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya
sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar
Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu
daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu.
Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu
memuji diriMu sendiri."Setelah Baginda saw selesai sembahyang,
Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya
pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan
kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka
yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat d
an keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan
kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti
dengan buku catatan yang baru.
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan
bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini
Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat.
Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat
setelah membaca surah al-Fatihah
Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam
selepas setiap 2 rakaat.
Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah
setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk
beribadat kepada Allahii)
Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allahiii)
Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

Arkib dari Risalah Surau Malabar Hidayatul Islam

Tuesday, August 4, 2009

Orang yg buat TED kurang ajar

Semalam TED,ADAM n MAMA pi ke HUSM.
Lawat Ayah Long yang sakit
Sekejap ajer coz ada bawa anak kecik ni takut jugak di hospital lama2
almklumla la nie kan bahayanya H1N1
Depan HUSM ni ada baru dibuka
Pasaraya Nirwana
Kami pun pergila untuk tgok2 coz ada
promosi pembukaan
Naik ajer tangga bergerak nak masuk ke dalam
pasaraya TED kena tahan dgn Pak Guard
Katanya beg yg TED sangkut dibahu ni tak bulih bawa masuk
APA hAL pula....
TED terangkan ini 'handbag bukanya beg sekolah'
dalam nie bnyk perkara termasuk botol susu
boto air, pampers, camera ,wallet n hp
Katanya keluarkan n beg simpan di kaunter
TED tetap berkeras tak nak serahkan beg
Walhal makcik2 lain bw masuk beg yg lebih besar
dari beg TED nie.
Ada jugak yg bawa masuk beg bayi..
Takde masalah pun
TED bukan nya masuk nak mencuri minyak masak ke..
bawang ker.. pampers ker...
Geram sangat2
TED pun jawab la
'Lain2 tempat saya pergi takde masalah pun encik'
[Nada suara ok lagi w/pun dah bergetar]
Jawab guard tu...
'pergi la tempat lain bukan sini'
Time tu TED terus tempik
'KURANG AJAR'
Pusing troli, cakap kat MAMA..B.A.L.I.K
Ingat kat hati nie nak cari Manager
Tapi mujur hati nie terdetik
Karang ada pulak GUard BE*G**G
tu kena berhenti kerja
Apa pulak anak bini dia nak makan...
Pasal isu beg kain TED nie
Habis TED yg jadi Kurang ajaran...
Bukan TED bawak beg GUNI pun
Dahla cian ADAM
dah Xcited dalam troli nak jalan2
Next time TAK HINGIN TED ke sana lagi
Baik pi
TESCO
BILLION
KBMALL

Saturday, August 1, 2009

Pelangi Indah

Gambar agak blur coz snap sambil drive..hehee


Pelangi petang yang indah
Diantara kawasan Kg Sireh hingga ke Pasar Siti Khadijah
terbentuk pelangi Indah
Cantik sungguh
blogger-emoticon.blogspot.com
TED dapat tengok pandangan ni dari arah Tesco tadi petang
Selepas hujan ribut berlaku petang tadi

Adam dgn skill barunya

Anak Mami ni dah pandai menyelongkar drawer baju..
Yang Mami susun salah agaknya..
Adam buat la yang betul...