Tentang Ted

My photo
::Kota Bharu::, Malaysia
::ObSeS With My AdaM.Luv My Hubbie:: Luv My Family ::
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday, April 8, 2009

Kecoh Di Kota Bharu-Bola Sepak-



PENYOKONG Kelantan beramai-ramai menterbalikkan trak polis kerana tidak berpuas hati
atas kekalahan kepada Negeri Sembilan, malam tadi.

KEKALAHAN kali kedua Kelantan di tangan Negeri Sembilan dalam tempoh seminggu di Stadium Sultan Mohamad IV, malam tadi, menyaksikan penyokong tuan rumah merusuh dengan menterbalikkan beberapa kenderaan dan membakar sehingga rentung sebuah pacuan empat roda polis. Kejadian yang mendorong kepada kekecohan itu dipercayai berpunca daripada tindakan penjaga gol Kelantan, Halim Napi yang menumbuk dan menendang pemain Negeri Sembilan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak sebaik tamat perlawanan separuh akhir pertama Piala FA, berkesudahan tuan rumah tewas tipis 1-0. Kira-kira 20,000 peminat Kelantan yang masih tidak berganjak dari tempat duduk di stadium itu berikutan tidak puas hati dengan keputusan perlawanan kemudian bersorak dan membaling botol minuman ke arah padang sambil diselangi dengan membakar mercun sebelum pihak polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berjumlah 200 anggota cuba mengawal keadaan yang semakin kecoh. Dalam perlawanan itu, Kelantan tewas hasil jaringan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak pada minit ke-7. Kekalahan itu adalah yang kedua buat tuan rumah selepas tewas 2-1 kepada pasukan sama ketika perlawanan Liga Super, Selasa lalu.


Apa yang TED boleh KATA kan ialah MEMALUKAN
MACAM TAKDE TAMADUN
MUJUR LAH Takde ahli Keluarga TED di SINi FANATIK tgok BOLA



TRAK polis dibakar penyokong Kelantan.

5 comments:

Unknown said...

Betul tu Ted. Memang memalukan. Tempat sebegitu, orang yang ramai, nafsu ammarah pun membuak-buak. Syaitan pun apa lagi, mengambil peluang akan jiwa-jiwa manusia yang sedang kepanasan menjadikan mereka hilang pertimbangan maka jadilah apa yang telah terjadi.
Kasihan, rupanya malam tadi Syaitan juga bersorak kemenangan.

acik ayu said...

yup.
sgt memalukan.

-T.e.d - said...

Harapnya biarlah ini yang terakhir berlaku di sini dan janganlah ini menjadi satu kenangan untuk di sebut2 kan di masa akan datang. biarlah yang berlaku jadi kan iktibar bukan ikutan

HISHAM said...

penonton kita masih belum matang lagi...

HISHAM said...

takder apa2 nak komen lagi...