Tentang Ted

My photo
::Kota Bharu::, Malaysia
::ObSeS With My AdaM.Luv My Hubbie:: Luv My Family ::
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday, September 9, 2009

Jalan di KB di waktu malam..

Tadi baru aje balik ronda-ronda bandar KB
Semakin ramai pengunjung ke Pasar Malam
Semakin ramai peniaga di Pasar Malam
[rezeki peniaga di bulan Ramadan]
Berpeluang juga TED, HUBBIE n ADAM
Masuk ke KBTC
[KotaBharuTradeCenter]


Jalan-jalan masuk dalam Parkson
Sambil 'usha' baju raya HUBBIE
TED rasa serupa macam ada kat Parkson Alamanda ajer..
Mula la rindu nak balik sana
Tapi tetap tak serupa KL
sebabnya
Bukan mengata bukan menghina
Orang kat sini pakai kain pelikat, kopiah putih,
kain batik+baju kedah, tudung ikat bawah dagu
Masuk supermarket...
Itu lah kelainan fenomena di KB..
Ini hanya pandangan dari mata TED
Bukan untuk merendah kan tahap atau menghina
Hanya tulisan yang untuk menceritakan sahaja

Aksi Si ADAM dalam Tidurnya


Inilah corak tidur ADAM Ted.
IShkk.. Melampaui sempadan .
blogger-emoticon.blogspot.com

Saturday, September 5, 2009

Tengahari di TESCO


Tadi TED,MAMA dan ADAM ke TESCO
Tujuan untuk membeli barang keperluan dapur
dan juga bahan untuk membuat kuih raya.
Mulanya ADAM ok, gembira+aktif
lama kelamaan semakin sayu je mata dia.
alih2 TIDUR..blogger-emoticon.blogspot.com

Nak buat macamana. Barang baru ajer mula nak beli.
Ketepikan barang2 yang dalam troli, ambil pinjam alas bantal
yang ada jual kat TESCO, ADAM pun dibaringkan di dalam troli.
Nak kendong, dukung...

blogger-emoticon.blogspot.comishhhkkk.... MAMI tak mampu. ADAM berat .blogger-emoticon.blogspot.com

Thursday, September 3, 2009

Pagi yang Jerebu

Perjalanan ke tempat kerja pagi ini lancar
Sebabnya
Ted keluar awal jam 7 .10 pagi..[5 minit awal jer]
Apa yang berlaku pagi ini adalah
Kota Bharu J.E.R.E.B.U ?


Tak nampak KBMALL.
Bagusnya kenderaan buka lampu kenderaan



Wisma Persekutuan juga nampak samar..
Ada jugak kereta yang tak bagus untuk membuka lampu..


Kasihan...
Mungkin dalam keadaan jerebe atau malam tadi
seekor kambing menjadi mangsa langgar lari..






Wednesday, September 2, 2009

Bonus Raya???

Ada tak
BONUS RAYA 2009
Jika ada
ALHAMDULILLAH
MURAH REZEKI
kami yang kerja makan gaji ni

Tuesday, September 1, 2009

Trial SPM

Selamat Menghadapi Percubaan SPM 2009
untuk Adik ipar Bongsu Ted
Hasnor Rohaimi Hassan
a.k.a
Acu Adam

KFC jam 1 Pagi

Mlm 31 Ogos 2009
TED layan cerita Sarjan Hassan
[filem P.Ramlee tak membosankan w/pun setiap tahun diulang tayang]
Cerita tamat jam 12 mlm.
ADAM masih tak tidur.
Main gurau dgn Ayah
Mami layan lagu..
''Mami, pakai tudung, kita kuar jalan", kata Ayah
" What??? Jam 12 1.5 dah la, Malas la"
Tapi kalau pi Mcd ok..
[saje je Ted ckp gitu sbb mmg nak TIDUR dah]
"OK, Jom"
Ler...Bersungguhnya Ayah..Ted memain jer.
ADAM: Jom...
Ishk..budak nie..
Nak taknak Ted kenalah bersiap..
Adam terlompat2 HAPPY tengok Mami dia pakai tudung
Kat luar hujan renyai2..
Ayah cakap kita gi KFC Kubang Kerian la
24 Jam jugak. Mami ok je.
Tetiba juga mata yg mengantuk tadi jadi secerah-cerahnya
Di KFC order set ayam 2ketul+udang salut tepung
dan air milo dengan kentang goreng untuk ADAM
Memula makan kentang aje, lepas Ted beri dia rasa
udang tepung, tetiba selera dia bertambah
Kenalah ambik side order untuk ADAM.
Memang berbaloi..
Adam mkn sampai 2 ketul dan air milo separuh dia minum
Sebelumnya tadi dia aktif sangat main
Penat main perut lapar lah
Lepas kenyang, siap main pulak kat
playground yang ada kat KFC tu..
eemmm.. ADAM memang enjoy himself
Ayah dah beri signal nak balik.
Tgok Jam 1.30 pagi
Masuk kereta ajer..
ADAM: Umah... Ee'do..[balik rumah, tidur]
susun fries atas tisu.. Utk tarik minat ADAM makan

Nak makan belek dulu.Takut panas


Try makan udang celup tepung
Nyum..Sedap rupanya


Masa bersahur pagi tadi,Ted dan Hubbie 'bermata sepet'
Mama dan Abah pakat gelak tgok cucunda
ternganga dan nyenyak tidur
Maklumlah kenyang dan enjoy...



Kata Ted pada Hubbie...
Mujurlah kita duduk di Jalan Telipot
Kalau kita duduk di Jalan Tawang
Takdelah kita keluar mlm2 gini kan..
Kata Ayah pada ADAM..
Ni sekali jer tau Ayah bawa keluar makan memalam/awal pagi.
Esok2 takde dah.. boleh pokai Ayah tiap2 malam lepak kedai