Tentang Ted

My photo
::Kota Bharu::, Malaysia
::ObSeS With My AdaM.Luv My Hubbie:: Luv My Family ::

Tuesday, September 29, 2009

Kepentingan menjaga persahabatan



Apakah persahabatan itu hanya wujud pada saat-saat bahagia?




HUBUNGAN persahabatan merupakan antara anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Sahabat, teman, kawan atau rakan, walaupun berbeza sebutan tetapi hakikatnya mereka sentiasa berada dalam lingkungan kehidupan kita pada setiap hari.

Tanpa sahabat, seseorang itu mungkin akan dikategori sebagai 'kera sumbang' iaitu orang yang tidak tahu bergaul dan suka menyendiri.

Bermacam-macam corak sahabat kita boleh dapati selepas bersahabat dengan seseorang. Ada sahabat yang kasar, tetapi lembut hatinya, ada sahabat yang nakal, tetapi suka mengambil berat, ada sahabat yang garang, tetapi penyayang dan pelbagai lagi.

Di samping itu, sudah menjadi lumrah dunia, ada juga sahabat yang hanya dekat pada kita apabila kita mempunyai kuasa atau kekayaan. Tetapi jika sudah tidak mempunyai apa-apa, kita mungkin ditinggalkan begitu sahaja.

Namun, ada juga sahabat sejati yang akan sentiasa bersama kita, tidak kira susah atau senang. Itulah teman yang benar-benar memahami erti persahabatan yang sebenar.

Walaupun teman sebegini sukar ditemui, tetapi setiap manusia boleh berusaha untuk menjadi seorang sahabat sejati.
Dikala ini TED rindu pada SAHABAT yang
selalu ada di kala TED susah dan senang

2 comments:

kakchik said...

salam alaikum ted.

menjaga persahabatan memang penting sebab Islam sendiri menganjurkan agar kita meluaskan silaturrahim.

bukan mudah untuk menjadi sahabat kepada orang lain dan bukan mudah juga untuk mendapat sahabat yang sebenarnya.

insyaallah jika kita jujur dalam persahabatan, kita akan menjadi sahabat yang boleh susah senang dengan orang lain.

dan orang lain akan menjadi sahabat yang kita boleh tumpang gembira dan duka.

banyak cara untuk berhubung dengan sabahat kita, nak atau tidak je.

-T.e.d - said...

Kakchik: Terima kasih dengan nasihat serta panduan dari kakchik. TED ni pun masih belajar utk meningkatkan kualiti persahabatan sesama insan.