Tentang Ted

My photo
::Kota Bharu::, Malaysia
::ObSeS With My AdaM.Luv My Hubbie:: Luv My Family ::

Tuesday, October 6, 2009

AL-Fatihah Buat Fazlina Othman

Malam 4 Oktober 2009 jam 11.10 pagi, 1 sms diterima .

salam..perhatian kwn2..

mari kita sama2 doakan kesihatan fazlina othman(lyn o)

yg berada dlm keadaan koma di hosptl pantai cheras..

jika bkesempatan luangkan masa melawat shbt kita..

sebarkan..farah hanim

Ted hanya membaca sms yg diterima itu pada jam4.30 pagi semasa bangun
utk bersahur puasa sunat.


Pagi di sekolah, TED cuba menelefon Farah Hanim utk mendapatkan pengesahan. Farah memaklumkan LIN (Fazlina) sudah sedar. TED menanyakan puncanya namun tidak dapat diberi kepastian kerana Farah sendiri dalam perjalanan ke hospital.


Fazlina Othman
Empunya milik nama ini adalah rakan sebaya yang TED kenal semasa dari Tahun 5 si SK Batu 9,Jalan Cheras.Bila di Tahun 6, kami di tempatkan di kelas yang sama. Lin mempunyai rambut yang panjang ke paras pinggang dan di ikat tocang kuda. Disebabkan itu, TED suka menyakat LIN dgn menarik rambutnya seperti membuat buaian. Tapi LIN tak marah pun. Dia dah biasa katanya. Sebelah petang pula kami pergi ke sekolah agama yang sama dan masih ditempatkan di kelas yang sama. Namun semasa menaiki sekolah menengah, LIN memilih ke SMK Agama Bt10 dan TED sendiri ke SMK Abd Jalil. Mulanya hubungan kami terhenti, NAMUN kerana TED aktif dengan Pengakap, TED dapat pergi ke sekolah2 lain untuk berkhemah dan mengenali rakan2 baru. Disini bermulanya hubungan TED dengan FARAH HANIM. Farah juga sama sekolah agama dgn LIN. BIla waktu terluang, TED akan curi2 menyilap masuk ke SMK Agama BT 10 untuk berjumpa Farah dan dengan itu TED dapat semula berjumpa dengan LIN. Rupanya LIN dan FARAH juga berkawan baik.

Semasa TED di tingkatan 3, Pak Uda TED berkahwin.dan tak disangka sekali lagi rupanya isteri Uda Ted itu Makcik LIN..Selepas itu kami sering bertemu dan hubungan persaudaraan juga bertambah erat.Sehingga kan TED punya majlis pertunangan, pernikahan, perkahwinan dan juga berarakke rumah lelaki di Kelantan LIN ada ikut serta.

Semasa TED mengandungkan ADAM 6 bulan,LIN bertemu jodoh dengan seorang rakan lama dari Hulu Langat dan tidak lama kemudian dia melahirkan seorang anak perempuan dengan . dan paling TED ingat sekali, semasa hari kelahiran anaknya,TED dan FARAH
orang pertama melawat LIN. Hinggakan LIN cakap
'korangkan, parents dan suami aku pun tak dan tengok
anak lagi, dah datang melawat aku'..

Kali terakhir TED berjumpa LIN semasa kenduri doa selamat anak UDA TED bersunat pada bulan Mac 2009.Masa tu LIN dah sibuk kendong anak dara dia yang semakin ligat.
Sempat lagi dia bisik ke TED..
'susahnya nak turunkan berat badan nie..Macam Doraemon dah aku nie.'
Ted hanya jawab,
'takpe, lagipun anak kan masih menyusu badan, makan ubat pelik2
nanti anak muntah2 pulak. Ok la cubby, Hubby suka..'

5 Oktober 2009- 1o.30 pagi semasa waktu rehat, TED telefon Mak Uda.TED bertanyakan tentang LIN. Katanya punca dari bengkak usus di perut kesan dari perbedahan.Selepas menjalani perbedahan ke 2, kuman yang ada dalam perut tu merebak ke jantung,hati dan
buah pinggang LIN dan terjadilah
KANSER USUS.
Kanser LIN dikesan LEWAT . Ini kerana perbedahan untuk membuang kuman di buat di HosPitaL K*J*NG. Bila di buat pemeriksaan lain, Doktor mengatakan LIN ada masalah DARAH CAIR. SEdangkan Doktor tidak membuat Rawatan Lengkap terhadap nya. Akhirnya barulah LIN membuat pemeriksaan di HospiTal SwaSta dan mengatakan LIN ada Kuman
Kanser dan TIDAK daPat diselamatkan lagi..


5 Oktober 2009- jam 7.40 malam TED terima panggilan telefon dari FARAH mengatakan LIN nazak. TED minta FARAH katanya pada LIN , TED sayang LIN.TED halalkan segalanya dan memaafkan segalanya. Pergilah dengan tenang. Tinggalkan keluarga dengan hati yang tenang. Selepas itu TED telefon kepada MAK memaklumkan hal ini. MAK pun tak sangka kerana LIN masih muda dan ada anak yang masih kecil. Tak henti2 MAK ingatkan TED agar menjaga kesihatan diri dengan baik.
TED jaga diri TED untuk Semua Orang.

5 Oktober 2009- jam 9.26 malam sekali telefon berdering. Bila TED tengok skrin nama FARAH HANIM tertera, Jantung TED berasa berdebar. Bila butang answer ditekan terdengar bunyi suara tergetar-getar FARAH. TED dah terasa hati dan memahami tanda itu. Patutlah 10 minit sebelum itu jantung TED berdegup kencang dan di mata pula terbayang2 wajah LIN, terimbas
kenangan awal perkenalan dan telatah di dalam kelas.

Rupanya LIN telah ucapkan SELAMAT TINGGAL kepada semua.

6 Oktober 2009- Jam 9 pagi. LIN sekarang berada di rumah suaminya di Kampung Jawa, Hulu Langat untuk disemadikan. LIN pergi dalam usia 27 tahun, meninggalkan anak dan suami serta keluarga yang sangat menyayangi beliau. LIN merupakan anak perempuan tunggal dan LIN juga meninggalkan zuriat tunggal untuk keluarga serta suaminya.

LIN
TED doakan LIN bersemadi dengan tenang.
TED akan selalu kenang dan hanya doa yang TED dapat titipkan
buat LIN. TED sendiri tidak pasti adakah esok lusa
bila TED dapat bertemu LIN JUNIOR, adakah TED akan kuat menghadapi serta menahan perasaan di hati. Tapi TED pasti anak LIN akan secantik manis dan setabah ibunya.
Insyallah, bila TED pulang ke sana, TED akan pergi ke 'Rumah' LIN ya.



2 comments:

From me to you... said...

i'm really sorry to hear about your friend...let's just look it this way, Allah lebih menyayangi dia...semoga rohnya dicucuri rahmat.. be strong k ...take care..

-T.e.d - said...

Ya, u're right. dari dia hidup tanggung derita, sebaiknya dia 'berehat' di sana. TQ dear