Tentang Ted

My photo
::Kota Bharu::, Malaysia
::ObSeS With My AdaM.Luv My Hubbie:: Luv My Family ::
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Sunday, January 10, 2010

Kisah di Tesco -090110-

Lepas Maghrib semalam..
Ted, Adam dan En Hasnor ke Tesco. Niat nya nak beli milo dan vitagen Adam yang
dah habis. Kat rumah ni stok vitagen kena ada. Kalau habis..mahu meraung
Adam di buatnya.
Semasa di kaunter bayaran, di hadapan Ted ada seorang pakcik bersama
seorang anak perempuan remaja dan anak lelaki yang mungkin anggaran berumur 3 tahun.
Dari pemerhatian Ted berkemungkinan pakcik ni mengusahakan kedai minuman
kerana beliau banyak membeli buah oren dan gula.
Selesai juruwang men'scan' harga barangan totalnya adalah RM130.87
Perubahan wajah pada pakcik tersebut kerana
wang dalam tangan beliau hanyalah RM 113. Disebabkan hal itu, pakcik ini
terpaksa menolak beberapa barangan yang di beli
Wajah jurujual yang nampak kepenatan itu terus mencuka....
[tapi memang dia tak ada melemparkan senyuman pada pelanggan pppuuuunnn..]
Di saat itu terlintas di hati Ted mahu membantu
membayarkan wang yang tak cukup tu
..
TAPI
Ted teragak-agak.
Ted terfikir sekiranya pakcik itu berasa malu

atau sebagainya..
Ted cuba mencari kelibat suami tapi masa tu
En Hasnor dan Adam dah berjalan di ruang luar tempat pembayaran
Sekurang-kurangnya Ted mendapatkan
'green light' dia dulu..
Sementara menunggu Pengurus bahagian kaunter datang untuk
memproses penolakkan barang, dapat Ted lihat wajah serba salah pakcik tu.
Dalam keadaan sedemikian pasti beliau merasa 1001 rasa
Ted sendiri tak sanggup lihat hanya menunduk muka saja
Ted pun bukan lah mempunyai kewangan yang lebih
namun jika nak membantu tu tak da masalah
Tapi TED tak TERBANTU..
MALU juga pada diri sendiri..
DAlam hati TED hanya mampu berkata sendiri
...........................................................................................


2 comments:

Unknown said...

Salam Ted. Walaupun tak terbantu tapi Ted telah mempunyai perasaan dan niat untuk membantu. Semoga Allah pandang semua tu. Kalau kakchik di tempat pun kakchik rasa kakchik juga akan rasa begitu. Pernah ada pengalaman yg hampir serupa beberapa tahun lalu di kaunter Billion kalau tak silap.

-T.e.d - said...

kalau lah masa dapat berputar atau pun Ted sekali lagi teruji dengan kejadian yg sama.. Pasti Ted tak akan mendiam diri. Ted akan cuba membantu yang mana termampu..