Tentang Ted

My photo
::Kota Bharu::, Malaysia
::ObSeS With My AdaM.Luv My Hubbie:: Luv My Family ::

Tuesday, September 20, 2011

Abang dan Adik

ALHAMDULILLAH
Itu lah ungkapan terbaik dan termanis yang dapat Ted lafazkan.
Baby dalam perut dah terasa gerakkan nya. Mula-mula rasa tu memang
Ted tak perasan pun. Tika tu sedang bermesyuarat UPSR 2011.
Yelah pengalaman mengandung pertama 3 tahun yg dahulu.
Bila kali keduanya terasa tolakan yg secara mengejut,
barulah Ted faham dan perasaan tu gembira dan teruja sangat.

Dan Adam sekarang juga dah menerima kehadiran adiknya
yg sedang membesar dalam perut Mami ni.
Hari-hari Adam akan letakkan telinga di atas perut dan dengan
muka 'excited' dia akan cakap 'haa..ada bunyi..'.
bila tanya bunyi apa? jawab Adam bunyi kentut..
kenapa bunyi kentut? sebab bunyi bub..bub..
Itu bukan bunyi baby kentut, tapi itu lah bunyi jantung baby..

Sekarang juga dia dah bahasakan dirinya Abang Adam.
'Ini Abang Adam'.. Kata dia dengan muka senyum comel.
Syukur.. Terbalas keperitan Mami mengalami alahan muntah
dan jatuh berat badan sebelum nie.
Segalanya sekarang manis dan bahagia.

Sekarang juga berat badan Ted sedang naik dengan gembiranya..
HAaaa.. selera makan dah ada
cuma Ted masih menolak masakan
dan makanan yang bersantan
dan yang pasti jika terlebih perasa Ajinomoto
pasti tekak Ted mengembang dan muntahkan semula.
Bagus baby Mami ni pilih makanan yg baik2 ajer.

Mungkin dalam seminggu dua ni nak ke klinik
untuk scan baby. Yang pasti
Ted nak bawa Adam bersama untuk
dia lihat adiknya ini.



detik hati : tersenyum setiap kali menonton iklan susu Anmun. Adam
pasti akan kata 'sama baby dalam perut mami kan'..


2 comments:

angah`izza said...

hkalau boleh tiap kali nk p check up utk scan, bwk la adam, bg dia tgk adik dia nnt..dr situ nnt secara tak lansung rs kasih dia pd adik akn wujud.
kami dulu ms dh masuk 7bln, (2mnggu skali chex up)tu, mmg bwk Mufazzal. smp dia dh kenal scanner tu, hihik..dia ckp "dlm tu(dlm scanner) ade baby abg".pastu dia slalu tgk gmbr baby dia (yg attach dlm buku merah)n akn tunjuk kt org lain gmbr adik dia..

-T.e.d - said...

Nampaknya akak pun kena ikut tips tu. SO far penerimaan dia baik dan positif cuma tak sure lah nanti mcmana bila dah lahir. harapnya sayang dia berterusan juga