Tentang Ted

My photo
::Kota Bharu::, Malaysia
::ObSeS With My AdaM.Luv My Hubbie:: Luv My Family ::
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Saturday, March 27, 2010

Cerita dan cerita

Hari ini dalam kita mendidik anak sendiri mahupun anak murid,
cabaran nya sangat besar.
Cabaran ini bagus untuk kehidupan kita kerana dengan
adanya cabaran ini, kita dapat menilai kepada kemantapan
serta kekuatan kita dalam mengharungi rona roni kehidupan.


Cerita 1
Dalam perjalanan ke Machang...
Adam: Mami ..tu apo? [tunding Adam]
Mami : Tu kedai..
Adam: Mami tu apo?
Mami: Tu rumah..
Adam: Apo? [tunding Adam lagi]
Mami: Tu pokok..
Adam: Tu?
Mami: Tu kereta..[dlm hati dah terdetik..banyak lagi ke soalan budak nie]
Mami: Adam ..tu apa?
Adam: Tu rumah ar...
Mami:[ adush lah..kena pulak aku]..Yeah..Adam pandai..Good Adam

Cerita 2:

Adam: Mami apo?[bermaksud mami buat apa?]
Mami : Buat kerja...[sambil mencium pipi Adam]
Adam: Kerja apo?
Mami: Kerja sekolah..
Adam : Sekolah apo?
Mami: [Sambil menahan ketawa huhuuu] sekolah mami...
Adam: Mami apo?..
Mami:.[.terasa dduushh..apa lagi nak jawab.. ] Mami come...
Adam: hahahahaaa[gelak besar pulak dah..]

Cerita 3:
Adam : Abah gi ano? [Abah nak ke mana?]
Abah: Main tenis..[sambil menyarung stokin]
Adam: Tenis apo?
Abah: Tenis yang pakai raket nie..[sambil menunjukkan raket tenis]
Adam:eerrmmm.. raket apo?
Abah: Raket tenis la ayang abah nie...
Adam: Adam ikot..[melompat2 dengan harapan di bawa bersama]
Abah: Adam besar sikit lagi nati abah bawa ya..

Cerita 4:
Mami: Adam pergi mana? Mami tak ikut pun...
Adam: Adam main kakak[Adam main dgn kakak]
Mami : ADam main kat mana?
Adam: Main onald [Main di Mcdonald].. Mami .. ADam nak umah nenek..
Mami: [ sudah la pulak.. mula la nie..] Nenek rumah jauh.. Cuti sekolah
kita balik ya.
Adam: Adam nak nenek..nak umah nenek..Umah ano[Rumah kat sana]
( maksud Adam rumah di sana ialah Hotel Ombak Inn yang mana neneknya pernah
menginap disana semasa datang ke KB]

Kanak-kanak sekarang ini memang petah bercakap.
Sebagai ibubapa jangan berasa "BOSAN"
dengan tutur kata mereka. Sesungguhnya
ANAK ini lah CAHAYA HIDUP

Syukur Alhamdulillah perkembangan bahasa Adam sangat baik dan memberangsangkan
Dialek Kelantannya juga dah kedengaran..
Namun Ted tetap membetulkan sebutan Adam bila dia berbual dengan Ted
Maklumlah..Mami Adam kan 'orang luar'

Wednesday, March 10, 2010

Ikan oh Ikan


Ikan-ikan nie beri pose istimewa semasa Ted snap gambar mereka...
blogger-emoticon.blogspot.com

Tuesday, March 9, 2010

My prince and Princess


Tak puas tengok sekali..
Berkali-kali Ted tengok video ini.
Seronok tengok dua anak ni main..
Ada rakan yang tanya, Ain nie anak Ted ker...
Sebabnya sama aje rupa dengan Adam
Mungkin keduanya berkulit cerah dan bermata bulat..
Ain..
Tunggu Kakak balik ye...
Kita pi main dan makan-makan sama-sama dengan Adam ya..
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

hadiah hari lahir ADAM


Adam sangat minat dengan drum..
jadinya, tahun ini Mami dan Ayah belikan set drum
sebagai hadiah hari lahir ke 2 Adam
Sangat puas hati sebab Adam pun sangat Suka

Mami tak halang minat Adam pada muzik..
Tunggu Adam 3 tahun, mami hantar ke kelas muzik ya.
.

Monday, March 8, 2010

22-02-2010-Post yg tertangguh=

[Kisah yang tak tertulis pada hari yg sepatutnya]
22 - 02 - 2008
yang lalu Adam di lahirkan di KB
22 - 02 - 2010
Genap dah Adam bin Hasnor Rizal
2 Tahun
Membesar dengan sihat
Di anugerahkan rupa paras yang baik
Tajam Akal, petah berkata-kata

Tahun ini sambutan hanya di kalangan keluarga.
Berbanding tahun lalu, Ted buat sambutan dengan menjemput
rakan-rakan yang lain
Tahun ini kerana tarikh lahir Adam jatuh pada hari Isnin
Waktu orang bekerja...
Jadinya Ted hanya membuat makan-makan
bersama keluarga dan saudara mara terdekat.

Antara makanan yang disediakan ialah:
Roti Jala
Kari Ayam
Kentang dan Nugget Goreng
Bihun Goreng Singapore
Buah Tembikai
dan
KEK HARI LAHIR
tajaan dari Mak Ted a.k.a Unyang Adam
SECRET RECIPE
Sedap dan penuh coklat..

Tiup Lilin Nie..

::Cerita - Chinese - New - Year - yang - lalu::

Cuti Tahun Baru Cina bulan Februari yang lalu
Ted bercuti selama 1 minggu
Memang seronok
Balik KL.. Pergi bercuti bersama-sama keluarga di PD
Jalan-jalan...
Membeli belah...

Di dalam kereta sepanjang perjalanan pulang ke KL dari KB
Adam muntah di Bentong..UUweekkss.. Adam pening lama duduk dalam kereta. Mami siap mandi di Masjid Bentong..Adam lagilah.. Berlumuran muntah Mami dan Adam. Kesian juga kat si kecil Mami ni. Puncanya.. Adam makan kentang banyak+susu botol+susu tepung+duduk meniarap di kerusi belakang.. Lain kali ada rezeki kita travel dgn kapal terbang / keretapi ya

Adam dan Ain. Leka bermain permainan video PS2 yang di bawa ke hotel..
Ada Ain, ada Adam
Mandi time!!!
Mulanya Adam takut tapi lepas tu dia yang seronok sangatnya
Malamnya kami ber'steamboat' di kaki lima..
Mengadap laut
Lokasi di hadapan hotel tempat penginapan kami.
Chef nya My Ibu and My Ummi
Dua orang anak kecil yang nakal ni kalau pergi tempat bermain ini,
pastikan beli token RM10 seorang... Tak cukup kalau RM5..
Ishk..ishk.. Asal kamu happy lah..