

1. Petua Cepat DiPinang - Banyakkan Meminum Air
2. Menegangkan Kulit Muka - Stapler Tempat? Yg Kendur Tu..
3. Menghilangkan Bau Badan - Berendam Dalam Minyak Wangi
4. Melembutkan Rambut - Rendam Kepala Dalam Air Menggelegak. ..
5. Melebatkan Rambut - Cari Baja Rambut...
6. Menghilangkan Ketuat - Potong Dgn Pisau Cukur Cap Buaya... .
7. Mengempiskan Perut - Jgn Makan & Jgn Minum...
8. Mengekalkan Kecantikan - Kekalkan Mekap, Jgn Basuh2...
9. Menyegarkan Mata - Tuang Eye
10. Mengelak Rambut Gugur - Lumur Dengan Gam Gajah...
11. Mengatasi Tumit Pecah - Jalan Berjengket-Jengket
13. Menghaluskan Kulit Muka - Gosok Dgn Kertas Pasir
14. Menaikkan Seri Muka - Makan Kuih Seri Muka Sambil NaikTangga..
15. Menghilangkan Bau Mulut - Minum Minyak Wangi
16. Menghilangkan Lebam Di Mata - Elakkan Dari Kena Penumbok..
Senyuman bukan bererti kita suka atau gembira, orang-orang yang kita kasihi hilang daripada hidup kita, tetapi senyuman adalah tanda kita memahami bahawa tidak ada satu pun di dunia ini milik kita yang abadi. Semuanya adalah pinjaman belaka. Meminjam ertinya, kita terpaksa memulangkannya semula kepada yang lebih hak.
Apa yang dapat KITA lakukan hanyalah sayangi, kasihi, cintai dan hargailah sesiapa sahaja di samping kita selagi mereka masih ada. Kalau mereka sudah pergi, menangis air mata darah sekali pun tiada gunanya. Kasih sayang hanya dapat dirasai selagi seseorang itu masih bernyawa, jika sudah putus nyawa seorang daripada badannya, maka terputuslan segala hubungan dengannya kecuali doa. Doa yang baik datangnya dari hati yang redha dan keredhaan itu sudah pasti berkaitan rapat dengan keikhlasan.
Kesedihan itu akan mendorong anda untuk menghentikan putaran roda zaman, mengikat matahari agar tidak terbit, memutar jarum jam kembali ke masa yang lalu, berjalan ke belakang dan membawa air sungai kembali kepada sumbernya.
Jangan bersedih, sebab usia KITA yang sebenarnya adalah kebahagian dan ketenangan hati . Oleh sebab itu, jangan habiskan KITA anda dalam kesedihan, jangan boroskan malam-malam KITA dalam kecemasan, jangan berikan minit-minit KITA untuk kegundahan dan jangan berlebihan dalam mensia-siakan hidup (dengan kesedihan), kerana Allah tidak suka terhadap orang-orang yang berlebihan dan melampau.