Tentang Ted

My photo
::Kota Bharu::, Malaysia
::ObSeS With My AdaM.Luv My Hubbie:: Luv My Family ::
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Saturday, December 31, 2011

Misi yang Tidak Berjaya / Tidak selesai

Masa mula2 bermulanya hari cuti sekolah,
Mami pasang misi...
Nak ajar Abang Adam tak pakai pampers..
Bukan nya senang nak bodek si Adam ni supaya
tak payah pakai pampers..
Mula-mula beritahu dia, pakai pampers dengan
seluar dalam / boxer..
Okay katanya. Tapi bila hanya sarungkan boxer
dia tak mahu. Geli katanya.
Dok tarik2 pulak anunya..
Ermm..
Bila Mami tanya Adam nak beli mainan
atau nak beli pampers saja..
Dia gumam memikir tapi
pada air muka memang nampak sedih sungguh
dengan pilihan yang Mami beri..
IShh.. Hati Mami tak sanggup lah..
Tengok mata Adam berkaca..
Kesian la pulak..
DAN
sekarang
Abang Adam masih pakai pampers saiz XL..
Tak perla, pakai la selagi Abang Adam nak pakai
Mami tak desak dan paksa
apa yang boleh mengganggu hati se kecil ni..

Biarlah orang nak kata, dah nak jadi abang pun pakai pampers..
dan hati Mami akan kata..
'Biarla..duit Mami+Ayah yang beli utk Abang Adam kan..'
Hiiii...

Untuk Adik Baby kelak, permulaan bulan akan gunakan pampers
pakai buang..
dan Mami rancang nak pakaikan
Cloth Diaper..
Kalau time Adik Baby tinggal dengan Mama/Kakchik,
beri dia guna pampers sebab xmahu nyusahkan
orang lain.. Kalau dengan Mami
gunalah Cloth Diaper ni..
Takper lah Mami yang akan cuci semuanya.
Permulaannya mungkin rasa tambah kerja
tapi lama-lama akan biasa kan.
Lagipun ini lah cara terbaik berjimat cermat
di samping memberikan yang terbaik
untuk anak-anak..

Penutup Tahun 2011

Hari ini 31 Disember 2011
Pasti ramai yang menanti detik masuk tahun baru 2012
jam 12 tengah malam ni kan.
Pasti juga banyak SUKA, DUKA sepanjang tahun 2011
yang telah berlaku dalam kehidupan setiap individu.
Yang pasti Ted juga begitu tapi
entah tiada apa yang perlu di ingat, di imbau dan di kenang.
Perjalanan kehidupan untuk hari esok..esok..esok.
.seterusnya yang di dalam minda Ted.

Thursday, December 22, 2011

Kami Pulang sudah

Setelah bercuti hampir sebulan di rumah Mak Ted,
Kami sekeluarga dah pulang semula ke Kota Bharu.
Bandar di mana disinilah rezeki Kamii sekeluarga..
Rasanya lah kan..
Adakah Ted akan selamanya akan bermaustatin
di sini atau kembali semula
ke tempat kelahiran..
Tunggu sahaja lah di masa akan datang kan..
Siapa tahu..

Banyak agenda ..perkara berlaku sepanjang bercuti ..
Akan Ted update di masa akan datang
sekarang ni mood saya ialah mencari blog2/website2..
BABY..
Ermm saja nak survey2 dulu..
Kalu berkenan, order..

Saturday, November 19, 2011

Akhir Tahun 2011

Cuti sekolah dah bermula
Dari 18 November 2011 hingga ke 3 Januari 2012.

Ted, Adam dan Incik Suami akan pulang ke rumah Mak di Cheras
23 November 2011 hingga.... belum pasti.. Apa-apa pun kena pulang sebelum
22 Disember 2011 kerana Incik Suami ada tugasan di sekolahnya
dan Ted pula akan ada mesyuarat sekolah pada 29 Disember.

Apa pun sakan cuti lah KAMI ....

SELAMAT BERCUTI KEPADA WARGA
GURU DAN MURID SEKOLAH

Saturday, November 12, 2011

Minggu 21

Dah masuk minggu 21-[ 5 Bulan ]

Perut Ted pun dah membulat dan bayi dalam kandungan uga dah mula 'beraksi'.
Nak pergi buat scan.. tapi masih tak pergi-pergi lagi.. Ermm..
Nak pergi hari ni lah..(Insyallah..)

Di sekolah, masih ada rakan-rakan guru yang tidak perasan dengan
perubahan saiz perut Ted. Yang mereka nampak ialah perubahan saiz fizikal..
(^_________^) Memang saya nampak gemuk..
Tapi gemuk saya INDAH..
'Makin berisi sekarang ni, ke.. ehh mengandung ke? berapa bulan?'
Dialog seorang rakan guru ketika Ted nak bungkus nasi goreng di kantin sekolah.
Ada juga bertanya, kenapa tak pakai baju mengandung?
Jawab Ted, selesa dengan baju kurung lagi. Lagipun sekarang ni sessi
meminjam koleksi baju kerja mama mertuaku yang dah pencen.
Time ni la nak melaram pakai baju ala-ala datin mama.
Dengan manik sana sini.. perhh nampak elegan dan eksyen la pulak..
Maklumla baju kurung mama semua jenis kain yang cantik-cantik
dan ditambah hiasan batu kristal, manik dan labuci..
Mujur la Ted bukan jenis pakai tudung yang jenis Ariani.
Kalau tak memang pakej pinjam set baju mama la sepanjang mengandung ni.
Tu belum lagi pinjam pin tudung yang panjang-panjang terjuntai
dan besar seperti sama saiz dengan kuih cek mek molek..
Ted selalu pakai pin yang saiz 5-10 sen ajer..

- sedang merancang untuk pergi bercuti ke mana ya cuti sekolah ni...

Thursday, November 10, 2011

Abang Adam - Adik Baby

'Adam, adik abang Adam gerak ni'
' Adik baby.. Abang Adam sayang adik baby. Mami sayang abang Adam tak?'
'Mami sayang Abang Adam'
' Eh, tak ingat Adam, sayang adik baby , sayang abang Adam ok..'
' Sayang .. Mami sayang banyak sangat'

Wednesday, November 2, 2011

Aku Suka Dia - Ainan Tasneem

Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Bridge :
Ku terima satu nota..darimu..
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini, ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia,
Menerima cinta darinya.. Aku suka dia…

teringat detik mula berkenalan dengan incik suami
ILOVEULOVEME