Tentang Ted

My photo
::Kota Bharu::, Malaysia
::ObSeS With My AdaM.Luv My Hubbie:: Luv My Family ::
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday, May 26, 2009

Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta..!


Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan
sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang
dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis
toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti
melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta).
Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi
tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan
ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan
risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki
persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap
tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang
terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit,
tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari
tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik
yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan
ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi
udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh
mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk
menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.


"When someone shares something of value with you and you benefit from
it, you have a moral obligation to share it with others".

No comments: