Tentang Ted

My photo
::Kota Bharu::, Malaysia
::ObSeS With My AdaM.Luv My Hubbie:: Luv My Family ::

Tuesday, June 8, 2010

Pandai dia dari Kita nie...

video

Monday, June 7, 2010

Sudah pandai makan nasi dengan sudu.. ^_^


video

Keretapi Baru


video
- Puas Hati -
Dapat mainan baru
Keretapi pon..pon...
Mulanya nak Thomas
tapi tngok harganya yang $$$...
beli yg biasa sahaja la yer Adam..
Tunggu balik KL kita cari disana

hampir 2jam kami 1 rumah menahan telinga..
bunyi keretapi ponn...pon...
tak pulak bateri low..
mami beli bateri yg 'molek' pulak tu...
huuuu.. maklumlah mainan baru

Wednesday, June 2, 2010

Aliff Baa Taa Adam


video
ADAM MAMI
yang dah pandai baca Alif Baa Taa
Tapi baca mesti guna lagu klip video ni.
baru bersemangat

Tuesday, June 1, 2010

Peace All

Sekarang jari Si Adam ni dah pandai buat
simbol
~PEACE~

Sunday, May 23, 2010

6 penumpang+1 Pemandu

Selama dah masuk tahun ke-3 Ted tinggal di Kota Bharu ni,
Minggu lepas barulah Ted berpeluang ke
Kopitiam yg 'Soho' di Kota Bharu nie.
Punca nya ialah kerana 2 orang pelajar perempuan
Ted nak beli roti dan nasi di Hayaki.
Katanya bosan dan tak s**ap makan di as***a..
Yang Ted pula tawarlah untuk bawa mereka ke sana.
Bukan nya apa..selera budak ni jangan di sekat-sekat.

Wallpaper dalam kedai

Antara yang di 'order'
-Nasi Ayam Gulai
-Nasi Lemak Ayam
-Pulut Mangga
-Kentang goreng
Air Bandung
-Air Lemon
-Teh Ais
-Milo Ais
Memang menyelerakan tengok budak-budak ni makan
Rasanya nikmat sungguh bila dapat
pi makan kat luar/kedai

Yang 'best' nya .. perginya 6 orang.
Jangkaan Ted budak 2 orang sahaja
Rupa-rupanya yang tunggu di pagar
6 orang.
Campur driver ini 7 orang..
huhuu...
4 org duduk di belakang..[siap beriba]
yang dua orang lagi di depan+driver 3 orang..
Hebat sungguh KANCIL 660 Ted nie...
Memang lucu tapikan
Inilah saat gembira KAMI..
Mujurla anak-anak dara nie saiz XS dan S sahaja.

Mujurlah pintu pagar sekolah dengan Hayaki ni dekat
1 kali konar sahaja dah sampai..
Kalau masuk bandar
Mahu En Polisi atau JPJ tahan..

Buat apa diam-diam ajer..

Apa yang di buat sorang-sorang atas katil dalam bilik..
Jeng...Jeng..Jeng....

Friday, May 21, 2010

::Cerita Hari Guru::

Cikgu Nurul
16 hb Mei 2010
Adalah sambutan Hari Guru SeMalaysia.
Ted Suka Jadi Cikgu...blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com
Tahun ini berbeza sungguh sambutan nya pada diri Ted.
Perayaan kali ini di sambutan bersama
rakan sekerja dan murid2 di sekolah baru..
Memang menggembirakan dan memberi Ted satu semangat
baru dalam usaha menjadikan
Pelajar Pekak yang Berilmu..


Monday, May 10, 2010

M-O-T-H-E-R















I LOVE MY MUM...
I LOVE TO BE A MUM..

M - O - T - H - E - R
"M" is for the million things she gave me,
"O" means only that she's growing old,
"T" is for the tears she shed to save me,
"H" is for her heart of purest gold;
"E" is for her eyes, with love-light shining,
"R" means right, and right she'll always be,
Put them all together, they spell
"MOTHER,"
A word that means the world to me.

Sunday, May 9, 2010

Ais Batu Campur

video

Ted pergi beli Ais Batu Campur (ABC) di Kubang Kerian
Makcik jual ni masih menggunakan cara lama
iaitu dengan menggunakan tangan untuk memarut ais batu..
Perhh..macam nak try cuba test ajer..

Monday, May 3, 2010

Adam dan BasketBall

video
Akhirnya
ADAM dah dapat score markah.
Dah dapat masukkan bola ke dalam jaring..
My Good Boy

Bila Adam dapat masukkan bola ke dalam jaring,
Ini bermakna Adam dah dapat tumpukan
perhatian dengan baik. Dia dapat 'target'
bola di tangannya mesti dimasukkan
ke dalam jaring..
Kondinasi mata, tangan serta tumpuan minda yang baik..
ALHAMDULILLAH..

Monday, April 19, 2010

Solat Berjemaah

Yang beseluar pelikat itu Adam..
Perhh..seksi anak Mami..
Adam buat apa tu....

Alhamdulillah...Sejuk hati Mami tengok Adam siap berkopiah
untuk solat jemaah bersama Abah dan Mama
tapi kan Adam...Bajunya mana?..
blogger-emoticon.blogspot.com



Wednesday, April 14, 2010

Jangan Kejar Aku

Masa menghambat aku…

Aku…

Terus berlari…

Masa terus menghambat aku…
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Saturday, April 10, 2010

Vitagen Oh Vitagen

Sedang Ted mengadap TV sambil melipat baju..

"Mami..Gen Adam habislah"

"Habis dah ke..nanti kita beli ya"
Adam berlalu ke peti ais dan membukanya..

"Haa..tak ada dah gen Adam"..

Ted sempat menjeling ke E n Hasnor..

"kena gi beli ni bang."

"Ok..jom kita pergi Tesco. Beli Gen Adam ok"

Kat dalam peti sejuk mesti ada bekalan Vitagen untuk Adam
Jangan di minum pasti dia merepek marah.
Kalau dah habis pasti mulut kecik ni tak berhenti cakap yang Gen dia habis..
Dah jadi minuman wajib untuk Adam.
Kalau tak dapat..

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com la jawabnya



Friday, April 9, 2010

aku penuh Tekanan

Ted Sangat Pening hari ini
Tekanan kepada
Permasalahan yang berlaku awal pagi...




Hasilnya
SAKIT KEPALA



Makan Panadol sebiji..
[TQ to Goh..mujur u bawa panadol]
Rehatkan minda dalam 20 minit
Rasa kuranglah sedikit tekanan
Untuk menyiapkan tugasan
menulis ringkasan mengajar hari ini
Bawa buku
duduk di meja batu bawah pokok
buka lagu dari Hp Ted..
LAlalaLalalaLalalaaaa,,
Hati sedikit Tenang

Balik sekolah lewat dengan urusan KERJA..
Alhamdulillah dapat rezeki makan mee goreng
Makan panadol..
Mandi-mandi
dan TED TIDUR
Ubat merehat badan dan minda..
Terima kasih untuk semua....
  1. Goh Gaik Li
  2. Madihah
  3. Ustazah Noraini
  4. Kak Rahimah
  5. Kak Azilal
  6. Kak Ani
  7. En Zailani

Sunday, April 4, 2010

tepek..tepek ADAM

Kat Kedai makan pun Layannn.... Sticker..
Asal dia senyap dan tak ngaco...

Adam, Good Boy
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Kelas untuk Adam


A..B..C...

Bola...

Basikal...

Aiskrim...

Kereta...

Pandai Adam

Tengah Kotak Kuning tu Bro...


Wahai orang yang memandu kereta ini...
Kamu sedarkah kesalahan KAMU..
Sebenarnya pemilik kereta ini
SEDAR

Tapi selamba rock+badak+BOD** dia memajukan
kereta dia kehadapan dan berhenti di
Tengah garisan kotak KUNING itu..

TARAK BETUL PUNYA PEMANDU..

Saturday, April 3, 2010

Cuti Mac 2010

Jika Kami pulang ke KL pasti tak lekat di rumah.
Mesti ada sahaja aktivitinya.
Semasa pulang cuti bulan Mac yang lalu, Kami Sekeluarga
ke Mines. Aktivitinya ialah anak-anak bermain air di
Taman Splash Mini di atas bangunan Mines,
karaoke dan ibu Ted bermain boling dengan rakannya.
Kiranya di bawah satu bumbung tempat,
banyak aktiviti boleh di jalankan bersama.

Aksi dan reaksi Adam di dalam air yang hanya dalam lutut dia ajer..

Ain yang sememangnya 'antu air'.
2 anak kecik ni la yang sakan nya

Dalam bilik karaoke..
Mak dan Umi yang bukan main lagi berkarok..

Di lain harinya pulak, bersama Mak, Ain,Adam ,En Hasnor dan
Along&Angah kami ke Alamanda.
Aktiviti utamanya ialah..budak2 main games
dan kami Makan-Makan...

Sedap hingga menjilat jari si Adam..

Adam dan Ain.. Cute sangat kaletah 2 anak ini..

Friday, April 2, 2010

TimesSquare-Melaka dgn Keluarga En Hasnor Rizal

Entry yang tertunggak..
tak berapa kali dah Ted menunggakkan entry..
huhuu..ada ker perkataan tu
Cerita ini tentang percutian keluarga En Hasnor ke KL dan Melaka.
Kebetulan adik ipar Ted,Aika ke KL untuk urusan perniagaan
Jadinya Abah,Mama dan Aimi pun ikut sama
Untuk berjalan-jalan dan bercuti..

Tempat pertama yang kami pergi ialah
Times Square. En Yusri[suami Aika] nak beli barangan
baiki telefon di Low Yatt..Jadinya kami yang lain habiskan masa di Time Square sahaja

Agenda Anakanda Ted ialah
M A I N
Bawalah budak kenit ni ke tempat permainan..
RM30 masuk ke mesin permainan dia..
P U A S H A T I A D A M

Sambil tu di sana ada pameran haiwan yang dah pupus
Pameran Dinasours...
Adam..hehee takut..menangis nak keluar..
Layan gambar je lah.. tak tau nak tulis apa daa..





Hari kemudian nya kami ke Melaka. Buat lawatan mengejut ke Bani..
Memang menjadilah..Bani memang terkejut..

Pastu kami ke Zoo Melaka..

Mami, Adam dan Acu naik Gajah..Adam relak je..Mami gabra gak..
Selain gajah Mami dan Adam naik kuda. ini pun atas permintaan Adam..


'Good boy' Mami..
Buah Hati Mami..


A d a m & S t i c k e r

Kegemaran Adam [di masa ini]
Menampal stiker ke dalam buku atau kertas atau lantai rumah

Kalaulah dapat Adam sticker dan buku, akan duduk diamla anak ini
Tak pusing kiri kanan..
Tunduk mengadap buku sahaja
[Kata Adam~buku tepek Adam=Buku sticker Adam-
Stiker kan ditampal..dialek sini tepek..]

Pada Ted aktiviti ini dapat membantu tumpuan Adam serta
meningkatkan kreativiti Adam.Selain itu Adam juga lebih disiplin menjaga barangan dia.
Mana tak nya jika sesiapa usik barangan dia
pasti Adam akan kata
"Hey,hak Adam" ataupun "Adam punya laa"

Antara koleksi karektor yang Adam ada
  1. Upin dan Ipin( wajib ada nieee)
  2. SpongeBob SquarePants
  3. Tom and Jerry
  4. Lilo & Stich
  5. Doraemon
  6. Thomas&Friends
  7. Mickey Mouse
  8. Pooh