Tentang Ted

My photo
::Kota Bharu::, Malaysia
::ObSeS With My AdaM.Luv My Hubbie:: Luv My Family ::
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Saturday, December 31, 2011

Misi yang Tidak Berjaya / Tidak selesai

Masa mula2 bermulanya hari cuti sekolah,
Mami pasang misi...
Nak ajar Abang Adam tak pakai pampers..
Bukan nya senang nak bodek si Adam ni supaya
tak payah pakai pampers..
Mula-mula beritahu dia, pakai pampers dengan
seluar dalam / boxer..
Okay katanya. Tapi bila hanya sarungkan boxer
dia tak mahu. Geli katanya.
Dok tarik2 pulak anunya..
Ermm..
Bila Mami tanya Adam nak beli mainan
atau nak beli pampers saja..
Dia gumam memikir tapi
pada air muka memang nampak sedih sungguh
dengan pilihan yang Mami beri..
IShh.. Hati Mami tak sanggup lah..
Tengok mata Adam berkaca..
Kesian la pulak..
DAN
sekarang
Abang Adam masih pakai pampers saiz XL..
Tak perla, pakai la selagi Abang Adam nak pakai
Mami tak desak dan paksa
apa yang boleh mengganggu hati se kecil ni..

Biarlah orang nak kata, dah nak jadi abang pun pakai pampers..
dan hati Mami akan kata..
'Biarla..duit Mami+Ayah yang beli utk Abang Adam kan..'
Hiiii...

Untuk Adik Baby kelak, permulaan bulan akan gunakan pampers
pakai buang..
dan Mami rancang nak pakaikan
Cloth Diaper..
Kalau time Adik Baby tinggal dengan Mama/Kakchik,
beri dia guna pampers sebab xmahu nyusahkan
orang lain.. Kalau dengan Mami
gunalah Cloth Diaper ni..
Takper lah Mami yang akan cuci semuanya.
Permulaannya mungkin rasa tambah kerja
tapi lama-lama akan biasa kan.
Lagipun ini lah cara terbaik berjimat cermat
di samping memberikan yang terbaik
untuk anak-anak..

No comments: