Tentang Ted

My photo
::Kota Bharu::, Malaysia
::ObSeS With My AdaM.Luv My Hubbie:: Luv My Family ::
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Saturday, February 13, 2010

TED dan KEGATALAN

Tarikh : 11 Februari 2010
Lokasi : Kem Kijang ,PCB Kota Bharu
Agenda : Perkhemahan Pengakap.

Ted selaku guru pengiring untuk 4 orang
Pengakap Khas SMK Ismail Petra.
Masa kejadian ini terjadi..Ted duduk di bawah pokok
sambil menjahit baju murid.
Mula-mula berasa gatal dan hanya bintik-bintik kecil
tapi dalam masa kurang 10 minit bengkak tu merebak
di sebahagian tangan kanan , peha dan pinggang.

Mulanya Ted cadang nak sapu minyak sahaja, tapi
lepas tengok bengkak mengerutu, terus Ted dan seorang lagi rakan sejawat,Goh
ke Klinik Kesihatan Badang yang behampiran.
Mujurlah ada Goh bersama,
kalau tak memang Ted takut sangat2 dah.

Kata MA di sana kena 'taik ulat' . istilah orang di sini.
Mujur juga MA beri suntikan untuk mengurangkan gatal itu merebak
satu badan. hasil dari suntikan itu, memang berasa
sangat mengantuk dan pening

Bengkak yang semakin membesar dan gatal

Tangan yang semakin mengerutu..eeeiii

bengkak dah surut sedikit.. selepas 5 minit di suntik

Kena comor dengan ubat krim

kemerahan selepas di sapu ubat..GATAL mah

Alhamdulillah..dalam jam 6 petang bengkak hanya tinggal bintik2 sahaja

MOrAL..
jangan duduk di bawah pokok..
(^,^)

Wednesday, February 10, 2010

KARENAH

Dalam masa Ted menjalani kehidupan SEHARIAN sebagai seorang GURU
Pelbagai karenah yang ted dapat lihat..perhati..dan juga pelajari
Bemacam-macam karenah yang ada
Karenah anak-anak murid
Karenah rakan sejawat
Karenah DIRI SENDIRI
kadang-kadang kan kita sendiri
Tak sedar diri kita ini BERKARENAH
jadi Jangan Tunding Jari
Kepada orang lain sahaja
Kaji dan fahami
Punca
Mengapa
Pandanglah POsitif dalam Negatif..

**************************************************************
Hati..minda ...fikiran...
TED dah sampai rumah Mak dah..
Tak sabar pulang kekampung..

Thursday, February 4, 2010

-My Adam-



Lihatlah
Anakanda Mami semakin Bertambah Kemahiran diri nya
Adam dah pandai menggunakan
kedua-dua belah tangannya
untuk mengendalikan alatan..
RAJIN YA....
Memula rajin lepas tu Mami serabut+kasihan
Sampai bersin-bersin Adam tolong Mami
Serabutnya sebab berebut nak guna penyapu jer..

Saturday, January 30, 2010

Halimah Jonggang


Lagu Tema cerita Halimah Jonggang di Astro

Lirik lagu ini memang mampu membuat orang ketawa
Memang melucu kan
Namun
Terasa seperti
Men'hina' insan
yang bergigi jonggang
apa ntah lagi
Ada pun yang kebetulan nya
bernama Halimah..
Tak komen banyak2..
LAYAN...........
**************************************************

Friday, January 29, 2010

-Rindu pada suasana ini -


Semasa menyambut hari lahir Ibu Ted
30-12-2009
Rindunya suasan begini

Wednesday, January 27, 2010

::O.P.T.I.M.I.S::PandANg pOSItIF DALAM nEGATIF::

Positif maksudnya yang baik-baik sahaja
dan yang ikhlas. Jadi, berfikiran positif bermakna
Anda bersangka baik dengan ikhlas,
tak perlu dipaksa-paksa.

Di bawah ni adalah 10 sikap dalam fikiran positif yang paling dominan :

Optimis
Semangat, Minat, Keghairahan (passion)
Kepercayaan (Belief)
Integriti
Keberanian
Keyakinan
Keazaman (Determination)
Kesabaran
Ketenangan (Calmness)
Fokus



Walau sejahat cemanapun orang tu,
pedih cemana pun dia sakitkan hati Kita, fokus kepada sifat-sifat baiknya.
Sebab, fokus kepada keburukan yang dia lakukan pada Kita
hanya akan membuat Kita tidak bersemangat,
lemah longlai, down jadinya serta merta.
Semua orang ada sikap baik, juga sikap tak baik.

Pandang yang positif, dalam yang negatif.
Fokuskan pada yang positif saja, walau pada zahirnya
dia seorang yang lebih banyak berfikiran negatif,
kuat mencaci dan mempamerkan muka yang tak menyenangkan.

Orang yang berfikiran negatif biasanya suka
memandang buruk pada kemajuan orang lain.
Kita maju sikit, dia jeles, berdendam,
bahkan benci dengan Kita.
Dalam hatinya penuh kata-kata negatif, caci maki
dan bintik-bintik hitam yang sukar dibuang.

Bila jumpa orang camni, pedulikan dia.
Biarkan dia sendiri, terkurung dengan pemikirannya
dan dunianya. Selagi dia tak kacau Kita atau mencederakan Kita,
biarkan saja dia.
Tetapi, teruskan dengan usaha Kita yang mahu
mencapai matlamat kejayaan.
Lupakan saja dia, walaupun dia muncul setiap hari di depan mata Kita.
Relaks, be in control, but donno saja..

Tak semua orang bukan melakukan apa yang dikatakan ni.
Sebab, tak semua boleh melupakan apa yang menyakitkan hati mereka,
atau memaafkan kesalahan orang yang membuat mereka sakit hati tu.

Kita perlu kuat semangat, Kita perlu berani menjadi pemaaf.

Orang-orang berjaya, mengambil keputusan untuk
melihat pada aspek-aspek positif saja, hanya
yang positif lalu mengelak dari melihat yang negatif (walaupun sedikit).
Elak sejauh yang mungkin, lupakan selupa yang mungkin.

Kuatkan jiwa, kuatkan minda.

LiveStrong!



Tuesday, January 26, 2010

::Kesejukan Hujan::

Hari ini hujan turun dengan lebat
Sejuk dan nikmat sungguh
Mengundang perasaan
MENGANTUK
Tapi Ted suka suasana ini
Tenang...Rehat Minda...

SYUKUR
Di sebalik hari yang hujan
cuaca yang sejuk ini
membantu
Ted untuk berkeadaan Tenang
Kalau hari ini panas..
Sure Ted pun beresa panas juga untuk hari ini..

Jangan RISAU
Tak kan Ted ambil apa-apa dari kamu
Kelebihan yang Ted ada ini pun
Bukannya untuk bermegah
Pinjaman sebentar sahaja
Dan Ted sedar
Yang Ted ini hanya sekecil kuman
untuk kamu..
Kamu kan ada MASTER... (^<^)

Tapi
Kesedaran diri kamu kurang lah
untuk manusia seumur kamu sepatutnya
lebih matang dari Ted yang DIPLOMA ini...
Sedarlah kamu dari peringkat umur yang hampir nak MoNoP**s
Tak usah lah dok berperangai sedemikian
BURUK
Dan pada si Kamu yang BatuApi..
Harap di anugerahkan wajah yang comel
Tapi BUSUK
Diam-diam Ted jangan la melampaui batas..
Tak tau nak luah pada siapa..
Hanya luahan di hujung jari di atas keyboard ini sahaja
***************************************************