Tentang Ted

My photo
::Kota Bharu::, Malaysia
::ObSeS With My AdaM.Luv My Hubbie:: Luv My Family ::
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday, September 29, 2009

Lembu pun tak boleh jaga ..Mcmana nak jaga rakyat..

Ishhkkk

Entry ini pasal POLITIK...
Hanya menonjolkan kebenaran








SHAH ALAM - Baru sahaja sebulan demonstrasi secara aman oleh 200 penduduk Seksyen 23, Shah Alam yang dicemari dengan insiden mengarak kepala lembu di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 28 Ogos lalu, sekali lagi lembu diarak ke bangunan yang menempatkan kompleks pentadbiran kerajaan negeri di sini semalam.
Kali ini, 75 ahli Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor berarak di hadapan pintu masuk utama bangunan itu membawa 30 kenderaan termasuk lori dan trak pikap yang memuatkan lembu, kambing dan tong susu.
Pengerusinya, Samad Kassim bekata, demonstrasi secara aman itu diadakan kerana tidak berpuas hati dengan kelewatan kerajaan negeri menangani masalah yang dihadapi dua ahli persatuan itu dalam kejadian pada malam Khamis lepas.


Dalam insiden itu, ladang ternakan yang menempatkan lebih 300 ekor lembu dan kambing di Lembah Sungai Tua Hulu Yam ditenggelami air dan sampah sarap apabila sebuah takungan yang terletak berhampiran ladang itu pecah dan menghanyutkan sampah sarap dari sebuah kawasan pelupusan sampah berdekatan pada pukul 8.50 malam.
Sehingga semalam, tidak ada wakil rakyat atau Exco Selangor, Yaakob Sapari turun ke tempat kejadian bagi melihat tempat tragedi itu dan menghulurkan bantuan kepada penternak, katanya kepada pemberita.

dipetik dari akhbar kosmo

Kepentingan menjaga persahabatan



Apakah persahabatan itu hanya wujud pada saat-saat bahagia?




HUBUNGAN persahabatan merupakan antara anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Sahabat, teman, kawan atau rakan, walaupun berbeza sebutan tetapi hakikatnya mereka sentiasa berada dalam lingkungan kehidupan kita pada setiap hari.

Tanpa sahabat, seseorang itu mungkin akan dikategori sebagai 'kera sumbang' iaitu orang yang tidak tahu bergaul dan suka menyendiri.

Bermacam-macam corak sahabat kita boleh dapati selepas bersahabat dengan seseorang. Ada sahabat yang kasar, tetapi lembut hatinya, ada sahabat yang nakal, tetapi suka mengambil berat, ada sahabat yang garang, tetapi penyayang dan pelbagai lagi.

Di samping itu, sudah menjadi lumrah dunia, ada juga sahabat yang hanya dekat pada kita apabila kita mempunyai kuasa atau kekayaan. Tetapi jika sudah tidak mempunyai apa-apa, kita mungkin ditinggalkan begitu sahaja.

Namun, ada juga sahabat sejati yang akan sentiasa bersama kita, tidak kira susah atau senang. Itulah teman yang benar-benar memahami erti persahabatan yang sebenar.

Walaupun teman sebegini sukar ditemui, tetapi setiap manusia boleh berusaha untuk menjadi seorang sahabat sejati.
Dikala ini TED rindu pada SAHABAT yang
selalu ada di kala TED susah dan senang

Sunday, September 27, 2009

Di Pagi Aidilfitri 2009

Minta Ampun dan Maaf dari Suami Tercinta..
Mami Sayang Ayah

Turn Adam pula Minta Ampun dan Maaf..


Ampun Mami..
Adam Sayang Mami
Mami Sayang Adam
Ciuman Kasih Mami buat Adam Tercinta

Sunday, September 20, 2009

Salam Aidilfitri dari Ted-Rizal-Adam

Salam Aidilfitri
Hari ini Seluruh Umat Islam Menyambut Hari Kemenangan
Setelah 1 bulan kita menunaikan ibadah puasa
Alhamdulillah..
Segalanya berjalan dengan baik
Cuaca pagi sangat baik


Pada pagi Raya tadi
Sekeluarga ke masjid untuk Solat Aidilfitri
Hanya TED sahaja tak dapat bersama
Menunggu putera tercinta bangun tidur
Alih-alih habis orang solat pun masih tak bangun
Maklumlah jam 2 pagi semalamnya baru
Adam dapat lelapkan mata

Sekembalinya yang lain ke rumah,
Agenda pertama adalah bersalam bermaafan
sambil huluran wang raya

Sessi bergambar keluarga berjalan dengan suasana ceria
Maklumlah putera kecik yang ada ni
membuatkan orang terhibur dgn keletahnya


Adam' Parents
Mami Adam-Ayah Adam-Adam

Tema keluarga tahun ini Merah+Pink
Inilah Keluarga Mertua TED

TED bersama Ibu Mertuaku

ADAM bersama KAkchik dan Abah nya

Kesayangan TED


Keluarga Besar
Bergambar di rumah Ayah Nor


ADAM dan Uncle Bani
Malam Raya
Main Bunga Api

Insyallah Raya ke-2
TED pulang ke KL
MAK tunggu Kami Balik..

Saturday, September 19, 2009

Hanya Ngomelan

Macamana persiapan Aidilfitri?
Pasti Hari yang akhir ini kelam kabut+sibuk
dan pasti terasa masa tak cukup
Mulut pun dah mula nak pot..pet..pot..pet..
Muka dah tegang mencuka
mulut jadi menjuih muncung kedepan
dan lain-lain ...

Heheheee
TED pulak yang jadi membebel
TED ngomel ini hanya untuk mengulas situasi yang selalu berlaku
Memang dah menjadi TABIAT
buat kerja last minute..
Dah terasa terdesak
Hati mudah jadi memberontak
Perasaan marah la
Perasaan meluat la
Perasan menyampah pun akan terbit
ISHHKKK...
Esok baru SYAITAN akan di bebaskan(insyallah kalu esok raya)
Tapi kita pula yang menjadi s****an dalam diri sendiri
SEBABNYA
MARAH itukan perangai makhluk ALLAH yang JAHAT nie..

Kat rumah nie adik ipar TED masih lagi
dengan operasi kek coklatnya
MAMA pulak dengan operasi
menganyam daun ketupat
TED sendiri tinggal nak jahit manik di baju sendiri


Wednesday, September 16, 2009

Minggu ini punya cerita

Ada lagi 4 hari sahaja lagi
Umat Islam akan
Menyambut Aidilfitri
Sekejap sahaja rasaya berpuasa
Alih2 dah nak raya
Minggu ini agak tak terurus masa TED
Setelah tamat tugasan UPSR
Kena urus claim cikgu2 pulak..
Rata-ratanya guru yg bertugas itu guru2 'lama'
Tapi dalam menguruskan urusan 'claim'
Masih lagi salah dan salah...
dah buat tambah kerja orang pula untuk
membaiki kesalahan mereka
Yang keduanya pulak
Sibuk untuk menyiapkan tempahan
manik baju ibu mengandung..
Sebab rakan ini baik dengan TED
Tak sampai hati pula menolak permintaan beliau
untuk menjahit manik dan labuci di bajunya
2 pasang baju perlu disiapkan..
Ni pun mujur hampir siap dah.
Last touch-up aje.
Esok last day sekolah boleh la
beri pada nya
Projek kuih raya pun dah bermula
Kesian juga ke aika seorang
diri menguli tepung..
Tunggu TED habiskan jahitan
bolehla bantu aika nati ek..
Seperkara lagi langsir tingkap yang satu tu pun tak siap jahit lagi
Langsir bilik pun nak tukar baru
Baru je semalam beli di NAGOYA
Takpe, mudah je jahit langsir
Jahit lurus ajer...
Janji kain elok coraknya...

Friday, September 11, 2009

Selesai 3 hari UPSR

Alhamdulillah
Tugasan yang di amanahkan 3 hari telah selesai
AMIN
Sekarang ini boleh lebih luangkan masa
untuk persiapan hari raya
seminggu aje lagi