Tentang Ted

My photo
::Kota Bharu::, Malaysia
::ObSeS With My AdaM.Luv My Hubbie:: Luv My Family ::
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday, September 20, 2011

Abang dan Adik

ALHAMDULILLAH
Itu lah ungkapan terbaik dan termanis yang dapat Ted lafazkan.
Baby dalam perut dah terasa gerakkan nya. Mula-mula rasa tu memang
Ted tak perasan pun. Tika tu sedang bermesyuarat UPSR 2011.
Yelah pengalaman mengandung pertama 3 tahun yg dahulu.
Bila kali keduanya terasa tolakan yg secara mengejut,
barulah Ted faham dan perasaan tu gembira dan teruja sangat.

Dan Adam sekarang juga dah menerima kehadiran adiknya
yg sedang membesar dalam perut Mami ni.
Hari-hari Adam akan letakkan telinga di atas perut dan dengan
muka 'excited' dia akan cakap 'haa..ada bunyi..'.
bila tanya bunyi apa? jawab Adam bunyi kentut..
kenapa bunyi kentut? sebab bunyi bub..bub..
Itu bukan bunyi baby kentut, tapi itu lah bunyi jantung baby..

Sekarang juga dia dah bahasakan dirinya Abang Adam.
'Ini Abang Adam'.. Kata dia dengan muka senyum comel.
Syukur.. Terbalas keperitan Mami mengalami alahan muntah
dan jatuh berat badan sebelum nie.
Segalanya sekarang manis dan bahagia.

Sekarang juga berat badan Ted sedang naik dengan gembiranya..
HAaaa.. selera makan dah ada
cuma Ted masih menolak masakan
dan makanan yang bersantan
dan yang pasti jika terlebih perasa Ajinomoto
pasti tekak Ted mengembang dan muntahkan semula.
Bagus baby Mami ni pilih makanan yg baik2 ajer.

Mungkin dalam seminggu dua ni nak ke klinik
untuk scan baby. Yang pasti
Ted nak bawa Adam bersama untuk
dia lihat adiknya ini.



detik hati : tersenyum setiap kali menonton iklan susu Anmun. Adam
pasti akan kata 'sama baby dalam perut mami kan'..


Tuesday, August 9, 2011

Meletihkan

Agak meletihkan dan mencabar kandungan ke dua Ted ini.
Yang ini benar2 menguji ketahan diri dan kekuatan mental.
Kuat dengan alahan nya...
Awal-awal dah berasa lelah ( emm mcm org asma la pula).
Ted masih belum dapat menunaikan puasa lagi.
Memang tak terdaya dengan alahan
kandungan ke dua ini.
Mangkuk tandas bilik air tu mesti tension asyik tengok
muka nie ajer duk meluahkan isi perut padanya..
Sampaikan anakanda Adam pun reti bebel yg Mami ni
asyik muntah banyak..banyak..banyak..
(sambil tu tgn nya bernombor 5 melayang2 ke udara..nak menunjukkan byknya)..
Dah tak tahu la apa yg nak di makan...
singgah kejap je makanan tu di kerongkong dan
bila bangun berdiri dari kerusi ajer
terus berlumba2 pula makanan
tu nak keluar semula...
Memang..memang...


Emosi : Stabil... takde apa nak di stress kan..
(20/21 hb ada exam di oum ..mcm xde rasa ajer)

Friday, July 22, 2011

3 + 1


ALHAMDULILLAH

Sangat gembira dengan Kurniaan ini..
Semoga berjalan dengan
baik dan selamat
hingga ke hari kelahirannya..

Thursday, June 23, 2011

Benci bunyi dengkur

Menjengkilkan..
Rasanya itu sahaja ayat sopan marah orang.. sopan+bisa..
Sendiri mahu ingat lah..


Yg Ted tension nya..
dahlah tidur
siap berbunyi DENGKUR..bunyi... Tak hengat
Eeeiii...

Walaupun Ted dah pakai HeadPhone Niiii..
Bunyi yg kuat mengelikan itu masih boleh
tembus ke halwa telinga Ted...
Geram..geram..geram...

Monday, June 20, 2011

ADUUiii


EEerrKKss !!!!!

Naik pula timbangan minggu nie....

Sunday, May 1, 2011


Ted masih BerPengakap..
dan menyalurkan tenaga bakti
apa ANAK2 Istimewa

Kisah Klasik Kita dalam Pengakap
Akan sentiasa segar dalam ingatan





Benarkan..
Sekali berpengakap Selamanya Berpengakap

Masa....


masa yang sangat PENTING dalam hidup Ted ialah
Masa Bersama ADAM dan EN SUAMI..


Adam+ HasnorRizal:
Bintang Hati Ted