Tentang Ted

My photo
::Kota Bharu::, Malaysia
::ObSeS With My AdaM.Luv My Hubbie:: Luv My Family ::

Monday, October 31, 2011

Syukur dengan segala yang dikurniakan

Selama sepanjang kita hidup ini, ada tidak kita terfikir,
cukupkah segala yang kita ada..
atau terlebih apa yang kita ada.

Jika ditanya pada kanak-kanak, apa mereka mahukan.
Jawab mereka pastinya mainan, makanan manisan, baju Ben-10,Barbie..

Jika ditanya pada remaja, apa mereka mahukan.
Jawab mereka pastinya telefon bimbit 3G, telefon pintar(galaxy tab..i-phone), kamera dslr, baju jenama Adidas(original), jean Roxy..

Jika ditanya pada golongan dewasa, apa mereka mahukan.
Jawab mereka pastinya, kereta mewah, wang ringgit, beg tangan berjenama, tudung Ariani, emas Sri Pinang..

Jika ditanya pada golongan berpencen/ orang tua, apa mereka mahukan.
Jawab mereka pastinya, nak ke Tanah Suci, melancong sana sini, duduk rumah jaga cucu..

Pada Ted apa yang dah ada pada diri Ted sekarang semudah ayat yang boleh dikatakan ialah ALHAMDULILLAH
Ted dah miliki KELUARGA yang sangat menyayangi antara satu sama lain. Keluarga Ted dan Keluarga mertua. Kedua pihak yang sangat Ted sayang.
Ted mempunyai seorang SUAMI yang menjaga dan menyayangi Ted. Menerima segala kekurangan yang Ted ada dan memberi kasih sayang yang sebaiknya.
Ted mempunyai ADAM yang merupakan anugerah terbaik dariNya. Adam yang selalu membuat maminya tersenyum ceria, menangis gembira, dan sentiasa memeluk mami dengan mengucapkan Adam sayang mami..
Ted mempunyai KERJAYA yang terbaik di samping anak-anak istimewa yang Ted sayang dan sentiasa terasa dihargai oleh mereka.

SYUKUR
dengan segala yang dikurniakan.

No comments: