Tentang Ted

My photo
::Kota Bharu::, Malaysia
::ObSeS With My AdaM.Luv My Hubbie:: Luv My Family ::
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday, January 13, 2010

Hadiah Teristimewa Untuk TED

KETENANGAN HATI TED
Hadiah Agung dari yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kegemaran Adam Ted

Bila Adam dah naik duduk atas kerusi tu..
Jangan Harap ada peluang untuk guna PC..

Monday, January 11, 2010

H.A.R.I.-I.N.I... Atuk Ted Ketawa Gembira

Semasa Ted ke Tesco sabtu malam yang lepas,
Ted ada membeli 2 batang pen yang mana
pen tu Atuk Ted sangat suka gunakannya.
Memang selama ini Atuk hanya suka
guna pen jenama itu dan warna biru sahaja
Seingat Ted dari zaman Ted sekolah lagi
sebab nya tukang belinya ialah Ted sendiri
Setiap kali Ted pulang bercuti, pasti Atuk akan
meminta Ted belikan untuk beliau
Sedangkan masih ada pen yang lain namun
Atuk katakan untuk simpanan [stok dia la]

Nak di jadikan ceritanya,
esoknya [hari Ahad ]Ted ke pejabat pos Kota Bharu
untuk membuat penghantaran pos ekspress
kepada Atuk
hanya mengirimkan 2 batang PEN biru kesukaan ATuk..

Dan
Hari ini , Isnin...
Selepas solat ZUhur tadi, Ted mendapat panggilan telefon
dari ATUK
Belum jawab Ted dah gelak dulu
hahahhahaaa
Dan bila salam di jawab
ATUK
mengucapkan terima kasih dengan
iringan gelak tawa
BAHAGIA NYA TED RASA
DAPAT MENGEMBIRAKAN HATI
ATUK KESAYANGAN TED
hanya dengan kiriman 2 batang pen itu
ATUK GEMBIRA

YA ALLAH...
Sihatkan lah tubuh badan ATUK TED untuk
beliau terus ketawa di samping KAMI


**************************************************

Balik sekolah pula
ADAM selsema
Perubahan cuaca yang mendadak panas barangkali
Lepas Maghrib tadi
BAwa Adam ke Klinik TMC
ni baru lepas makan ubat selsema
ubat demam belum lagi..
Habis cara bodek nak sumbat ubat
tapi ADam lagi cerdik ngelak..
Ishh... pasni pasti akan masuk juga ubat demam
dalam kerongkong Adam..
Tunggu lah tengok sapa cerdik..
heheeeee


Sunday, January 10, 2010

Kisah di Tesco -090110-

Lepas Maghrib semalam..
Ted, Adam dan En Hasnor ke Tesco. Niat nya nak beli milo dan vitagen Adam yang
dah habis. Kat rumah ni stok vitagen kena ada. Kalau habis..mahu meraung
Adam di buatnya.
Semasa di kaunter bayaran, di hadapan Ted ada seorang pakcik bersama
seorang anak perempuan remaja dan anak lelaki yang mungkin anggaran berumur 3 tahun.
Dari pemerhatian Ted berkemungkinan pakcik ni mengusahakan kedai minuman
kerana beliau banyak membeli buah oren dan gula.
Selesai juruwang men'scan' harga barangan totalnya adalah RM130.87
Perubahan wajah pada pakcik tersebut kerana
wang dalam tangan beliau hanyalah RM 113. Disebabkan hal itu, pakcik ini
terpaksa menolak beberapa barangan yang di beli
Wajah jurujual yang nampak kepenatan itu terus mencuka....
[tapi memang dia tak ada melemparkan senyuman pada pelanggan pppuuuunnn..]
Di saat itu terlintas di hati Ted mahu membantu
membayarkan wang yang tak cukup tu
..
TAPI
Ted teragak-agak.
Ted terfikir sekiranya pakcik itu berasa malu

atau sebagainya..
Ted cuba mencari kelibat suami tapi masa tu
En Hasnor dan Adam dah berjalan di ruang luar tempat pembayaran
Sekurang-kurangnya Ted mendapatkan
'green light' dia dulu..
Sementara menunggu Pengurus bahagian kaunter datang untuk
memproses penolakkan barang, dapat Ted lihat wajah serba salah pakcik tu.
Dalam keadaan sedemikian pasti beliau merasa 1001 rasa
Ted sendiri tak sanggup lihat hanya menunduk muka saja
Ted pun bukan lah mempunyai kewangan yang lebih
namun jika nak membantu tu tak da masalah
Tapi TED tak TERBANTU..
MALU juga pada diri sendiri..
DAlam hati TED hanya mampu berkata sendiri
...........................................................................................


Saturday, January 9, 2010

Aktiviti di Hari Sabtu ini

  1. Pagi tadi lewat bangun..erkkss..
  2. Jahit manik kat lengan baju yg terbengkalai.. SIAP akhirnya.. wat simple and nice.
  3. Buat kerja sekolah..huhuu..menaip Rancangan Pelajaran Tahunan ..masih tak siap
  4. Lipat baju yang terbengkalai kebelakangan nie..BANYAK NYA
  5. Yang ini memang HOBI Ted.. Cuci kereta..Polish cermin ..Polish Tayar..
  6. Pas maghrib nie plan nak pi Tesco.. Nak beli barang sekolah.. Kat kedai koperasi jual mahal..hahaaa...
  7. Balik Tesco, seterika baju kerja 5 hari.. Untuk En Hasnor la..Baju Ted malam kerja baru seterika.

Friday, January 8, 2010

::Biar Gambar Menceritakan::

Telatah Adam di dalam Kabin KTM


Insan Kesayangan TED

Adam sangat suka Upin Ipin nie


Di Kuala Lumpur..Aktiviti berjalan-jalan


Wajah-wajah Nakal Adam


Adam lepak dengan Nenek di Cafe



2010-sekolah baru-

Baru sekarang Ted berkesempatan untuk menulis entry yang lama terbengkalai..
[dari tahun lepas.. 2009..]
Sekarang dah melangkah ke 2010.
Bermulanya perjalanan baru untuk diri Ted. Ted melangkah ke tempat
kerja baru. Alhamdulillah permohonan tukar sekolah untuk di tempatkan
di kelas Murid bemasalah pendengaran termakbul. Sekarang Ted dah memulakan
tugas di SMK Ismail Petra, Wakaf Mek Zainab.. Agak mencabar untuk
Ted kerana ini lah sekolah menengah sedangkan Ted adalah berkelulusan Diploma
sahaja yg mana sepatutnya di tempatkan di Sek Rendah. Memang ada
mulut-mulut menuturkan kata-kata 'bisa' tapi Ted sendiri dah dapatkan
kepastian penempatan dari mulut Ketua Unit sendiri memaklumkan
penempatan Ted di SMK adalah layak.

-mulut orang kan-

Seminggu pertama di sekolah , masih tercanggak-canggak..
Ted di amanahkan menjadi guru kelas tingkatan 1
Guru Matapelajaran Bahasa Melayu, Geografi, Sivik dan ICTL
Ted kena study dulu sebelum nak masuk mengajar nie...
Maklumlah 2 tahun tak terlibat dalam PnP berteraskan peperiksaan.

Suasana sekolah menarik.. cantik dan tenang
Namun masih ada 1 ke 2 perkara yang Ted beri markah D-.
t*n*a* & k*n*i*

Ted harap Ted dapat memperluaskan pengetahuan serta meningkatan mutu
kerjaya TEd di tempat baru. Ted akan sentiasa usaha untuk menyamakan 'level'
DG dengan cikgu-cikgu lain kelak.