Tentang Ted

My photo
::Kota Bharu::, Malaysia
::ObSeS With My AdaM.Luv My Hubbie:: Luv My Family ::
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Sunday, May 31, 2009

Kota Bharu S.E.S.A.K

Pagi tadi around jam 10.30 TED pi la wat urusan bank..
Ingatkan kita ni dah kuar awal..rupa-rupanya.....
SESAK NYA JALAN KOTA BHARU
Ramai dah orang di perantauan pulang ke kampung mereka..
TED????
Nak balik KL 5/6 jun nati....




Pemandu 'TAK BERTAMADUN' ..Sebab dialah jalan terhalang..

Tengok lenggang sebenarnya ... B**gap

Anakanda MAMI lena dlm kesesakan..
Mujur aircond keta MAMI sejuk sesejuknya

dah cuti Lah..

Tadi TED bangun A.W.A.L..
Tarik ToweL..
Jalan slow2 ke Tandas dgn mata tak berapa celik...
TETIBA mama pun ckp 'awal bgun..sekolah cuti kan'..
hehee..garu kepala tak gatal..
konar masuk bilik semula..
nak sambung tido mata dah celik.. nak solat..'mc'..
Sumbat baju dlm mesin...
bum... T.I.D.O..jap lah...

Saturday, May 30, 2009

Hero T.I.D.U.R

Hero MAMI tido....

Tadi Adam yang beria-ia nak pi TESCO..aLih2 tido plak

Thursday, May 28, 2009

Perkongsiaan Cerita..

Apa yang TED nak luahkan diatas papan kekunci ni..
Hanya la utk 'merelakskan' HaTi...
K.A.W.A.N..... S.A.H.A.B.A.T... sAma Atau Beza????
Hidup tanpa KAWAN???
HiduP Tanpa SAHABAT??
ATAU ...
Tak kesahlah kalu tiada kedua-duanya..
ALHAMDULILLAH...
TED ada HUBBIE dan ADAM ..
SAHABAT..TEMAN..RAKAN.. Sehidup Semati....MAMI SAYANG AYAH DAN ADAM

Disaat ini TED rasa ingin kembali ke SKPKSELANGOR....
Kak MIMI..Kak INA..Kak ANA... TED sayang KALIAn..
I MISS YOU ALL
Dan JUga Utk RAKAN2 LAIN yg SELALU di HATI TED...
TC, PAULINE, LIA, KAN INTAN,
UtK RAKAN2 YG PerNAH TED BERKONGSI Rasa...
KAK LIN..CDA..ABG SYAM..BABY...
TAK LUPA untuk RAKAN2 yg BERSAMA kita DIDIDIK...
BED,AYU,OGY,MAS,YOP,IM,NORA,LIZA..

Yang dapat TED KATAKAN
TERIMA KASIH

Cuti Sekolah!!!!


Ini lah detik2 yang TED sangat2 SUKA...
Macam dapat INTAN BELIAN....
SeLamaT BerCuti Kepada semua WARGA PeNDIDIK dan Juga ANAK2 Yang bergeLar MURID SEKOLAH..
Jaga diri di musim cuti nie..
Jangan Lupakan BUKU....

Wednesday, May 27, 2009

Nasyid Arab..My Ummi



klip lagu nie menyentuh Hati Ted
Tak faham nyanyinya tapi dengan
melihat klip ini ...[TED tak study bhsa ARAB]
AirMata dgn sendiri mengalir

Tuesday, May 26, 2009

Minat ADAM pada ART...

ADAM MAMI sangat la minat dengan
PenseL/Pen?Marker dan juga KERTAS/
BUKU/ PAPER+BUKU SEKOLAH ACU dia..
BUKU SEKOLAH MAMI pun ADAM suka...
Tapi yang PALING ADAM sayang ialah
Drawing Block yang MAMI beli di TESCO..
HasiLnya.. ADAM akan pegang pen...
meniarap (macam budak buat kerja sekolah jer)
dan dengan diam nya ADAM akan melakar
hasil tulisannya+lukisannya..
Gambar2 dibawah menunjukkan ADAM dalam beberapa aksi nya..
Tu conteng suratkhabar hari nak dibaca tu


Tak menyempat MamI nak sarungkan baju ADAM


Tekun buat 'kerjA Sekolah'


eemmm


Pandai dah ADAM MAMI ni


Next year dah boleh daftar Smart Reader

mISS mY FrIEnD

·
TED&KAKMIMI
You'll always be my friend
'cause you're the best
Always sweet and caring
never made yourself a pest

Shared many great times
throughout the years
Together we have laughed
and have shed lots of tears

But what I can truly say
is you've always been there
So these words of gratitude
with you I wanna share

Thanks Friend For Being There!

Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta..!


Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan
sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang
dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis
toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti
melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta).
Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi
tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan
ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan
risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki
persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap
tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang
terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit,
tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari
tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik
yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan
ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi
udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh
mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk
menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.


"When someone shares something of value with you and you benefit from
it, you have a moral obligation to share it with others".

Hargai Insan Bergelar ISTERI


Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka
kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh....
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari
,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..
Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak….

Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah
,
Tapi bila dah habis cuti tu.. layan lah suami.."offer" lah pada suami ,
Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala ..jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih…


Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.

Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?


Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang
bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.


Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia

terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua.
.

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga...
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.


Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain...

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Ses
u ngguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.





Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"


Marilah kita ucapkan kalimah ini:

"Laa ilaaha illallah!" x 10

Sunday, May 24, 2009

Try Cafe Baru


Petang kelmarin ambik mama balik dari kerja .. Memang jadi rutin TED sakarang ni hantar dan jemput mama dari tempat kerja sebabnya selama 2 bulan nie kereta mama Bani [adik ipar TED] yang guna. Jadinya saja la TED ajak mama pi kedai makan baru untuk dicuba makanan nya. ni pun kawan sekerja TED dok cakap sedap la..cantik la kedai dia.. Nama kedainya 'JIMI CAFE' terletak di jalan Kubang Kerian berhadapan dengan Pasaraya BilaL. Kedai ni berkonsepkan 'urban stail n kaler temanya ialah oRen.. Gambar Kedainya tak sempat snap.

Anak Mami yang 'aktif' dikedai

ini order utk Adam. Nuggets RM 3.00

Nasi lemak -RM 3.50..

Air TED.. Nama gapo lupa dah..Tapi ada rasa2 sprite gitu +vanila aiskrim.RM4.00

Adam minum nescafe ais dgn MAMA

Makan Nasi Lemak.. Mami pulak suap aiskrim..
Senang Hati perut Kenyang..

Kesedapan dan kelicinan makanan
Hasilnya ADAM MAMi mengembang dah...


MAK,IBU,ATUK buat UMRAH

Malam ni jam 11.20 malam, Ibu, Mak,Atuk,Along dan Syarafi bertolak dari KLIA ke Mekah untuk membuat Umrah selama 2 minggu.. Mereka akan pulang 6 Jun nati...
Ted rasa sedih sangat sebab berjauhan dari mereka INSAN yg sangat TED SAYANG dan perlukan dalam hidup. Jika TED masih di sana pasti TED akan bersama-sama hantar mereka berlepas dan PASTINYA TED la yang huhuu...ishk..ishk.. dulu.. TED hanya dapat mendoakan mereka selamat pergi dan selamat kembali dan mendapat perlindungan dari ALLAH.. Ini adalah gambar2 yang IBU TED mms dari airport..

Ibu wit AIN..Mesti Ain nangis nak ikut..

Uda TED.. Syafiq dalam pelukan MAK n Syarafi yg juga akan ke buat UMRAH..

2 INSAN kesayangan TED. MAK & IBU..[ibu look nice wit tudung]

Along..UMMI..MAK..IBU..

Bengkak2 mata TED menangis ingat kat MAK...IBU...ATUK... TED tahu, kalian semua juga ingat kan TED.. DOA kan TED,ADAM,RIZAL di sana..

Thursday, May 21, 2009

Adam Mami dah Pandai Bergaya

Hero Mami Merenung Jauh


Pandai Dah nak Bergaya


Besar spek dari muka..Adam Mami takde 'Batang Hidung' la..ssh nak sgkut spek


Kalah Ayah ..punyala Ensem Anak Mami nie..

Khamis...Esok Jumaat..CUTI MAH....

Last day sekolah utk minggu ini..
Yaaahoo... Cikgu pun nak cuti jugak...

Selamat Bercuti di hujung minggu kepada rakan2 di Pantai Timur,Kedah dan Perlis..

Wednesday, May 20, 2009

Tafsiran Bulan Kelahiran

JANUARI- TED

  • bercita-cita tinggi dan orangnya serius [cita2 mmg tinggi.. serius ke TED nie...MemangPUN...huhu]
  • suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik [ heee...mana ada]
  • peka dengan setiap yang dibuat nampak keuntungan [ takjugak..kalu ye mesti TED buat MLM kan..tak MINAT]
  • suka smart, kemas dan teratur [ mesti la..penampilan kan]
  • sensitif, berfikiran mendalam [ ada gak kot..]
  • pandai mengambil hati orang lain [ BODEK...huhu]
  • pendiam kecuali setelah dirangsang [ tak jugak diam mulut TED yang come ni]
  • agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi[ muhahaa..Pemalu ???]
  • mudah mendisiplinkan diri sendiri [ Insyallah... disipLin...]
  • badan sehat tetapi mudah diserang selesema[ yg nie memang Betul....BetuL...]
  • bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkanya [ malU nyah...]
  • cukup sayang kepada kanak-kanak[ ehemm.. CiKgu Kan...]
  • suka duduk di rumah[ uiks..tak jugak hari2 gi Tesco..KBMalL..BilliOn..]
  • setia pada segalanya[ Kat Hubbie nie...]
  • rajin belajar dan kemahiran sosial [ rajin...rajin..rajin... ]
  • sikap cemburu yang sangat tinggi[ Aloh...tet..tet..tet...]

OGOS -BIE

  • suka berlawak[ ada ker...ada la gak...]
  • mudah tertawan kepadanya[eemmmm..tang tahi lalat di dagu tu Bie...]
  • sopan santun, caring terhadap orang lain[ caring kat MAMI dah la ekk...]
  • berani dan tidak tahu takut[ huhuhuuu]
  • agak tegas dan bersifat berkepimpinan[ ada ciri2 ni]
  • pandai memujuk[ pujuk ADAM ...]
  • terlalu pemurah dan bersikap ego[E.G.O. memang ada dlmm diari diri LELAKI]
  • nilai harga diri sangat tinggi[ yups..]
  • dahagakan pujian [ cepat kembang kalu dipuji]
  • semangat juang yang luar biasa[ byk new idea utk sek dia]
  • cepat marah dan mudah mengamuk terutama cakapnya dilawan[byk diam jer bila TED membebel]
  • sangat cemburu[ tak nmpk pulak]
  • daya permehatian tajam dan teliti [ he's smart hubbie]
  • cepat berfikir dan berdikari [ no komen]
  • suka memimpin juga dipimpin [ gtak sure pulak bab nie]
  • suka barangan-angan[ a.k.a TIDO ler]
  • berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat[ pandai melukis..main muzik..SILAT???hahahhhaaa meh TED jd tokguru ek..]
  • sangat sensitif tetapi tak mudah merajuk[ ye kan bie...]
  • mudah mendapat penyakit[ Alhamdulillah BIe sehat Sokmo..cuma bie senang bersin jer]
  • sentiasa belajar untuk relax[ Relax yg byk nye....]
  • kelam kabut [ takde plak..COOL jer...]
  • romantik, pengasih dan penyayang[ tanya ADAM la...apa jawabnya..]
  • suka mencari kawan[ K.A.W.A.N jer tau...]
Adam FEBRUARI...
Takde la N3 ADAM..Coz ADAM stiLL B.A.B.Y lagi...

Monday, May 18, 2009

Cerita Hari Guru Ted

16 Mei yang lepas.. Hari Sabtu adalah Hari Guru 2009.. Rupanya dah tahun ke-5 TED
bergelar GURU..
Banyak SMS yang TED terima mengucapkan Hari Guru.. Orang first yang antar sms ialah Hubbie Ted sendiri.. Short n simple sms 'Selamat Hari Guru'.. aloha...tak romentik punya sms.. tapi Hubbie wish jam 12.37 pagi..Time tu TED n ADAM lena tersangat2 dah..
Antara SMS yang TED terima :

'for all the THINGS you do, for all the SACRIFICES you make,
for all the LOVE & KNOWLEDGE you give,
It has made you a WONDERFUL TEACHER
(sms dari Cikgu Tina/SKTM)

'I can appreciate coffee without sugar,
nights without lampu, Burger without keju,
BUT NoT school without CIKGU
HAPPY TEACHER"S DAY TO YOU
(sms dr Cikgu Teoh-Deaf teacher from skpk A.Star)

'Bila murid duduk...cikgu berdiri.
Bila murid kena seligi..cikgu pulak kena gari..
Murid datang naik BMW 7 series..Cikgu datang naik kancil secondhand
Murid pi belajar sampai PhD.. Cikgu baru berkira-kira nak samb.degree
Namun begitu.. di dunia kita berbakti, moga akhirat syurga
tempat kita kekal abadi..Salam Hari Guru..
(sms dari Cikgu Haslia-exschoolmate di Skpk Selangor)

Ini lah diantara sms yang TED dapat dan ada banyak lagi tapi tak larat la nak bubuh semuanya..
Kepada TEMAN-TEMAN Seperguruan.. SALAM HARI GURU.. Kepada GURU2 yang mendidik TED dari kelas TABIKA Kemas SK Batu 9, Jalan Cheras ...guru2 dari tahun 1-6 SK Batu 9, Guru2 Tahun 1-6 Sek.Agama Kampung Sungai RayaBatu 9..Guru2 SMK ABD JALIL,Hulu LAngat..Pensyarah2 di Maktab Perguruan Ilmu Khas... Thanks a lot.. Kalu tiada kalian semua TED sendiri tak akan bergelar 'CIKGU NURUL'





Tuesday, May 12, 2009

NgomeL sendirian

Apa nak cerita pun tak tahu..
La ni susah sket nak luang banyak masa dpn laptop. Internet di rumah problem la pulak coz kena 'fire' dek kilat minggu lepas..
La nie TED di sekolah curi2 masa lepak di bilik akses. Kelas TED tarak so buang masa+ menambahkan pengetahuan la lepak ngadap monitor 15 inci nie..
Banyak hal nak diluahkan tapi macam tak terluah..
Dalam minggu nie ingatan TED kembali kepada sesorang itu...
Semoga seseorang itu berada dalam lindungan ALLAH S.W.T
Rindu nya nak balik umah MAK...
Rindu nak makan SAMBAL BILIS CILI API MAK..
Nak masak sendiri sure tak jadi sambal bilis mcm MAK buat..
RIndU kat AIN TOT...
RiNdu Kat IBU
RinDU Kat UMMI
RinDu KAt ATUK..
Rindu Kat RUMAH 79 Kg Sg Raya...

Thursday, May 7, 2009

Proud to be ur mami...ADAM

Mami Love Adam



Wednesday, May 6, 2009

ALahai Aniq

Dialog TED dgn ANIQ..-anak disleksia TED-

T : Malam tadi hujan lebat tak?
A : Hujan .. Rumak kito jetaq..kito tutup palo dgn bata
T :'dlm hati tertanya apa pulak la 'jetaq' nie.. Jap ek..Cikgu gi ambil buku ..

Sebenarnya Ted pi jupe dgn Kak Ira tanya apa maksud 'jetaq' tu
.. Sekembalinya TED ke dalam kelas...
A : Cikgu Nurul, sie' cikgu..kito royak cikgu tak paham.. Bakponya dok tanya kat kito.. Jetaq tu letrik mapus keno panah petir.. Ma cikgu tak ajar kechek kelate ko?
T : Cikgu bukan orang kelantan Aniq, cikgu orang KL
A : Buke KL cikgu.., KUALA LUMPUR..

waa... malunya TED.. Cerdik nya budak nama ANIQ RIFQI ni..Sungguh ISTIMEWA

HARI IBU AKAN TIBA

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak
Bila bangun tidur, aku cari....
mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak
Yang selalu berleter kat aku...
mak
Yang selalu puji aku....
mak
Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak


MAK.... TED RINDU MAK.. TED SAYANG MAK..TED SAYANG MAK SELAMANYA
IBU... TED SAYANG IBU.. YOU'RE MY IDOL..TQ FOR TAKING SUCH GOOD CARE FOR ME..
UMMI... TED SAYANG UMMI.. THANK FOR YOUR LOVE.. YOU'RE MY VOGUE UMMI
MAMA... ALONG SAYANG MAMA... TIDAK AKAN ADA AKHIRNYA..

International Seminar on Sign Language Research

MySL Research
Faculty of Languages and Linguistics
University of Malaya
Dates:
30 & 31 May 2009
(Saturday & Sunday)
Venue:
Beringin Lecture Hall
Faculty of Languages and Linguis􀆟cs
University of Malaya
Contact Person
Mdm Noor Haifa Mohd Yunus
Tel No: +603-79673065
Fax No: +603-79579707
Email: nhaifa@um.edu.my

INTERNATIONAL SEMINAR
SIGN LANGUAGE RESEARCH

TowardsDeaf Empowerment
ThroughSign Language Research

Ted nak pi sangat ke seminar nie tapi apakan daya tugasan di KB ni lebih perlu diutamakan..
I miss My 'SignHands'

Adab memotong kuku

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada :

* Hari Sabtu :
Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad :
Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin :
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa :
Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu :
Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis :
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat :
Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjag.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.


The Truth
Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.

Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Saw.

Nabi Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan JANGAN memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s. Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw.memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw.. dapatlah kita pahala.
Wallahu a'lam Wassalam.

AMARAN: Amalan baik ini tersangatlah mudah tetapi selalunya kita alpa kerana jiwa jauh dari pegangan sunah… Samalah kita beramal…

Friday, May 1, 2009

Sua Rasa Di Kota Bharu

Ted, Hubbie and Adam pi ke Sua Rasa TV9 di Stadium Kota Bharu.Acara ni berlangsung selama 2 hari 1 dan 2 Mei. Kalu nak ikutkan dekat ajer dengan rumah kami. biasa2 nak pi ke stadium nie dalam 5-10 minit ajer tapi di sebabkan kesesakan jalanraya ambil masa hingga 35 minit.. Orang Kelantan ni suka bila ada nya acara2 seperti ini. Inilah peluang mereka nak bawa seisi keluarga keluar untuk berseronok ,berhibur dan bersiar2 sambil2 tu ada pula artis2 yang datang. bukannya selalu Kelantan nie terima acara yang menjurus hiburan

Jalan 'jam' sambil2 mengintai parking

di gerai 'kegemaran' ADAM

Gerai CELCOM yang paling ramai orang coz masa ni Fahrin Ahmad ada.
Handsome woo
Pentas SuaRasa. Masa ni ada ada segmen bercerita dengan
Ustaz Zambri bersama Anak2 YatimIni la barang2 yang Ted beli.
Kudap2 1 beg RM 10, Baju bola ADAM, Meehoon Sup UTARA(memang mabeles)

'Kawan Baru dlm 3337'

Cantik tak ..
Baru beli malam tadi kat Pasar Malam Wakaf Che Yeh..
RM 10..
Guna solar pas tu nanti bunga n daun tu akan 'gedik2' goyang macam nak terbang..
Tgok kat kedai biasa mahal sampai cecah rm 19.90 tapi beli di pasar malam murah jer...

Selera di Bawah Bumbung Warisan Melayu

Semalam petang Hubbie bawa pi Restoran Ukir Sri Anjung [ Selera di bawah Bumbung Warisan Melayu] di sebelah sungai Pulau Melaka. 1st time pi sini. Sebelum ni tgok ajer dr dlm tingkap kereta. Restoran ni sedikit pelik coz macam bentuk istana lama. Penuh ukiran dan nampak macam 'misteri' jer..

Jambatan Sungai Pulau Melaka.

Hias dalam restoran ni penuh ukiran kayu yang cantik bangat

Hubbie di sudut tepi restoran

Pandangan sudut

Kaunter bayaran

Ada sudut pameran barangan lama/antik

Tempat makan berkerusi 'diraja'

Barang yang dipamerkan

Restoran di waktu malam- macam seram jer