Tentang Ted

My photo
::Kota Bharu::, Malaysia
::ObSeS With My AdaM.Luv My Hubbie:: Luv My Family ::
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Sunday, November 15, 2009

Malam Sabtu hari ini

Dah agak lama KAMI tak keluar jalan-jalan waktu malam
Jadinya malam ni KAMI keluar ke Billion dan KBMALL
Mulanya ke Billion. Ayah Adam nak beli Games PS3.
Dapat la satu yang terbaru..
Need for Speed -SHIFT-.. Games kereta..
Tak best sebab TED tak minat..
Tapi TED berminat nak dapatkan Wii..
Macam best jer.. Boleh gak main sambil xcise...
Tanya harga tadi RM900++

Bulih main tinju2.. best..best..best..

Dari Billion kami ke KBMALL.
Jalan-jalan cuci mata jer..
Sambil2 nak tengok Hp Satio dan laptop
Huhuhu..Ted pernah cakap kan HP idaman Ted
S.A.T.I.O. Sony Ericcson
Harganya : RM 2480 Original Set
fuhh... Pinar gak mata tgok harganya
Tapi itu lah MY DREAM HP..
I want it..I want it..
heheee... Bulih ker...
En Hasnor cakap 'ikut sukalah'

Leka berjalan sampai tak ingat perut si anak bujang tu dah keroncong
Kesian Little Prince Mami
Kononnya nak pi makan Pizza Hut, tapi
tengok jam dah hampir pukul 10 malam..ishkk tak sempat dah
KBMALL nak tutup.
kononnya nak makan di tepi sungai Kelantan, tapi memikir
takut ADAM embun malam pulak
Tak elok anak kecil terdedah malam-malam
Kalau demam nanti kita gak yang susah.
Last-last kami menuju ke Mc'D 24Jam di Bandar KB
Order ke Adam kentang+burger+milo panas Large
Milo tu Adam sorang yang perabih-Lapor sangat-
kentang makan lah sikit
Daging burger +roti pun makan la sikit..
Perut kenyang baru lah nampak air muka ADAM ceria semula
Pulak dapat main di mini playground kat situ
Lagi lah gumbira hatinya..

Balik rumah ajer..main kejap dengan tabung Nuri edisi UpinIpin dia..
Main dengan bola... Puas main tukar pampers..
Minum susu..last2 beradu dengan lenanya..
Bukan senang melayan karenah anak kecil yang makin bijak ni..

mana tau ada rezki..
Satio bakal dalam tangan
AMIN..
^_^


Saturday, November 7, 2009

AWANG DAN MINAH


TED baru belikan untuk ADAM sepasang ikan laga berwarna biru. ADAM suka pada haiwan-haiwan ternakan nie. Dari Lembu,Arnab,Burung hingga ke semut dan nyamuk ADAM dah pandai sebut bila nampak haiwan-haiwan ni.
TED namakan AWANG dan MINAH
kenapa...Entah saja nak nampak tradisional sket nama tu..
Harapnya AWANG dan MINAH menjadi pasangan yang bahagia dan melahirkan BANYAK2 zuriat lagi ....

B.A.N.J.I.R

Dalam jam 5.00 petang tadi,
Hubbie ajak TED dan ADAM untuk bersiar-siar
Tengok air katanya.
Destinasi yang En Hasnor bawa adalah di tepi sungai Kelantan
Di Tambatan di Raja.
Terbeliak juga mata TED bila tengok air yang dah melimpah
dan air sungai mengalir deras.
Memang ramai orang di tepi-tepi jalan
untuk melihat fenomena banjir ini.
Pulaknya hari ini cuaca cerah dan mengizinkan
penduduk menjalani aktiviti berjalan-jalan bersama keluarga
Memang seronok tengok..
Ada orang berniaga di tepi jalan berhadapan dengan Muzium Perang
Antara yang di jual
-keropok lekor[ sedap sungguh, tapi rugi plak beli RM1 jer]
- air-air minuman [ beli air anggur satu, share 3 mulut ^-^]
- sotong bakar [ fevberet nie..beli 5 ekor yg kecil =RM5]
-Jagung bakar[ sedap jugak.Hubby beli 1 jer,kerat share 2 mulut]
dan yang paling Femes
KACANG REBUS
tapi TED tak beli pun sebab tak suka makan sangat.
Apa pun memang seronok tengok suasana banjir ni
Namun di sudut hati TED
berasa kasihan kepada mangsa2 banjir ni.
Tapi kata hubbie, penduduk KB ni
seronok bila banjir
Boleh jadi pesta di sini. Tunggu dalam 2-3 hari ni pulak
Jika hujan lebat lagi
Pasti KB menjadi seperti Bandar dalam air..


Ada penduduk berperahu untuk membantu menghantar penduduk ke rumah
mereka setelah jalan raya tertutup dengan
air yang melimpah dari sungai sebelah.


Selamba ajer anak dara keciknie berendam dlm air.
Adam mami nak juga main air
tapi TED tak benarkan. Taknak Adam gatal kaki ke ,kudis ke..
Air ni kan tak terjamin bersihnya..

Sini lah di namakan Tambatan di Raja,Kota Bharu.
Air sungai yang melimpah ke jalan raya.
Air sungai nun di sana deras mengalir

Kata hubbie : jika hujan lagi esok lusa, maknanya tak ke
sekolah lah dia sebab jalan menghubungkan ke sekolah
[KedaiBuloh] tertutup dengan air banjir
di kawasan Penambang.

Kata kawan Ted di Penambang: Meh lah datang
main air.
Paras peha dah nie.
Kata Ibu Ted di talian telefon tadi : Jangan bagi ADAM
main air banjir. Apa-apa jadi nati kan susah.

Berhati-hatilah di musim BANJIR ini.
Penyakit pun akan banyak menular

Wednesday, November 4, 2009

Hujan Oh Hujan

'Erni, angkat jemuran, hujan dah turun.....'
(dialog dari cerita Pendekar Bujang Lapok)

Dalam minggu ini sahaja,
hujan turut dengan lebat
mungkin ini petanda akan banjir
B.A.N.J.I.R????

Tak pernah TED merasai suasana banjir ini.
Mujur la kawasan rumah TED ini kawasan tinggi
JIka di bahagian Kg Bwh Lembah tu agaknya mungkin
dah sibuk2 kemas dan simpan barang-barang di tempat yang selamat.

Kata rakan-rakan sekerja TED
Musim banjir orang di Kelantan ini bergembira
Bergembira bermain air terutama nya anak-anak kecil lah
Ishkk,,,,, takut pulak TED dengarnya
Ibubapa tak kisah ke anak-anak terdedah dengan bahaya ni?
Lagi satu dari segi kebersihan dan kesihatan kan tak elok..

Macam tadi dia sekolah
semasa waktu pulang, TED intai dari cermin kelas di tingkap 1
Mengucap panjang TED
sebabnya selamba membadak ajer budak2 yang Tahap 1
berkubang dalam lumpur dan air banjir di di padang sekolah
buatnya ada kilat petir tak nya jadi 'BBQ'
Siap ada aksi kuak lentang la..kupu-kupu la...
Baju,seluar dan kasut tak payah nak cakap lah..
Kalau lah di kalangan budak2 tu ada ADAM
agaknya TED pengsan la....

Pulaknya keadaan dijalan raya jadi sesak
Akibat banyak tempat air bertakung
Pulak tu pemandu2 kenderaan di KB ni kan
Tak reti-reti ke buka lampu..
Atleast pemandu lain nampak kenderaan kamu orang
Yang jenis tak sabar pun ramai
Sabor la banyak2..
TED ni pun kekadang datang juga angin gila..
Tapi beringat selalu...