Tentang Ted

My photo
::Kota Bharu::, Malaysia
::ObSeS With My AdaM.Luv My Hubbie:: Luv My Family ::
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday, September 28, 2011

Tak terjawab..

'Mana gambar baby malam tadi?'
Ada tu dalam buku...

' Mami masuk baby macamana?'Erk..!!! [tak dijawab]
'Adam sayang baby tak? Adam doa baby sihat okay?

Peluk-peluk..cium-cium..Main geletek..

Esok Adam pasti tanya lagi..
Kalau umur 6 tahun bolehlah di terangkan
Ini baru umur 3 tahun ++..
ERRMM...

Tuesday, September 27, 2011

Pengalaman Adam

Semalam sambil Ted menemani adik ipar berjumpa pakar sakit puan,
Ted pun ambil kesempatan untuk buat ultrasound.
Memandangkan dah 14 minggu pasti dah boleh
nampak baby dalam perut.
Ted mmg teruja dan nak tunjukkan pada
Adam adanya adik dia dalam perut Mami.

Semasa doktor melakukan ujian imbasan, Adam dah mula
bertanya-tanya itu ini. Bila doktor terangkan kedudukan baby,
kepala, kaki, tulang belakang, yang terujanya
ialah ADAM. Ted hanya nyatakan pada doktor,
sila lah terangkan dan tunjukkan pada Adam.

Bila hasil cetakan gambar di buat, Adam belek aje
gambar tu. 'Balik nak tunjuk Ayah'..

Tidur malamnya Adam akan cium perut..
Letak telinga atas perut..
Cakap pada baby ,
'Jangan nangis ok. Adam ada nie'..

Mami HAPPY sangat Adam..
Sangat2 HAPPY.
Adam dah makin cerdik dan faham.
ermm sensitifnya pun ada.


gambar scan baby tak dapat attach lagi..
lagipun kurang jelas.
jantinanya juga kurang jelas..
Tapi kata Adam girl.. hihih
i

Tuesday, September 20, 2011

Apabila Ibu Boleh Memilih

Anakku…

Apabila ibu boleh memilih “Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu?”, Maka ibu akan memilih mengandungmu..

Kerana dalam mengandungkan mu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah,

Sembilan bulan nak…Engkau hidup di perut ibu, Engkau ikut kemana-mana pun ibu pergi, Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan,

Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak selesa, kerana ibu kecewa dan berurai air mata.

Anakku…

Bila ibu boleh memilih ”untuk ibu berjuang melahirkanmu”, Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu..

Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu,

Adalah seperti menunggu memasuki salah satu pintu syurga,

Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia sangat ibu rasakan,

Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua, Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit,

Yang tak pernah dapat ibu ceritakan kepada sesiapa pun,

Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia.

Saat itulah…saat paling membahagiakan

Segala sakit & derita hilang melihat dirimu yang merah,

Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan,

Kalimat syahadat kebesaran Allah dan junjungan kita Rasulullah di telinga kecilmu.

Anakku…

Apabila ibu boleh memilih “apakah ibu tidur lena, atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu?”,

Maka ibu memilih menyusuimu, Kerana dengan menyusuimu ibu telah membekalkan hidupmu dengan titisan-titisan dan tegukan – tegukan yang sangat berharga,

Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada ibu dalam pelukan ibu,

Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak dapat rasakan.

Anakku…

Bila ibu boleh memilih “duduk menonton tv atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle”

Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu,

Tetapi anakku…

Hidup memang pilihan…

Jika dengan pilihan ibu, engkau merasa sepi dan merana,

Maka maafkanlah nak…

Maafkan ibu…

Maafkan ibu…

Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,

Agar tidak ada satu keping pun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang

Percayalah nak…

Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka ibu

Percayalah nak…

Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu…

Abang dan Adik

ALHAMDULILLAH
Itu lah ungkapan terbaik dan termanis yang dapat Ted lafazkan.
Baby dalam perut dah terasa gerakkan nya. Mula-mula rasa tu memang
Ted tak perasan pun. Tika tu sedang bermesyuarat UPSR 2011.
Yelah pengalaman mengandung pertama 3 tahun yg dahulu.
Bila kali keduanya terasa tolakan yg secara mengejut,
barulah Ted faham dan perasaan tu gembira dan teruja sangat.

Dan Adam sekarang juga dah menerima kehadiran adiknya
yg sedang membesar dalam perut Mami ni.
Hari-hari Adam akan letakkan telinga di atas perut dan dengan
muka 'excited' dia akan cakap 'haa..ada bunyi..'.
bila tanya bunyi apa? jawab Adam bunyi kentut..
kenapa bunyi kentut? sebab bunyi bub..bub..
Itu bukan bunyi baby kentut, tapi itu lah bunyi jantung baby..

Sekarang juga dia dah bahasakan dirinya Abang Adam.
'Ini Abang Adam'.. Kata dia dengan muka senyum comel.
Syukur.. Terbalas keperitan Mami mengalami alahan muntah
dan jatuh berat badan sebelum nie.
Segalanya sekarang manis dan bahagia.

Sekarang juga berat badan Ted sedang naik dengan gembiranya..
HAaaa.. selera makan dah ada
cuma Ted masih menolak masakan
dan makanan yang bersantan
dan yang pasti jika terlebih perasa Ajinomoto
pasti tekak Ted mengembang dan muntahkan semula.
Bagus baby Mami ni pilih makanan yg baik2 ajer.

Mungkin dalam seminggu dua ni nak ke klinik
untuk scan baby. Yang pasti
Ted nak bawa Adam bersama untuk
dia lihat adiknya ini.



detik hati : tersenyum setiap kali menonton iklan susu Anmun. Adam
pasti akan kata 'sama baby dalam perut mami kan'..