Tentang Ted

My photo
::Kota Bharu::, Malaysia
::ObSeS With My AdaM.Luv My Hubbie:: Luv My Family ::
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Thursday, October 8, 2009

Kes Buli [Special Case]



Buli di Kelas TED


4 patah perkataan sudah...


'Mami, Adam nok gen' bermaksud
Mami Adam nak Vitagen.'Adam nok air'.
ADAM dengan lancar menuturkan ayat ini semasa TED sedang gosok pakaian. Bulat-bulat mata TED dengar ADAM dah pandai menutur dengan baik. Terkejut dan Terkejut..Melalui pembacaan TED, peringkat umur ADAM ,selalunya akan dapat menyatukan dua patah perkataan.
ALHAMDULILLAH
Perkembangan bahasa ADAM setiap hari semakin bertambah dan baik. Cuma ADAM banyak mengikut rentak 'dialek' Kelantan.
'nok', 'depe'[depan],'maen'[main]...


Tuesday, October 6, 2009

AL-Fatihah Buat Fazlina Othman

Malam 4 Oktober 2009 jam 11.10 pagi, 1 sms diterima .

salam..perhatian kwn2..

mari kita sama2 doakan kesihatan fazlina othman(lyn o)

yg berada dlm keadaan koma di hosptl pantai cheras..

jika bkesempatan luangkan masa melawat shbt kita..

sebarkan..farah hanim

Ted hanya membaca sms yg diterima itu pada jam4.30 pagi semasa bangun
utk bersahur puasa sunat.


Pagi di sekolah, TED cuba menelefon Farah Hanim utk mendapatkan pengesahan. Farah memaklumkan LIN (Fazlina) sudah sedar. TED menanyakan puncanya namun tidak dapat diberi kepastian kerana Farah sendiri dalam perjalanan ke hospital.


Fazlina Othman
Empunya milik nama ini adalah rakan sebaya yang TED kenal semasa dari Tahun 5 si SK Batu 9,Jalan Cheras.Bila di Tahun 6, kami di tempatkan di kelas yang sama. Lin mempunyai rambut yang panjang ke paras pinggang dan di ikat tocang kuda. Disebabkan itu, TED suka menyakat LIN dgn menarik rambutnya seperti membuat buaian. Tapi LIN tak marah pun. Dia dah biasa katanya. Sebelah petang pula kami pergi ke sekolah agama yang sama dan masih ditempatkan di kelas yang sama. Namun semasa menaiki sekolah menengah, LIN memilih ke SMK Agama Bt10 dan TED sendiri ke SMK Abd Jalil. Mulanya hubungan kami terhenti, NAMUN kerana TED aktif dengan Pengakap, TED dapat pergi ke sekolah2 lain untuk berkhemah dan mengenali rakan2 baru. Disini bermulanya hubungan TED dengan FARAH HANIM. Farah juga sama sekolah agama dgn LIN. BIla waktu terluang, TED akan curi2 menyilap masuk ke SMK Agama BT 10 untuk berjumpa Farah dan dengan itu TED dapat semula berjumpa dengan LIN. Rupanya LIN dan FARAH juga berkawan baik.

Semasa TED di tingkatan 3, Pak Uda TED berkahwin.dan tak disangka sekali lagi rupanya isteri Uda Ted itu Makcik LIN..Selepas itu kami sering bertemu dan hubungan persaudaraan juga bertambah erat.Sehingga kan TED punya majlis pertunangan, pernikahan, perkahwinan dan juga berarakke rumah lelaki di Kelantan LIN ada ikut serta.

Semasa TED mengandungkan ADAM 6 bulan,LIN bertemu jodoh dengan seorang rakan lama dari Hulu Langat dan tidak lama kemudian dia melahirkan seorang anak perempuan dengan . dan paling TED ingat sekali, semasa hari kelahiran anaknya,TED dan FARAH
orang pertama melawat LIN. Hinggakan LIN cakap
'korangkan, parents dan suami aku pun tak dan tengok
anak lagi, dah datang melawat aku'..

Kali terakhir TED berjumpa LIN semasa kenduri doa selamat anak UDA TED bersunat pada bulan Mac 2009.Masa tu LIN dah sibuk kendong anak dara dia yang semakin ligat.
Sempat lagi dia bisik ke TED..
'susahnya nak turunkan berat badan nie..Macam Doraemon dah aku nie.'
Ted hanya jawab,
'takpe, lagipun anak kan masih menyusu badan, makan ubat pelik2
nanti anak muntah2 pulak. Ok la cubby, Hubby suka..'

5 Oktober 2009- 1o.30 pagi semasa waktu rehat, TED telefon Mak Uda.TED bertanyakan tentang LIN. Katanya punca dari bengkak usus di perut kesan dari perbedahan.Selepas menjalani perbedahan ke 2, kuman yang ada dalam perut tu merebak ke jantung,hati dan
buah pinggang LIN dan terjadilah
KANSER USUS.
Kanser LIN dikesan LEWAT . Ini kerana perbedahan untuk membuang kuman di buat di HosPitaL K*J*NG. Bila di buat pemeriksaan lain, Doktor mengatakan LIN ada masalah DARAH CAIR. SEdangkan Doktor tidak membuat Rawatan Lengkap terhadap nya. Akhirnya barulah LIN membuat pemeriksaan di HospiTal SwaSta dan mengatakan LIN ada Kuman
Kanser dan TIDAK daPat diselamatkan lagi..


5 Oktober 2009- jam 7.40 malam TED terima panggilan telefon dari FARAH mengatakan LIN nazak. TED minta FARAH katanya pada LIN , TED sayang LIN.TED halalkan segalanya dan memaafkan segalanya. Pergilah dengan tenang. Tinggalkan keluarga dengan hati yang tenang. Selepas itu TED telefon kepada MAK memaklumkan hal ini. MAK pun tak sangka kerana LIN masih muda dan ada anak yang masih kecil. Tak henti2 MAK ingatkan TED agar menjaga kesihatan diri dengan baik.
TED jaga diri TED untuk Semua Orang.

5 Oktober 2009- jam 9.26 malam sekali telefon berdering. Bila TED tengok skrin nama FARAH HANIM tertera, Jantung TED berasa berdebar. Bila butang answer ditekan terdengar bunyi suara tergetar-getar FARAH. TED dah terasa hati dan memahami tanda itu. Patutlah 10 minit sebelum itu jantung TED berdegup kencang dan di mata pula terbayang2 wajah LIN, terimbas
kenangan awal perkenalan dan telatah di dalam kelas.

Rupanya LIN telah ucapkan SELAMAT TINGGAL kepada semua.

6 Oktober 2009- Jam 9 pagi. LIN sekarang berada di rumah suaminya di Kampung Jawa, Hulu Langat untuk disemadikan. LIN pergi dalam usia 27 tahun, meninggalkan anak dan suami serta keluarga yang sangat menyayangi beliau. LIN merupakan anak perempuan tunggal dan LIN juga meninggalkan zuriat tunggal untuk keluarga serta suaminya.

LIN
TED doakan LIN bersemadi dengan tenang.
TED akan selalu kenang dan hanya doa yang TED dapat titipkan
buat LIN. TED sendiri tidak pasti adakah esok lusa
bila TED dapat bertemu LIN JUNIOR, adakah TED akan kuat menghadapi serta menahan perasaan di hati. Tapi TED pasti anak LIN akan secantik manis dan setabah ibunya.
Insyallah, bila TED pulang ke sana, TED akan pergi ke 'Rumah' LIN ya.



Saturday, October 3, 2009

Timun Susu


Ini Buah Timun Susu
Pernah dengar ke?
Buah ini di Kelantan sahaja di panggil
Timun Susu.

Timun susu ATAU nama sebenarnya ialah
Buah Tembikai Susu.

Di Kelantan buah Tembikai di panggil
Timun Cina.
Kenapa???
Entah la , TED pun tak tahu.

Friday, October 2, 2009

Majlis Raya di sekolah

Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan pada
30 September 2009 di sekolah TED bertugas. [SK Tanjong Mas]


Anak-anak Istimewa TED datang ke sekolah dengan berbaju Melayu [baju raya]
Cikgu2 pun ikut melaram baju raya masing2
(itu belum lagi ditambah aksesori tambahan. huhu)

Ini Muhammad Adam.
Murid yang terlebih manja n jika ditegur habislah
dilonglaikan badan buat mengada2 dia..
Tapi disebalik keistimewaan dia, dia seorang anak yang comel


Ini Muhammad Nabil. Murid bermasalah SIndrom Down. Hobi REMPIT..
bukannya dia bawa motor pun. bonceng ayah dia pergi dan balik sekolah.
Dia byk terpengaruh cerita REMP-IT..
Isshhkk mesej tak elok ke budak2


Ini Muhammad Nadzren atau panggilan manja ayah dia Ismail.
Murid bermasalah Terencal Akal.
Seorang yang bolehurus diri dan mendengar kata.
Tapi antibodi tak kuat sebab 'sokmo' selsema

Ini Muhammad Aniq Rifqi. Murid Disleksia + Hyperaktif.
Seorang yang 'becok' dan kuat peluh..
Cerdik tetapi nakal.

Yang tidur tu anak manja. Foo nama dia.
Murid Sindrom Down yang sangat penyayang
Wajib datang ke sekolah bawa bekal ayam goreng+nasi putih

3 murid perempuan yang mengambil bahagian untuk pertandinga 'Busana Muslim'
Habis2 cun dah tu


Dalam kegembiraan nak sambu raya beramai-ramai tu, datang pula sekumpulan jururawat gigi membuat demontrasi dan amali memberus gigi untuk murid2 istimewa ini.
Habis glamor budak2 nie. Nak tak nak gigi kena gosok dulu



Ribut kuat di Kota Bharu


Ribut kencang berlaku di Kota Bharu pada
30 Sept 2009 yang lalu
Semasa berlakunya ribut ini TED ,ADAM dan HUBBIE berada di rumah
Memang tak disangka2 kerana sebelum berlakunya ribut kencang ini cuaca
dalam keadaan baik dan panas.
TED yang ketika itu baru pulang dari 'booking' hotel di Wakaf Che Yeh
untuk keluarga TED yang akan ke Kota Bharu semasa cuti Deepavali nanti.
Mujurla time tu TED tak ada berniat untuk singgah ke mana2.
Bermulanya TED dan ADAM baru hendak melelapkan mata,
tiba-tiba terdengar suara murid2 asrama SIC memekik sambil bertakbir
TED terus mengejutkan HUBBIE yang juga baru hendak merehatkan badan.
Bila kami keluar bilik , angin kuat menerpa dan bunyi bising.
ABAH cepat2 mengalihkan motor ke bawah bumbung dan memasukkan kucing ke dalam kandang. Langit kelihatan sangat gelap dan pokok2 'lemah gemalai' di tiup angin. Ayah Rashid rumah depan TED pun tak berani masuk ke rumah kerana
khuatir pokok durian dan kelapa belakang rumah akan tumbang.

Angin bukan nya datang secara 'melambai-lambai tetapi secara berputar.
Klip yang TED ambil pun kira2 15 minit selepas berlaku ribut yang kuat.

Akibat dari berlakunya ribut ini, daun2 pisang kebun ABAH ted dah jari 'carik-carik'.
Di Bachok pula berlaku kematian akibat di hempap pokok akibat mencari tempat berteduh.
Di Cabang tiga Pengkalan Cheepa berlaku pokok tumbang dan menyebabkan ada mangsa patah peha. Pondok-pondok mini Polis di sekitar Kota Bharu habis diterbangkan ribut kuat.
Pondok Polis di IPK Kota Bharu juga atapnya diterbangkan angin..

Dalam masa sehari berlaku 4 kejadian bencana.
Tsunami di Samoa
Gempa di Kepulauan Tonga
Taufan Ketsana di Vietnam
Gempa di Padang

Beringat lah sesama kita. Ujian dan musibah yang berlaku di Kota Bharu tu hanyalah sedikit.
Fikirlah bagaimana nasib yang berlaku di 4 tempat dan 4 bencana yang berbeza.

Tragedi di Padang

Gempa kuat 7.6 pada skala Richter menggegar pulau Sumatera[Padang]

Di situ terletak kampung Atuk TED (Hj Satar b Idris)
Atuk,Mak,Ibu,Umi dan Uda's Family baru bercadang utk pulang
ke Padang untuk membuat korban lembu sempena Raya Haji yang akan datang.

Teringat TED semasa pulang bercuti Aidilfitri yang lepas
Uda ada membuat panggilan ke Padang
Untuk meminta saudara di sana
mencarikan seekor lembu untuk dibuat korban
Yang mengeletek hati TED bila
di tanyakan berapa harga seekor lembu
Jawapnya 8 Juta
[itu dalam nilai matawang Rupiah]

Dan bila Mak juga mengajak sama utk pulang ke sana
membawa Adam ke kampung AKI nya
Ted tak pula beri kata putus sebab takut tarak bujet

Itu yang berlaku seminggu yang lepas
Kini yang berlaku pada 30Sept 2009
Amatla membuat TED terkejut
Dalam fikiran TED terbayang wajah Atuk
Mesti Atuk sedih

Bersamalah berdoa agar kepada mangsa2 gempa bumi
dalam keadaan tabah menghadapi ujian ALLAH swt
Sesungguhnya DIA yang MAHA MENGETAHUI

Pada kita yang hidup senang lenang ini
hulurkankan bantuan walaupun RM1
Janganlah difikirkan mereka
dari negara seberang
Apa pun mereka saudara seISLAM kita

berlinang air mata melihat anak2 kecil yang
sebaya ADAM tertimbus dan cedera.

.
YA ALLAH lindungilah kami dari bencanaMU