Tentang Ted

My photo
::Kota Bharu::, Malaysia
::ObSeS With My AdaM.Luv My Hubbie:: Luv My Family ::

Friday, October 2, 2009

Majlis Raya di sekolah

Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan pada
30 September 2009 di sekolah TED bertugas. [SK Tanjong Mas]


Anak-anak Istimewa TED datang ke sekolah dengan berbaju Melayu [baju raya]
Cikgu2 pun ikut melaram baju raya masing2
(itu belum lagi ditambah aksesori tambahan. huhu)

Ini Muhammad Adam.
Murid yang terlebih manja n jika ditegur habislah
dilonglaikan badan buat mengada2 dia..
Tapi disebalik keistimewaan dia, dia seorang anak yang comel


Ini Muhammad Nabil. Murid bermasalah SIndrom Down. Hobi REMPIT..
bukannya dia bawa motor pun. bonceng ayah dia pergi dan balik sekolah.
Dia byk terpengaruh cerita REMP-IT..
Isshhkk mesej tak elok ke budak2


Ini Muhammad Nadzren atau panggilan manja ayah dia Ismail.
Murid bermasalah Terencal Akal.
Seorang yang bolehurus diri dan mendengar kata.
Tapi antibodi tak kuat sebab 'sokmo' selsema

Ini Muhammad Aniq Rifqi. Murid Disleksia + Hyperaktif.
Seorang yang 'becok' dan kuat peluh..
Cerdik tetapi nakal.

Yang tidur tu anak manja. Foo nama dia.
Murid Sindrom Down yang sangat penyayang
Wajib datang ke sekolah bawa bekal ayam goreng+nasi putih

3 murid perempuan yang mengambil bahagian untuk pertandinga 'Busana Muslim'
Habis2 cun dah tu


Dalam kegembiraan nak sambu raya beramai-ramai tu, datang pula sekumpulan jururawat gigi membuat demontrasi dan amali memberus gigi untuk murid2 istimewa ini.
Habis glamor budak2 nie. Nak tak nak gigi kena gosok dulu



No comments: