Tentang Ted

My photo
::Kota Bharu::, Malaysia
::ObSeS With My AdaM.Luv My Hubbie:: Luv My Family ::
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Friday, October 2, 2009

Ribut kuat di Kota Bharu


Ribut kencang berlaku di Kota Bharu pada
30 Sept 2009 yang lalu
Semasa berlakunya ribut ini TED ,ADAM dan HUBBIE berada di rumah
Memang tak disangka2 kerana sebelum berlakunya ribut kencang ini cuaca
dalam keadaan baik dan panas.
TED yang ketika itu baru pulang dari 'booking' hotel di Wakaf Che Yeh
untuk keluarga TED yang akan ke Kota Bharu semasa cuti Deepavali nanti.
Mujurla time tu TED tak ada berniat untuk singgah ke mana2.
Bermulanya TED dan ADAM baru hendak melelapkan mata,
tiba-tiba terdengar suara murid2 asrama SIC memekik sambil bertakbir
TED terus mengejutkan HUBBIE yang juga baru hendak merehatkan badan.
Bila kami keluar bilik , angin kuat menerpa dan bunyi bising.
ABAH cepat2 mengalihkan motor ke bawah bumbung dan memasukkan kucing ke dalam kandang. Langit kelihatan sangat gelap dan pokok2 'lemah gemalai' di tiup angin. Ayah Rashid rumah depan TED pun tak berani masuk ke rumah kerana
khuatir pokok durian dan kelapa belakang rumah akan tumbang.

Angin bukan nya datang secara 'melambai-lambai tetapi secara berputar.
Klip yang TED ambil pun kira2 15 minit selepas berlaku ribut yang kuat.

Akibat dari berlakunya ribut ini, daun2 pisang kebun ABAH ted dah jari 'carik-carik'.
Di Bachok pula berlaku kematian akibat di hempap pokok akibat mencari tempat berteduh.
Di Cabang tiga Pengkalan Cheepa berlaku pokok tumbang dan menyebabkan ada mangsa patah peha. Pondok-pondok mini Polis di sekitar Kota Bharu habis diterbangkan ribut kuat.
Pondok Polis di IPK Kota Bharu juga atapnya diterbangkan angin..

Dalam masa sehari berlaku 4 kejadian bencana.
Tsunami di Samoa
Gempa di Kepulauan Tonga
Taufan Ketsana di Vietnam
Gempa di Padang

Beringat lah sesama kita. Ujian dan musibah yang berlaku di Kota Bharu tu hanyalah sedikit.
Fikirlah bagaimana nasib yang berlaku di 4 tempat dan 4 bencana yang berbeza.

1 comment:

Unknown said...

salam ted,
bencana yang Allah turunkan ada sebab musababnya.
hanya orang-orang yang mahu berfikir dengan mata hati dan aqal yang waras akan mampu melihat apakah di sebaliknya.
semasa ribut hari tu, banyak motorsikal pengunjung Zahra' yang terbalik dan angin kencang berjaya menolak daun pintu utama terbuka dan membawa masuk segala debu dan sampah ke dalam perpustakaan. beristigfar panjang, bimbang berlaku yg lebih buruk. insaf melihat kesan 4 bencana di negara jiran. semoga kita diselamatkan walau di mana saja kita berada dan semoga mereka yang ditimpa musibah dapat bersabar dgn ujian.