Tentang Ted

My photo
::Kota Bharu::, Malaysia
::ObSeS With My AdaM.Luv My Hubbie:: Luv My Family ::
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Saturday, November 7, 2009

B.A.N.J.I.R

Dalam jam 5.00 petang tadi,
Hubbie ajak TED dan ADAM untuk bersiar-siar
Tengok air katanya.
Destinasi yang En Hasnor bawa adalah di tepi sungai Kelantan
Di Tambatan di Raja.
Terbeliak juga mata TED bila tengok air yang dah melimpah
dan air sungai mengalir deras.
Memang ramai orang di tepi-tepi jalan
untuk melihat fenomena banjir ini.
Pulaknya hari ini cuaca cerah dan mengizinkan
penduduk menjalani aktiviti berjalan-jalan bersama keluarga
Memang seronok tengok..
Ada orang berniaga di tepi jalan berhadapan dengan Muzium Perang
Antara yang di jual
-keropok lekor[ sedap sungguh, tapi rugi plak beli RM1 jer]
- air-air minuman [ beli air anggur satu, share 3 mulut ^-^]
- sotong bakar [ fevberet nie..beli 5 ekor yg kecil =RM5]
-Jagung bakar[ sedap jugak.Hubby beli 1 jer,kerat share 2 mulut]
dan yang paling Femes
KACANG REBUS
tapi TED tak beli pun sebab tak suka makan sangat.
Apa pun memang seronok tengok suasana banjir ni
Namun di sudut hati TED
berasa kasihan kepada mangsa2 banjir ni.
Tapi kata hubbie, penduduk KB ni
seronok bila banjir
Boleh jadi pesta di sini. Tunggu dalam 2-3 hari ni pulak
Jika hujan lebat lagi
Pasti KB menjadi seperti Bandar dalam air..


Ada penduduk berperahu untuk membantu menghantar penduduk ke rumah
mereka setelah jalan raya tertutup dengan
air yang melimpah dari sungai sebelah.


Selamba ajer anak dara keciknie berendam dlm air.
Adam mami nak juga main air
tapi TED tak benarkan. Taknak Adam gatal kaki ke ,kudis ke..
Air ni kan tak terjamin bersihnya..

Sini lah di namakan Tambatan di Raja,Kota Bharu.
Air sungai yang melimpah ke jalan raya.
Air sungai nun di sana deras mengalir

Kata hubbie : jika hujan lagi esok lusa, maknanya tak ke
sekolah lah dia sebab jalan menghubungkan ke sekolah
[KedaiBuloh] tertutup dengan air banjir
di kawasan Penambang.

Kata kawan Ted di Penambang: Meh lah datang
main air.
Paras peha dah nie.
Kata Ibu Ted di talian telefon tadi : Jangan bagi ADAM
main air banjir. Apa-apa jadi nati kan susah.

Berhati-hatilah di musim BANJIR ini.
Penyakit pun akan banyak menular

No comments: