Tentang Ted

My photo
::Kota Bharu::, Malaysia
::ObSeS With My AdaM.Luv My Hubbie:: Luv My Family ::
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Thursday, August 6, 2009

Nisfu Syaaban



Nisfu Syaaban

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban
iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat
dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.
Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa
Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana
yg tersebut dalam sebuah hadis yg
diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban)
dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya
sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar
Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu
daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu.
Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu
memuji diriMu sendiri."Setelah Baginda saw selesai sembahyang,
Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya
pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan
kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka
yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat d
an keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan
kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti
dengan buku catatan yang baru.
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan
bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini
Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat.
Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat
setelah membaca surah al-Fatihah
Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam
selepas setiap 2 rakaat.
Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah
setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk
beribadat kepada Allahii)
Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allahiii)
Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

Arkib dari Risalah Surau Malabar Hidayatul Islam

No comments: