Tentang Ted

My photo
::Kota Bharu::, Malaysia
::ObSeS With My AdaM.Luv My Hubbie:: Luv My Family ::
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Saturday, October 31, 2009

Children See and Do



Salam kepada rakan-rakan semua dan juga untuk yang pertama kali melayari blog ini.

Video yang TED paparkan ini sangat memberikan pengajaran dan mengajar diri ini juga.
Jadikan pedoman kepada yang ada anak-anak kecil terutamanya..

LAYAN....

Friday, October 30, 2009

SMILEYKIDZ Online Contest~ Senyuman Ceria Si Comel

Buat julung2 kalinya, SMILEYKIDZ ingin menganjurkan

ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL.

Hadiah yang ditawarkan adalah:

Pemenang Utama x 1 org:

Outdoor fotografi selama 1 jam

~unlimited shots~

~1 sticky album dengan 20kpg gambar terbaik~

******************

Pemenang sampingan x 2 org:

Voucher fotografi SMILEYKIDZ bernilai RM50

Entry kali ni TED dapat info dari Blog my Sis, AnggahIzza.
Macam best la pulak. Esok last day penyertaan.
Ted pun mencuba nasib dengan menghantar gambar
senyuman Adam Mami yang Ted rasa terbaik....



Nama Anak : ADAM BIN HASNOR RIZAL

UMUR ANAK : 1 TAHUN 8 BULAN
Menyusuri Tasik Putrajaya

Musim H1N1. Kena pakai mask di airport.
Besar mask dari muka Adam

Tuesday, October 27, 2009

Ani SUp Utara

Lokasi Ani Sup Utara
Berek 12[Jalan Hospital]
Balik sekolah hari Ahad yang lepas,
TED singgah ke Restoran Ani Sup Utara
Niat awalnya nak bungkus
tapi disebabkan tengok dan bau aroma sup nya
Terus labuhkan punggung dan makan di situ

Hadapan kedai.
Berhadapan dengan Mak Su Nab Nasi Air

Hiasan dalam kedai yang simple dan menarik
Fresh Orange- RM 2.80
Bihun Sup-RM4.00Daging banyak....

tambah sedap dengan sambal kicap

Berkenan dengan Latar belakang dan

Frame ALLAH MUHAMMAD ni. Macam nak buat

hiasan dinding kat rumah aje..

Tunggu ada rumah sendiri nanti....

Buat la lagi kalau nak rasa makan Kasut Ted

Pulang dari sekolah semalam, TED ke KWSP.
Parking kereta depan dengan The Store.
Selesai urusan, TED nampak 3 orang budak-budak
Burma/Myamar[minta sedekah punya budak]
sedang mengintai2 ke dalam 'DAJ' Ted..
Ted just 'usha' je dulu nak tengok apa budak2 ni buat.
Sambil-sambil tu TED masuk ke A&W untuk membeli nuggets untuk ADAM
Budak-budak tu ikut TED. Ted buat tak tau ajer
Malas nak di layan
Semasa depan kaunter A&W
budak2 ni cuba menagih simpati pelanggan yang sedang
memesan makanan.
Sampai di giliran TED, Ted hanya geleng dan buat tak tau ajer
TAPI
yang geram nya disebabkan TED buat 'dek'
dengan Buku Yassin di tangan dia
Di ketuk2 dekat lengan TED.
Apa lagi TED cengkam tangan budak tu.
Ingatkan dia takut kat TED
sebab TED dan keraskan suara
TETAPI ada ke patut
Simbol tangan 'F**K di 'hadiahkan' kat TED
eeeiii
MUJUR TED tak tampar aje
Ingat memang nak TAMPAR tapi memikir juga
ke tiga-tiga budak tu sama. Dah dihalau keluar
tapi simbol tangan F**K itu yang mereka tayangkan.
memang LAHA**U betul...
Kalau la TED serempak lagi budak-budak tu.. buat lagi macam tu
Korang tunggu lah rasa sedapnya
penangan kasut wedgie-wedges TED

Saturday, October 24, 2009

MAK dan IBU di KOTA BHARU

16 dan 17 Oktober 2009
Sempena cuti Sambutan Deepavali
Mak,Ibu,Uda dan keluarga datang bercuti ke Kota Bharu
TEd happy sangat-sangat
ADAM pun seronok coz dapat jumpa Ain,Shafiq dan Rafi

Tempat-tempat yang kami pergi
Pengkalan Kubor, Pantai Sri Tujoh,Pasar Siti Khadijah,
Pasar Malam Wakaf Che Yeh,Restoran Ulam Cikgu.
Tak sempat untuk ke Rantau Panjang kerana tak cukup masa.

Suka TED tengok pemandangan dari atas Pasar Siti Khadijah

MAK dan IBU melayan karenah ADAM
Di Stesen Keretapi Wakaf Bharu
ADAM dan AIN

ADAM dengan Nenek nya..
Sepatutnya Unyang tapi ADAM pandai panggil Nenek


Rakaman semasa minum petang dan makan
colek di Pantai SRi Tujuh

Aktiviti Istana Pasir Murid Khas

Hari Rabu yang Lepas [ 14 Oktober 2009]
Lokasi Perdana Resort, PCB
Aktiviti membina Istana Pasir dengan
Kanak-kanak Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran

Agihan kumpulan murid dan guru

Beratur untuk ke pantai
Fam E Von mengcangkul pasirCikgu kumpulan menata hias Istana Pasir Istana yang dibina dengan kerjasama guru dan muridTED dengan Muhamad Firdaus.
Kategori murid Terencat Akal/ Slow Learner
TED dengan Muhamad Atik
Kategori Murid Terencat Akal

Bersama Nur Firdaus
Kategori murid Sindrom Down
Cikgu TED
Kategori Cikgu Comel ^_^

Pemberian Hadiah kepada kumpulan yang menang

Friday, October 23, 2009

Meraikan Hari Lahir Kakcik ADAM

Tarikh : 16 Oktober 2009 (Khamis)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dapur kat rumah Ted

Cerita ini minggu lepas punya..
Kami sekeluarga menyambut Hari Kelahiran Kakak a.k.a Aika yang ke 26 Tahun..
Aika ialah adik perempuan tunggal suami Ted.

Nama kek : Kek Forest BlueBerry..Sedap jugak..

ADAM yang beria-ia nak tiup lilin.. Macam la
anak MAMI punya birthday

Potong kek dengan KAKCIK ADAM


Bersungguh-sungguh 'Birthday Boy' ini meniup lilin..
Yeeeaaahhh..!!!