Semasa Ted ke Tesco sabtu malam yang lepas, Ted ada membeli 2 batang pen yang mana pen tu Atuk Ted sangat suka gunakannya. Memang selama ini Atuk hanya suka guna pen jenama itu dan warna biru sahaja Seingat Ted dari zaman Ted sekolah lagi sebab nya tukang belinya ialah Ted sendiri Setiap kali Ted pulang bercuti, pasti Atuk akan meminta Ted belikan untuk beliau Sedangkan masih ada pen yang lain namun Atuk katakan untuk simpanan [stok dia la]
Nak di jadikan ceritanya, esoknya [hari Ahad ]Ted ke pejabat pos Kota Bharu untuk membuat penghantaran pos ekspress kepada Atuk hanya mengirimkan 2 batang PEN biru kesukaan ATuk..
Dan Hari ini , Isnin... Selepas solat ZUhur tadi, Ted mendapat panggilan telefon dari ATUK Belum jawab Ted dah gelak dulu hahahhahaaa Dan bila salam di jawab ATUK mengucapkan terima kasih dengan iringan gelak tawa BAHAGIA NYA TED RASA DAPAT MENGEMBIRAKAN HATI ATUK KESAYANGAN TED hanya dengan kiriman 2 batang pen itu ATUK GEMBIRA
YA ALLAH... Sihatkan lah tubuh badan ATUK TED untuk beliau terus ketawa di samping KAMI
Balik sekolah pula ADAM selsema Perubahan cuaca yang mendadak panas barangkali Lepas Maghrib tadi BAwa Adam ke Klinik TMC ni baru lepas makan ubat selsema ubat demam belum lagi.. Habis cara bodek nak sumbat ubat tapi ADam lagi cerdik ngelak.. Ishh... pasni pasti akan masuk juga ubat demam dalam kerongkong Adam.. Tunggu lah tengok sapa cerdik.. heheeeee
Lepas Maghrib semalam.. Ted, Adam dan En Hasnor ke Tesco. Niat nya nak beli milo dan vitagen Adam yang dah habis. Kat rumah ni stok vitagen kena ada. Kalau habis..mahu meraung Adam di buatnya. Semasa di kaunter bayaran, di hadapan Ted ada seorang pakcik bersama seorang anak perempuan remaja dan anak lelaki yang mungkin anggaran berumur 3 tahun. Dari pemerhatian Ted berkemungkinan pakcik ni mengusahakan kedai minuman kerana beliau banyak membeli buah oren dan gula. Selesai juruwang men'scan' harga barangan totalnya adalah RM130.87 Perubahan wajah pada pakcik tersebut kerana wang dalam tangan beliau hanyalah RM 113. Disebabkan hal itu, pakcik ini terpaksa menolak beberapa barangan yang di beli Wajah jurujual yang nampak kepenatan itu terus mencuka.... [tapi memang dia tak ada melemparkan senyuman pada pelanggan pppuuuunnn..] Di saat itu terlintas di hati Ted mahu membantu membayarkan wang yang tak cukup tu.. TAPI Ted teragak-agak. Ted terfikir sekiranya pakcik itu berasa malu atau sebagainya.. Ted cuba mencari kelibat suami tapi masa tu En Hasnor dan Adam dah berjalan di ruang luar tempat pembayaran Sekurang-kurangnya Ted mendapatkan 'green light' dia dulu.. Sementara menunggu Pengurus bahagian kaunter datang untuk memproses penolakkan barang, dapat Ted lihat wajah serba salah pakcik tu. Dalam keadaan sedemikian pasti beliau merasa 1001 rasa Ted sendiri tak sanggup lihat hanya menunduk muka saja Ted pun bukan lah mempunyai kewangan yang lebih namun jika nak membantu tu tak da masalah Tapi TED tak TERBANTU.. MALU juga pada diri sendiri.. DAlam hati TED hanya mampu berkata sendiri ...........................................................................................
Baru sekarang Ted berkesempatan untuk menulis entry yang lama terbengkalai.. [dari tahun lepas.. 2009..] Sekarang dah melangkah ke 2010. Bermulanya perjalanan baru untuk diri Ted. Ted melangkah ke tempat kerja baru. Alhamdulillah permohonan tukar sekolah untuk di tempatkan di kelas Murid bemasalah pendengaran termakbul. Sekarang Ted dah memulakan tugas di SMK Ismail Petra, Wakaf Mek Zainab.. Agak mencabar untuk Ted kerana ini lah sekolah menengah sedangkan Ted adalah berkelulusan Diploma sahaja yg mana sepatutnya di tempatkan di Sek Rendah. Memang ada mulut-mulut menuturkan kata-kata 'bisa' tapi Ted sendiri dah dapatkan kepastian penempatan dari mulut Ketua Unit sendiri memaklumkan penempatan Ted di SMK adalah layak.
-mulut orang kan-
Seminggu pertama di sekolah , masih tercanggak-canggak.. Ted di amanahkan menjadi guru kelas tingkatan 1 Guru Matapelajaran Bahasa Melayu, Geografi, Sivik dan ICTL Ted kena study dulu sebelum nak masuk mengajar nie... Maklumlah 2 tahun tak terlibat dalam PnP berteraskan peperiksaan.
Suasana sekolah menarik.. cantik dan tenang Namun masih ada 1 ke 2 perkara yang Ted beri markah D-. t*n*a* & k*n*i*
Ted harap Ted dapat memperluaskan pengetahuan serta meningkatan mutu kerjaya TEd di tempat baru. Ted akan sentiasa usaha untuk menyamakan 'level' DG dengan cikgu-cikgu lain kelak.
Hari : Ahad 06-12-2009 Hari Majlis Kesyukuran Perkahwinan Aika dan Yusry Tema : Ungu Tempat : Belakang SIC, Telipot, Kota Bharu
Bersanding di pelamin bertema ungu+putih Ecah dan nana jadi pengapit
Pasangan Pengantin Baru
En Hasnor jadi penyambut rombongan pengantin lelakiWaahh.. gelak besar nampakMy AdamCik yah dengan Aimi..Nyanyi lagu apa tuPengantin bersama ibu bapa kedua-dua belah pihakKeluarga ungu Ted.. eermm Adam takde sebab tidoBukti Adam tidur dengan Cik PahMacam blur je Adam tengok orang ramai datangdengan Bani selaku juru tangkap gambar majlis Bunting di design oleh En Hasnor
Adam di dukung oleh abahnya
Me wit my Ibu
Keluarga Ted yang datang dari Cheras Goodbye Kiss from Nek Bu Saat sedih dah nie.. Mak bertalu-talu kiss cicit dia nieCium lagi... Adam buat muka sayu nak ikut samaCium lagi... :(Bersama mama dan En Hasnor Suka sangat gambar ini..