Tentang Ted

My photo
::Kota Bharu::, Malaysia
::ObSeS With My AdaM.Luv My Hubbie:: Luv My Family ::
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Monday, August 31, 2009

Salam Merdeka ke 52 Tahun

Dah 52 Tahun Malaysia Merdeka
Alhamdulillah Malaysia Kita masih dalam keadaan
Aman dan Selamat
Cuma ada juga 'penjajah' yang tak sedar kediri
masing berleluasa
[dituju kpd yg mengamalkan fesyen barat,stail ala2 omputih,Sedangkan anak MALAYSIA]


Sunday, August 30, 2009

Cerita Ramadhan

Dah seminggu kita semua berpuasa
Masa berlalu cepat
Fenomena di Bulan Ramadhan..
eeemm
Biasa nya Bazar2 Ramadhan la kan
Kalau boleh 30 hari berpuasa tu
30 Bazar Ramadhan kita nak pi 'lawat'
biarla beli tak byk mana tapi asalkan
dapat berjalan sambil2 cuci mata
Tapi beringat juga
Di musim penyakit berleluasa ni
Jaga-jagalah diri kita
ANAK-ANAK yang kecil jangan lah didedahkan
pada persekitaran yg ramai orang
Mesti ada juga kan yang dah membeli belah pakaian raya
TED belum sediakan lagi untuk diri dan utk Hubbie
Tapi untuk Tuan Kecil kami
Dah siap dah dari baju, seluar dan kasut
1 lagi la kan Fenomena yang berlaku di KB nie..
PEMINTA SEDEKAH
MaAF...
Bukan TED nak menghina atau merendahkan mereka
cuma
CARA MEREKA

Datang ke pintu-pintu rumah
membawa orang TUA, ANAK KECIL
Merayu meminta wang
untuk makan berbuka
BOLEH KE?????
SENDIKET KE????
KAlau beri ALAMAKNYA
NAti ada lah sekumpulan lain yg datang
Jika tak diberi wang...
KEDEKUT KE ????
JAHAT KER???
SALAH KE???
Pada TED kan...
Lebih baik TED beri mereka tepung..gula..susu tin..biskut..
tak pun baju-baju atau tudung yg tak guna lagi ker..
Bulan Baik ni memanglah kita kena banyak buat amal bersedekah
TAPI
dengan cara dan kaedah yg betul la kan...
Sebabnya masa TED tinggal di Bt9 tak ada pulak kejadian gini
Macam-macam kan..
REnung-renungkan
dan
Selamat BerAmaL

Seloka Aurat

Ted ambil SELOKA ini dari blog bacaan TED.
Untuk renungan dan tatapan semua
Tutup aurat adalah satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib ditekankan,
Kalau tidak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.
Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tidak perlu pun ‘make up’.
Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.
Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tidak berani mengorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.
Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.
Berseluar ketat baju pun ketat
Jarangnya pula boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilakhnat,Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.
Apa yang cantik bila dipandang,
Lengan pendek tetapi bertudung,
Kelihatan seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung
Amatlah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.
Bila ditanya kenapa begitu,
Dia menjawab: fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda lelaki sudahlah tentu.
Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilakhnat tiada guna sesen.
Kalau nak “Make Up” biarlah berpadan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.
Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia akan melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian si lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.
Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang lelaki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.
Buat apa ditayangkan jambul,
Kecantikan tidak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tidak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.
Selokaku ini bukanlah berniat jahat,
Cuma ingin memperingat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.
Kalau ingin ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh, ubahlah diri,
Benda yang baik tidak perlu diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.
Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak bila wanita diperli,
Keluarga kita tidak terkecuali,
Terutama sekali anak dan isteri.
Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,Keluarga menjadi contoh teladan.
Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok anda mulai.

Kembali Bertugas

Ahad

Dah mula bertugas semula

Uish...

Malas sungguh

Maklumlah dah 1 minggu bercuti

Esok..

Cuti pulak

Hari Merdeka

Thursday, August 27, 2009

Alahai Batuk

Sekejap aje
dah nak masuk puasa hari ke 6
La nie masa bergerak pantas

TED pulak dah hampir masuk minggu ke 2
BATUK tak berhenti2blogger-emoticon.blogspot.com
Ubat dah 4 papan telan tak reda lagi batuknya
SUARA.....blogger-emoticon.blogspot.com
Terasa buruk didengar
Mujurlah kerjaya TED tak memerlukan
suara yg lunakblogger-emoticon.blogspot.com

Banyak lah meminum air masak
apa lagi diwaktu berbuka puasa
kebanyakkan kita WAJIB
air berais kan..
emmm
Kalu TED tak batuk, TED pun hentam air batu...
blogger-emoticon.blogspot.com



Friday, August 21, 2009

Balik Kampung


Hari ini
Jumaat
21 Ogos 2009
Yahooo
Balik ke Cheras
Menyambut Ramadhan bersama
Keluarga TED
Selamat Berpuasa Semua

Thursday, August 20, 2009

Bonus Di Bulan Ramadhan

Sila klik pada risalah untuk baca
dengan lebih JELAS