Tentang Ted

My photo
::Kota Bharu::, Malaysia
::ObSeS With My AdaM.Luv My Hubbie:: Luv My Family ::

Saturday, November 12, 2011

Minggu 21

Dah masuk minggu 21-[ 5 Bulan ]

Perut Ted pun dah membulat dan bayi dalam kandungan uga dah mula 'beraksi'.
Nak pergi buat scan.. tapi masih tak pergi-pergi lagi.. Ermm..
Nak pergi hari ni lah..(Insyallah..)

Di sekolah, masih ada rakan-rakan guru yang tidak perasan dengan
perubahan saiz perut Ted. Yang mereka nampak ialah perubahan saiz fizikal..
(^_________^) Memang saya nampak gemuk..
Tapi gemuk saya INDAH..
'Makin berisi sekarang ni, ke.. ehh mengandung ke? berapa bulan?'
Dialog seorang rakan guru ketika Ted nak bungkus nasi goreng di kantin sekolah.
Ada juga bertanya, kenapa tak pakai baju mengandung?
Jawab Ted, selesa dengan baju kurung lagi. Lagipun sekarang ni sessi
meminjam koleksi baju kerja mama mertuaku yang dah pencen.
Time ni la nak melaram pakai baju ala-ala datin mama.
Dengan manik sana sini.. perhh nampak elegan dan eksyen la pulak..
Maklumla baju kurung mama semua jenis kain yang cantik-cantik
dan ditambah hiasan batu kristal, manik dan labuci..
Mujur la Ted bukan jenis pakai tudung yang jenis Ariani.
Kalau tak memang pakej pinjam set baju mama la sepanjang mengandung ni.
Tu belum lagi pinjam pin tudung yang panjang-panjang terjuntai
dan besar seperti sama saiz dengan kuih cek mek molek..
Ted selalu pakai pin yang saiz 5-10 sen ajer..

- sedang merancang untuk pergi bercuti ke mana ya cuti sekolah ni...

No comments: