Tentang Ted
- -T.e.d -
- ::Kota Bharu::, Malaysia
- ::ObSeS With My AdaM.Luv My Hubbie:: Luv My Family ::
Saturday, March 17, 2012
Dah check in LR tapi check out pula
Ted buat pemeriksaan di KBMC kerana ada lendir + darah yang keluar.
Sampai je di kaunter, daftar, terus dirujuk ke labour room..
Di labour room, pemeriksaan CTG di jalankan sementara menunggu doktor datang buat pemeriksaan. setelah 20 minit, nurse bertugas beritahu jantung baby okay dan ada berlaku kontraksi yang tahap ringan.. Bila doktor dah tiba, dia terus buat 'selukkan' utk periksaan bukaan laluan..~nggrrrr ini yang Mami tak gemar sebenarnya..sakit sampai rasa senak jer rasa~ Doktor cakap dah ada bukaan 2 cm dan masuk wad..
Bila keluar dari LR-dgn jalan terkengkangnya sebab sakit kena seluk- beritahu pada incik suami malam ni kita tidur dalam wad yea.. Mama, Abah, Aika, Aimi dan Abang Adam yang sedia tunggu diluar masa tu Ted suruh mereka balik rumah je dulu.. Tak bersalin kot malam ni sebab takde rasa kontraksi lagi nie.. Tapi sedih hati sebab Adam balik..ikutkan nak Adam tidur sama2 di hospital ajer..
15/3/2012
TIDUR TAK LENA.
-Ada rasa sakit2 pinggang..keras perut tapi bukan secara kerap.. Incik suami pula memang lena sebab penat urus itu ini .. Cian Hubbie Ted.. Nak ajak tidur sesama atas katil tu konpem dah tak MUAT..hehee..Mami kan gumuk..
-Jam 5 pagi nurse masuk bilik untuk ambil tekanan darah . Mujur tak rendah@tinggi sebab time tu mmg ada sedikit Ted rasa tertekan disamping PENAT dan otak teringat kat ADAM..
Jam 6 pagi Incik suami balik dulu..Ted pun kesian tgok dia, suruh dia balik sesambil tengokkan Adam..
- Aduhai perut Ted lapar.. Incik suami ada tawar nak mkn apa tapi cakap takpelah tggu breakfast hospital ajer .. rupanya lewat jam 8.30 baru di hantarnya sepinggan meehoon goreng dan paket milo 3 in 1.. ( toleh kiri kanan..aiikks takde flask air panas ker???).. Kena la kuar minta di kaunter nurse.. Baru ajer nak makan, doktor masuk untuk buat selukkan LAGI.. (oouuchhh kalau boleh tokse..) berserah diri ajer lah.. Seluk punya seluk masih lagi bukaannya 2 cm.. DOktor cadangkan induce tapi Ted beri alasan tunggu tanya pada suami dulu. Sebolehnya Ted nak elakkan sebarang suntikan.. Risau pada kesan di bayi atau diri sendiri dan juga Ted nak rasa kesakitan NATURAL tak mahu sakit PAKSAAN..
- Okay line clear..makan time..lapaq giller mami nie.. licin meehoon sepinggan. sedang molek habis makan nurse masuk sorong mesin CTG lagi.. Mujur dah kenyang so baby pun respon baik lah.. dia pun tgh breaksfast dalam tu.. nyummy..nyummy..Habis ajer sessi 20 minit, Mami pun bersiram..Nyaman sungguh rasa.hilang rasa berlenggas badan nie.
- Jam 11 pagi nurse masuk bawak jarum suntikan, Tedf tanya untuk apa? Induce..Ehh Nurse saya belum buat keputusan lagi sebab suami saya ondaway ni. tunggu dia ya.. Nurse dengan senyum kelat jawab OK.. Bila incik suami dah masuk, nurse tu datang semula dan kami dah sama-sama buat keputusan tak mahu induce tapi nak BALIK..
-Jam 11.50 menu makan tengahari masuk..Aikss cepat la pulak.. tgok menu mmg sedap. belum berpantang tapi menu berpantang yg diberinya. Ikan selar bakar+sup sayur campur+nasi putih dan epal merah. Mami makan ngap..ngap bersama Abang Adam yang datang dengan ayahnya..
- Jam 3.40 petang Mami dibenarkan balik selepas semua urusan selesai.. Nurse bertugas sempat berkata, takpe kak nanti datang semula juga kan.. heee yelah dik.. kena datang semula ..
Bila balik rumah...
Macam2 difikiran.. baju tak cuci lagi.. tak abis lipat lagi..Tilam baby tak masuk sarung lagi.. dan lain-lain...
dan hari ini ..17/3/2012
Mami masih belum ada tanda nak bersalin.. Takde kontraksi kerap dan belum berlaku pecah air ketuban.. Siang tadi siap pi makan nasi kenduri dengan mama lagi..huuuu..
Saturday, January 7, 2012
Adam my Hero no. 1
Adam : Mami, Baby Adik gerak lah.. [ sambil tangan nya mengosok perut mami ]
Mami : A'ah, Baby Adik nak kawan dengan Abang Adam lah tu. Sebab Abang Adam pegang perut mami kan..
Adam : Baby Adik nak keluar bila?
Mami : [tunjuk tangan no 3]..1,2,3 nanti Baby Adik keluar bulan nombor 3
Adam : Lambatnya Baby Adik ni. Abang Adam tak duduk pun dalam perut mami.. Baby Adik ajer duduk dalam perut mami..
Mami : Abang Adam dah duduk lah..Masa Abang Adam baby dulu..
Adam : Adam bukan baby lah..Ini Abang Adam lah..
Mami : ermm yelah tu...
Adam : Abang Adam sayang Baby Adik Abang Adam.. [ cium perut..]Mami : Terima kasih Abang Adam..
Adam : Mami..... Baby Adik nak keluar kat mana?
Mami : Belum keluar lagi lah..Nanti baby adik nak keluar mami beritahu..
Adam : Yelah tu.. Tak nak keluar lah tu.. duduk dalam perut mami ajer baby Adik nie..
Macam mana lah kelak nak terangkan pada Adam bagaimana Adiknya ni bakal keluar.. sesuai ker nank tunjukkan video kelahiran? Walaupun Adam baru 4 tahun tapi Alhamdulillah, dia dah bijak berkata-kata, berfiikir dengan baik apa yang baik dan apa yang tidak baik..Kena tanya ayah nya nanti..boleh ker nak terangkan pada Adam my Hero no. 1...
Tuesday, January 3, 2012
Gigi
Tak ada apa nak di ceritakan cuma nak
nyatakan bahawa gigi geraham atas
sebelah kanan Ted
sedang SAKIT...
NNggrrrrrr
Thursday, December 22, 2011
Kami Pulang sudah
Kami sekeluarga dah pulang semula ke Kota Bharu.
Bandar di mana disinilah rezeki Kamii sekeluarga..
Rasanya lah kan..
Adakah Ted akan selamanya akan bermaustatin
di sini atau kembali semula
ke tempat kelahiran..
Tunggu sahaja lah di masa akan datang kan..
Siapa tahu..
Banyak agenda ..perkara berlaku sepanjang bercuti ..
Akan Ted update di masa akan datang
sekarang ni mood saya ialah mencari blog2/website2..
BABY..
Ermm saja nak survey2 dulu..
Kalu berkenan, order..
Saturday, November 19, 2011
Akhir Tahun 2011
Dari 18 November 2011 hingga ke 3 Januari 2012.
Ted, Adam dan Incik Suami akan pulang ke rumah Mak di Cheras
23 November 2011 hingga.... belum pasti.. Apa-apa pun kena pulang sebelum
22 Disember 2011 kerana Incik Suami ada tugasan di sekolahnya
dan Ted pula akan ada mesyuarat sekolah pada 29 Disember.
Apa pun sakan cuti lah KAMI ....
GURU DAN MURID SEKOLAH
Saturday, November 12, 2011
Minggu 21
Perut Ted pun dah membulat dan bayi dalam kandungan uga dah mula 'beraksi'.
Nak pergi buat scan.. tapi masih tak pergi-pergi lagi.. Ermm..
Nak pergi hari ni lah..(Insyallah..)
Di sekolah, masih ada rakan-rakan guru yang tidak perasan dengan
perubahan saiz perut Ted. Yang mereka nampak ialah perubahan saiz fizikal..
(^_________^) Memang saya nampak gemuk..
Tapi gemuk saya INDAH..
'Makin berisi sekarang ni, ke.. ehh mengandung ke? berapa bulan?'
Dialog seorang rakan guru ketika Ted nak bungkus nasi goreng di kantin sekolah.
Ada juga bertanya, kenapa tak pakai baju mengandung?
Jawab Ted, selesa dengan baju kurung lagi. Lagipun sekarang ni sessi
meminjam koleksi baju kerja mama mertuaku yang dah pencen.
Time ni la nak melaram pakai baju ala-ala datin mama.
Dengan manik sana sini.. perhh nampak elegan dan eksyen la pulak..
Maklumla baju kurung mama semua jenis kain yang cantik-cantik
dan ditambah hiasan batu kristal, manik dan labuci..
Mujur la Ted bukan jenis pakai tudung yang jenis Ariani.
Kalau tak memang pakej pinjam set baju mama la sepanjang mengandung ni.
Tu belum lagi pinjam pin tudung yang panjang-panjang terjuntai
dan besar seperti sama saiz dengan kuih cek mek molek..
Ted selalu pakai pin yang saiz 5-10 sen ajer..
Thursday, November 10, 2011
Abang Adam - Adik Baby
' Adik baby.. Abang Adam sayang adik baby. Mami sayang abang Adam tak?'
'Mami sayang Abang Adam'
' Eh, tak ingat Adam, sayang adik baby , sayang abang Adam ok..'
' Sayang .. Mami sayang banyak sangat'
Monday, October 10, 2011
Wednesday, September 28, 2011
Tuesday, September 20, 2011
Abang dan Adik
Itu lah ungkapan terbaik dan termanis yang dapat Ted lafazkan.
Baby dalam perut dah terasa gerakkan nya. Mula-mula rasa tu memang
Ted tak perasan pun. Tika tu sedang bermesyuarat UPSR 2011.
Yelah pengalaman mengandung pertama 3 tahun yg dahulu.
Bila kali keduanya terasa tolakan yg secara mengejut,
barulah Ted faham dan perasaan tu gembira dan teruja sangat.
Dan Adam sekarang juga dah menerima kehadiran adiknya
yg sedang membesar dalam perut Mami ni.
Hari-hari Adam akan letakkan telinga di atas perut dan dengan
muka 'excited' dia akan cakap 'haa..ada bunyi..'.
bila tanya bunyi apa? jawab Adam bunyi kentut..
kenapa bunyi kentut? sebab bunyi bub..bub..
Itu bukan bunyi baby kentut, tapi itu lah bunyi jantung baby..
Sekarang juga dia dah bahasakan dirinya Abang Adam.
'Ini Abang Adam'.. Kata dia dengan muka senyum comel.
Syukur.. Terbalas keperitan Mami mengalami alahan muntah
dan jatuh berat badan sebelum nie.
Segalanya sekarang manis dan bahagia.
Sekarang juga berat badan Ted sedang naik dengan gembiranya..
HAaaa.. selera makan dah ada
cuma Ted masih menolak masakan
dan makanan yang bersantan
dan yang pasti jika terlebih perasa Ajinomoto
pasti tekak Ted mengembang dan muntahkan semula.
Bagus baby Mami ni pilih makanan yg baik2 ajer.
Mungkin dalam seminggu dua ni nak ke klinik
untuk scan baby. Yang pasti
Ted nak bawa Adam bersama untuk
dia lihat adiknya ini.
pasti akan kata 'sama baby dalam perut mami kan'..
Tuesday, August 9, 2011
Meletihkan
Awal-awal dah berasa lelah ( emm mcm org asma la pula).
Ted masih belum dapat menunaikan puasa lagi.
Memang tak terdaya dengan alahan
kandungan ke dua ini.
Mangkuk tandas bilik air tu mesti tension asyik tengok
muka nie ajer duk meluahkan isi perut padanya..
Sampaikan anakanda Adam pun reti bebel yg Mami ni
asyik muntah banyak..banyak..banyak..
(sambil tu tgn nya bernombor 5 melayang2 ke udara..nak menunjukkan byknya)..
Dah tak tahu la apa yg nak di makan...
singgah kejap je makanan tu di kerongkong dan
bila bangun berdiri dari kerusi ajer
terus berlumba2 pula makanan
tu nak keluar semula...
Memang..memang...
Emosi : Stabil... takde apa nak di stress kan..
(20/21 hb ada exam di oum ..mcm xde rasa ajer)
Thursday, June 23, 2011
Benci bunyi dengkur
Monday, June 20, 2011
Sunday, May 23, 2010
6 penumpang+1 Pemandu
Minggu lepas barulah Ted berpeluang ke
Kopitiam yg 'Soho' di Kota Bharu nie.
Punca nya ialah kerana 2 orang pelajar perempuan
Ted nak beli roti dan nasi di Hayaki.
Katanya bosan dan tak s**ap makan di as***a..
Yang Ted pula tawarlah untuk bawa mereka ke sana.
Bukan nya apa..selera budak ni jangan di sekat-sekat.
Yang 'best' nya .. perginya 6 orang.
Jangkaan Ted budak 2 orang sahaja
Rupa-rupanya yang tunggu di pagar
6 orang.
Campur driver ini 7 orang..
huhuu...
4 org duduk di belakang..[siap beriba]
yang dua orang lagi di depan+driver 3 orang..
Hebat sungguh KANCIL 660 Ted nie...
Memang lucu tapikan
Inilah saat gembira KAMI..
Mujurla anak-anak dara nie saiz XS dan S sahaja.
1 kali konar sahaja dah sampai..
Kalau masuk bandar
Mahu En Polisi atau JPJ tahan..
Friday, May 21, 2010
Sunday, May 9, 2010
Ais Batu Campur
Ted pergi beli Ais Batu Campur (ABC) di Kubang Kerian
Makcik jual ni masih menggunakan cara lama
iaitu dengan menggunakan tangan untuk memarut ais batu..
Perhh..macam nak try cuba test ajer..
Friday, April 9, 2010
aku penuh Tekanan

Makan Panadol sebiji..
[TQ to Goh..mujur u bawa panadol]
Rehatkan minda dalam 20 minit
Rasa kuranglah sedikit tekanan
Untuk menyiapkan tugasan
menulis ringkasan mengajar hari ini
Bawa buku
duduk di meja batu bawah pokok
buka lagu dari Hp Ted..
LAlalaLalalaLalalaaaa,,
Hati sedikit Tenang

Alhamdulillah dapat rezeki makan mee goreng
Makan panadol..
Mandi-mandi
dan TED TIDUR
Ubat merehat badan dan minda..
Sunday, April 4, 2010
Saturday, April 3, 2010
Cuti Mac 2010
Mesti ada sahaja aktivitinya.
Semasa pulang cuti bulan Mac yang lalu, Kami Sekeluarga
ke Mines. Aktivitinya ialah anak-anak bermain air di
Taman Splash Mini di atas bangunan Mines,
karaoke dan ibu Ted bermain boling dengan rakannya.
Kiranya di bawah satu bumbung tempat,
banyak aktiviti boleh di jalankan bersama.
Monday, March 8, 2010
::Cerita - Chinese - New - Year - yang - lalu::
Ted bercuti selama 1 minggu
Memang seronok
Balik KL.. Pergi bercuti bersama-sama keluarga di PD
Jalan-jalan...
Membeli belah...
Di dalam kereta sepanjang perjalanan pulang ke KL dari KBAdam muntah di Bentong..UUweekkss.. Adam pening lama duduk dalam kereta. Mami siap mandi di Masjid Bentong..Adam lagilah.. Berlumuran muntah Mami dan Adam. Kesian juga kat si kecil Mami ni. Puncanya.. Adam makan kentang banyak+susu botol+susu tepung+duduk meniarap di kerusi belakang.. Lain kali ada rezeki kita travel dgn kapal terbang / keretapi ya









Terima kasih untuk semua....










