Tentang Ted

My photo
::Kota Bharu::, Malaysia
::ObSeS With My AdaM.Luv My Hubbie:: Luv My Family ::
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Saturday, November 19, 2011

Akhir Tahun 2011

Cuti sekolah dah bermula
Dari 18 November 2011 hingga ke 3 Januari 2012.

Ted, Adam dan Incik Suami akan pulang ke rumah Mak di Cheras
23 November 2011 hingga.... belum pasti.. Apa-apa pun kena pulang sebelum
22 Disember 2011 kerana Incik Suami ada tugasan di sekolahnya
dan Ted pula akan ada mesyuarat sekolah pada 29 Disember.

Apa pun sakan cuti lah KAMI ....

SELAMAT BERCUTI KEPADA WARGA
GURU DAN MURID SEKOLAH

Saturday, November 12, 2011

Minggu 21

Dah masuk minggu 21-[ 5 Bulan ]

Perut Ted pun dah membulat dan bayi dalam kandungan uga dah mula 'beraksi'.
Nak pergi buat scan.. tapi masih tak pergi-pergi lagi.. Ermm..
Nak pergi hari ni lah..(Insyallah..)

Di sekolah, masih ada rakan-rakan guru yang tidak perasan dengan
perubahan saiz perut Ted. Yang mereka nampak ialah perubahan saiz fizikal..
(^_________^) Memang saya nampak gemuk..
Tapi gemuk saya INDAH..
'Makin berisi sekarang ni, ke.. ehh mengandung ke? berapa bulan?'
Dialog seorang rakan guru ketika Ted nak bungkus nasi goreng di kantin sekolah.
Ada juga bertanya, kenapa tak pakai baju mengandung?
Jawab Ted, selesa dengan baju kurung lagi. Lagipun sekarang ni sessi
meminjam koleksi baju kerja mama mertuaku yang dah pencen.
Time ni la nak melaram pakai baju ala-ala datin mama.
Dengan manik sana sini.. perhh nampak elegan dan eksyen la pulak..
Maklumla baju kurung mama semua jenis kain yang cantik-cantik
dan ditambah hiasan batu kristal, manik dan labuci..
Mujur la Ted bukan jenis pakai tudung yang jenis Ariani.
Kalau tak memang pakej pinjam set baju mama la sepanjang mengandung ni.
Tu belum lagi pinjam pin tudung yang panjang-panjang terjuntai
dan besar seperti sama saiz dengan kuih cek mek molek..
Ted selalu pakai pin yang saiz 5-10 sen ajer..

- sedang merancang untuk pergi bercuti ke mana ya cuti sekolah ni...

Thursday, November 10, 2011

Abang Adam - Adik Baby

'Adam, adik abang Adam gerak ni'
' Adik baby.. Abang Adam sayang adik baby. Mami sayang abang Adam tak?'
'Mami sayang Abang Adam'
' Eh, tak ingat Adam, sayang adik baby , sayang abang Adam ok..'
' Sayang .. Mami sayang banyak sangat'

Wednesday, November 2, 2011

Aku Suka Dia - Ainan Tasneem

Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Bridge :
Ku terima satu nota..darimu..
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini, ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia,
Menerima cinta darinya.. Aku suka dia…

teringat detik mula berkenalan dengan incik suami
ILOVEULOVEME

Tuesday, November 1, 2011

Pengajaran untuk diri sendiri.

Kerana pulut santan binasa
Kerana mulut badan binasa

kenapa pulut disalahkan santan itu rosak?

Pengajaran untuk diri SAYA.

Apa yang Ted luahkan, katakan, tuliskan itu

TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP
MAHUPUN YANG AKAN NAK MATI ATAU TELAH MATI.

Ted yang melatah ataupun orang lain yang melatah sebenarnya?
Kerana kenyataan status di FB, habis diwarwarkan sekampung..
Sedapkan menyindir orang.. buat orang rasa terpinggir dan
terbuang sedangkan selama sebelum ini tidak pernah ada
sebarang masalah pun.
KEnaPa mahu berasa hati dengan 'statement' itu sedangkan itu
bukan dituju kepada KALIAN.
sebab Kamu yang baca di wall FB Ted ,
sedapnya dicanangnya. Itu jenis orang apa?
Memang GEMbIrA..PUASHAtI..
apabila dapat 'sound direct' ke orang lain
TAPI sedarkah kita yang kita sendiri punya kelemahan
dan apa pula akan kita rasa jika kena pada diri sendiri.
Apa yang baik kita buat orang tak ingat tapi kerana secalit kekhilafan..
keburukan yang dicanang.

TERIMAKASIH..

Ted sedar Ted bukan yang sempurna dari segala segi dan kalian juga sama.

Dan Ted...
Ingatlah, yang terbaik itu bukanlah luaran tapi dalaman hati budi..

Dan Ted..
Jika sesiapa yang seronok mengata menyindir, jangan la libatkan diri.
Bila kena diri sendiri,baru tahu pedihnya bagaimana menerima segalanya.


Dan Ted..
Sabarlah dengan segala perkataan..tingkahlaku dan perbuatan yang telah berlaku,
yang berlaku dan yang akan berlaku.