Tentang Ted

My photo
::Kota Bharu::, Malaysia
::ObSeS With My AdaM.Luv My Hubbie:: Luv My Family ::
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Friday, May 1, 2009

Sua Rasa Di Kota Bharu

Ted, Hubbie and Adam pi ke Sua Rasa TV9 di Stadium Kota Bharu.Acara ni berlangsung selama 2 hari 1 dan 2 Mei. Kalu nak ikutkan dekat ajer dengan rumah kami. biasa2 nak pi ke stadium nie dalam 5-10 minit ajer tapi di sebabkan kesesakan jalanraya ambil masa hingga 35 minit.. Orang Kelantan ni suka bila ada nya acara2 seperti ini. Inilah peluang mereka nak bawa seisi keluarga keluar untuk berseronok ,berhibur dan bersiar2 sambil2 tu ada pula artis2 yang datang. bukannya selalu Kelantan nie terima acara yang menjurus hiburan

Jalan 'jam' sambil2 mengintai parking

di gerai 'kegemaran' ADAM

Gerai CELCOM yang paling ramai orang coz masa ni Fahrin Ahmad ada.
Handsome woo
Pentas SuaRasa. Masa ni ada ada segmen bercerita dengan
Ustaz Zambri bersama Anak2 YatimIni la barang2 yang Ted beli.
Kudap2 1 beg RM 10, Baju bola ADAM, Meehoon Sup UTARA(memang mabeles)

'Kawan Baru dlm 3337'

Cantik tak ..
Baru beli malam tadi kat Pasar Malam Wakaf Che Yeh..
RM 10..
Guna solar pas tu nanti bunga n daun tu akan 'gedik2' goyang macam nak terbang..
Tgok kat kedai biasa mahal sampai cecah rm 19.90 tapi beli di pasar malam murah jer...

Selera di Bawah Bumbung Warisan Melayu

Semalam petang Hubbie bawa pi Restoran Ukir Sri Anjung [ Selera di bawah Bumbung Warisan Melayu] di sebelah sungai Pulau Melaka. 1st time pi sini. Sebelum ni tgok ajer dr dlm tingkap kereta. Restoran ni sedikit pelik coz macam bentuk istana lama. Penuh ukiran dan nampak macam 'misteri' jer..

Jambatan Sungai Pulau Melaka.

Hias dalam restoran ni penuh ukiran kayu yang cantik bangat

Hubbie di sudut tepi restoran

Pandangan sudut

Kaunter bayaran

Ada sudut pameran barangan lama/antik

Tempat makan berkerusi 'diraja'

Barang yang dipamerkan

Restoran di waktu malam- macam seram jer

Thursday, April 30, 2009

Monday, April 27, 2009

Selangor 4-Kelantan 1

Walaupun dah 3 hari berlalu cerita ni .. Ada aku kesah.... [pinjam dialog aika]

Biarla sekarang nie TED dah bermaustatin di negeri Cik Siti Wan Kembang tapi hati ANAK SELANGOR tetap KEBAL.. Muhahaaa.. macam yoyo oo.. Ajer.. Tu la Bie kan TED dah cakap SELANGOR sure menang ler.. biar la penalti pun. Asal menang.. Tapi dengar2 nya kalu KELANTAN menang boleh cuti sehari.. Rugi..rugi...rugi... [dialog upinipin]

Biarla TED tak reti mana tentang bola asal je bola masuk gaung..TED pun jerit GGOOLLL..
ishk..ishk.. cian ADAM time 1st gol tu Dia dah tengah sedap2 men**ek tetiba ajer mami dia ni laung GGOLL... huhu.. Tapi pastu Mami jerit pelan..pelan.. je...

JUARA kali Ke5

Riadah Di Taman Tengku Anis

Hari ini murid2 PKBP SK Tanjong Mas di bawa riadah di Taman Tengku Anis. Murid2 di hantar oleh keluarga masing2 di taman seawal jam 8 pagi. TED yang sepatutnya tunggu awal pun terlewat 15 minit tadi. Mujur Kak Asmat dah sampai dulu utk kawal budak. Seramai 25 orang murid yang datang.[Puhhh..Ramai nya...] Aktiviti dimulakan dengan senaman regangan dan berlari keliling kawasan dlm anggaran 300 meter..

dari kiri azwin,fatin,atik,naik,aniq dan Evon
Mereka nie dalam kategori Sindrom Down, Terencat Akal dan Slow learner


Yeng ni panggil TED -Mama.. Manja 'dooh'

Macam2 gelagat anak-anak ni..

Wakaf tempat kami 'lepak'

Pas penat main ..soruu time..
Makan pun kami ni la 'dayang2 mereka'

Murid2 seronok dan macam2 perangai dorang.Ini la masa mereka dapat bermain sepuas-puas nya terutama di tempat awam. Yelah.. Kalu mereka pi dengan keluarga mesti pandangan masyarakat pada golongan ini ...[pikir2kan la].. Lagipun budak2 ni mesti tak nak main kalu takde 'geng2 mereka'... Di akhir aktiviti semua nya ... BERBAU MASAM PELUH...

Saturday, April 25, 2009

Hujung Minggu buat ADAM

Sambung kisah ke KBMALL waktu pagi tadi. Lepas ajer solat JUmaaT Hubbie ajak semula ke sana utk cari En Rahman. Buat kali ke 2 kereta mendarat di parking atas KBMALL. punya la ramai orang datang. 1 sebab PACIFIC buat jualan MURAH..Pulak tu time org GOMEN ni dapat gaji ...2 nya sebab ada Hari Bertemu Pelangan KPM..

Dari pandangan tingkat 2 KBMALL.. Penuh ,..nak tolak stoller ADAM pun tersangkut.

Lepas jer aktiviti 'cuci mata' di KBMALL bawa ADAM ke tepi sungai di PELANGI MALL.. Bukan main suka lagi kenit nie tgok view di sini. Biarlah panas tapi tetap enjoy

Pandangan macho ADAM

Dari tepi sungai ke tepi laut .. ke PCB kami berjalan. Ramai orang makan 'colek' dan 'dating'.Anak MAMI sorang nie memang suka air.. Punya enjoy tgok ombak. Mencangkung pun tak pe.. Memula geli nak duduk atas pasir lepas tu pasir abis masuk baju ADAM
Dah mula minta untuk buka baju nak mandi.. Sorry la nak tak bawa baju spare. Lagipun bahaya la pantai dia. tggu kita pi pantai sri tujuh pulak yea..
Malamnya pulak .. TED,AIKA,CIKYAH n ADAM pi lagi ke KBMALL..huhu 3 kali dalam sehari pi tempat yang sama. Malam tu 'ACU ADAM' n SIC Music Band buat persembahan nyanyian dan bermain alat muzik.