Tentang Ted

My photo
::Kota Bharu::, Malaysia
::ObSeS With My AdaM.Luv My Hubbie:: Luv My Family ::
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Sunday, April 4, 2010

Tengah Kotak Kuning tu Bro...


Wahai orang yang memandu kereta ini...
Kamu sedarkah kesalahan KAMU..
Sebenarnya pemilik kereta ini
SEDAR

Tapi selamba rock+badak+BOD** dia memajukan
kereta dia kehadapan dan berhenti di
Tengah garisan kotak KUNING itu..

TARAK BETUL PUNYA PEMANDU..

Saturday, April 3, 2010

Cuti Mac 2010

Jika Kami pulang ke KL pasti tak lekat di rumah.
Mesti ada sahaja aktivitinya.
Semasa pulang cuti bulan Mac yang lalu, Kami Sekeluarga
ke Mines. Aktivitinya ialah anak-anak bermain air di
Taman Splash Mini di atas bangunan Mines,
karaoke dan ibu Ted bermain boling dengan rakannya.
Kiranya di bawah satu bumbung tempat,
banyak aktiviti boleh di jalankan bersama.

Aksi dan reaksi Adam di dalam air yang hanya dalam lutut dia ajer..

Ain yang sememangnya 'antu air'.
2 anak kecik ni la yang sakan nya

Dalam bilik karaoke..
Mak dan Umi yang bukan main lagi berkarok..

Di lain harinya pulak, bersama Mak, Ain,Adam ,En Hasnor dan
Along&Angah kami ke Alamanda.
Aktiviti utamanya ialah..budak2 main games
dan kami Makan-Makan...

Sedap hingga menjilat jari si Adam..

Adam dan Ain.. Cute sangat kaletah 2 anak ini..

Friday, April 2, 2010

TimesSquare-Melaka dgn Keluarga En Hasnor Rizal

Entry yang tertunggak..
tak berapa kali dah Ted menunggakkan entry..
huhuu..ada ker perkataan tu
Cerita ini tentang percutian keluarga En Hasnor ke KL dan Melaka.
Kebetulan adik ipar Ted,Aika ke KL untuk urusan perniagaan
Jadinya Abah,Mama dan Aimi pun ikut sama
Untuk berjalan-jalan dan bercuti..

Tempat pertama yang kami pergi ialah
Times Square. En Yusri[suami Aika] nak beli barangan
baiki telefon di Low Yatt..Jadinya kami yang lain habiskan masa di Time Square sahaja

Agenda Anakanda Ted ialah
M A I N
Bawalah budak kenit ni ke tempat permainan..
RM30 masuk ke mesin permainan dia..
P U A S H A T I A D A M

Sambil tu di sana ada pameran haiwan yang dah pupus
Pameran Dinasours...
Adam..hehee takut..menangis nak keluar..
Layan gambar je lah.. tak tau nak tulis apa daa..





Hari kemudian nya kami ke Melaka. Buat lawatan mengejut ke Bani..
Memang menjadilah..Bani memang terkejut..

Pastu kami ke Zoo Melaka..

Mami, Adam dan Acu naik Gajah..Adam relak je..Mami gabra gak..
Selain gajah Mami dan Adam naik kuda. ini pun atas permintaan Adam..


'Good boy' Mami..
Buah Hati Mami..


A d a m & S t i c k e r

Kegemaran Adam [di masa ini]
Menampal stiker ke dalam buku atau kertas atau lantai rumah

Kalaulah dapat Adam sticker dan buku, akan duduk diamla anak ini
Tak pusing kiri kanan..
Tunduk mengadap buku sahaja
[Kata Adam~buku tepek Adam=Buku sticker Adam-
Stiker kan ditampal..dialek sini tepek..]

Pada Ted aktiviti ini dapat membantu tumpuan Adam serta
meningkatkan kreativiti Adam.Selain itu Adam juga lebih disiplin menjaga barangan dia.
Mana tak nya jika sesiapa usik barangan dia
pasti Adam akan kata
"Hey,hak Adam" ataupun "Adam punya laa"

Antara koleksi karektor yang Adam ada
  1. Upin dan Ipin( wajib ada nieee)
  2. SpongeBob SquarePants
  3. Tom and Jerry
  4. Lilo & Stich
  5. Doraemon
  6. Thomas&Friends
  7. Mickey Mouse
  8. Pooh


Saturday, March 27, 2010

Cerita dan cerita

Hari ini dalam kita mendidik anak sendiri mahupun anak murid,
cabaran nya sangat besar.
Cabaran ini bagus untuk kehidupan kita kerana dengan
adanya cabaran ini, kita dapat menilai kepada kemantapan
serta kekuatan kita dalam mengharungi rona roni kehidupan.


Cerita 1
Dalam perjalanan ke Machang...
Adam: Mami ..tu apo? [tunding Adam]
Mami : Tu kedai..
Adam: Mami tu apo?
Mami: Tu rumah..
Adam: Apo? [tunding Adam lagi]
Mami: Tu pokok..
Adam: Tu?
Mami: Tu kereta..[dlm hati dah terdetik..banyak lagi ke soalan budak nie]
Mami: Adam ..tu apa?
Adam: Tu rumah ar...
Mami:[ adush lah..kena pulak aku]..Yeah..Adam pandai..Good Adam

Cerita 2:

Adam: Mami apo?[bermaksud mami buat apa?]
Mami : Buat kerja...[sambil mencium pipi Adam]
Adam: Kerja apo?
Mami: Kerja sekolah..
Adam : Sekolah apo?
Mami: [Sambil menahan ketawa huhuuu] sekolah mami...
Adam: Mami apo?..
Mami:.[.terasa dduushh..apa lagi nak jawab.. ] Mami come...
Adam: hahahahaaa[gelak besar pulak dah..]

Cerita 3:
Adam : Abah gi ano? [Abah nak ke mana?]
Abah: Main tenis..[sambil menyarung stokin]
Adam: Tenis apo?
Abah: Tenis yang pakai raket nie..[sambil menunjukkan raket tenis]
Adam:eerrmmm.. raket apo?
Abah: Raket tenis la ayang abah nie...
Adam: Adam ikot..[melompat2 dengan harapan di bawa bersama]
Abah: Adam besar sikit lagi nati abah bawa ya..

Cerita 4:
Mami: Adam pergi mana? Mami tak ikut pun...
Adam: Adam main kakak[Adam main dgn kakak]
Mami : ADam main kat mana?
Adam: Main onald [Main di Mcdonald].. Mami .. ADam nak umah nenek..
Mami: [ sudah la pulak.. mula la nie..] Nenek rumah jauh.. Cuti sekolah
kita balik ya.
Adam: Adam nak nenek..nak umah nenek..Umah ano[Rumah kat sana]
( maksud Adam rumah di sana ialah Hotel Ombak Inn yang mana neneknya pernah
menginap disana semasa datang ke KB]

Kanak-kanak sekarang ini memang petah bercakap.
Sebagai ibubapa jangan berasa "BOSAN"
dengan tutur kata mereka. Sesungguhnya
ANAK ini lah CAHAYA HIDUP

Syukur Alhamdulillah perkembangan bahasa Adam sangat baik dan memberangsangkan
Dialek Kelantannya juga dah kedengaran..
Namun Ted tetap membetulkan sebutan Adam bila dia berbual dengan Ted
Maklumlah..Mami Adam kan 'orang luar'

Wednesday, March 10, 2010

Ikan oh Ikan


Ikan-ikan nie beri pose istimewa semasa Ted snap gambar mereka...
blogger-emoticon.blogspot.com

Tuesday, March 9, 2010

My prince and Princess


Tak puas tengok sekali..
Berkali-kali Ted tengok video ini.
Seronok tengok dua anak ni main..
Ada rakan yang tanya, Ain nie anak Ted ker...
Sebabnya sama aje rupa dengan Adam
Mungkin keduanya berkulit cerah dan bermata bulat..
Ain..
Tunggu Kakak balik ye...
Kita pi main dan makan-makan sama-sama dengan Adam ya..
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com