Tentang Ted

My photo
::Kota Bharu::, Malaysia
::ObSeS With My AdaM.Luv My Hubbie:: Luv My Family ::
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Friday, April 24, 2009

Buku Baru

Salam kepada semua..
Hari ini hari Jumaat. Bagi kami di Negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis adalah hari cuti hujung minggu. Pagi tadi seperti biasa RUTIN ted jam 8.30 pagi TED akan ke pasar tani di Wakaf Che Yeh dengan MAMA dan ADAM. Balik pasar, TUISYEN 1 jam dengan 'anak2 istimewa TED. hari ini subjek Bahasa Inggeris dengan Mathematics. EN HASNOR ajar Math.
Abis je kelas Hubbie ajak pi KB MALL jap untuk jumpa ketua dia. Hari ini dan esok ada majlis Hari Bertemu Pelanggan bagi Kementerian Pelajaran Malaysia di KB MALL. Dah alang2 ke sana TED ambil la peluang utk beli strawberry chocolate. eemmm lama tak makan. SEDAPPP...
Rm 12.oo utk 3 batang.. rm4.50 utk 1 batang
Pastu pi ke POPULAR utk cari buku latihan baru untuk 'anak-anak' istimewa TED. bolehla dorang cuba menjawab latihan yang pelbagai..

Pastu jumpa pulak BUKU di bawah nie.. Tak pikir panjang TED terus ambik dan bawa ke kauter bayaran.. Dapat plak 15% diskaun utk ahli POPULAR.. Harganya RM15.90.. Memang berbaloi..

detik dihati TED : IBU dah beli ke buku nie. IBU kan peminat CHE DET..

Wednesday, April 22, 2009

Kota Bharu bermandi CAHAYA

Bermula dari Hari Keputeraan Sultan Kelantan 30 Mac hingga akhir APRIL ini, Kota Bharu+Kubang Kerian berpesta cahaya. Semua bangunan memasang lampu kelip2 yang direka mengikut kreativiti . Disamping itu ada juga diadakan Pertandingan Pintu Gerbang Tercantik yang diwakili beberapa Jabatan sepeti JKR, KADA, TNB, dan lain-lain.

Antara gambar Pintu Gerbang yang TED boleh ambik. Cantik2 kanDI Bangunan Darul Naim dimana tempat pusat pertadbiran Negeri Kelantan di hias banyak nya lampu-lampu yang di reka bentuk dan sangat kreatif. Sekali tengok TED rasa macam kat Taman Disneyland..

Memang cantik tempat nie
Disini ramai orang datang membawa anak-anak terutamanya untuk beridah di waktu malam. Memang berbaloi dan TED dapat tengok banyak muka2 ceria anak2 yang dibawa oleh keluarga mereka Namun ada juga yang datang utk 'bermadu kasih' bersama pasangan masing2.. Mencemarkan pulak.. dah le Tak reti Malu ke pada orang2 tuan n kanak2 yang ada di sekitar mereka.


Betapa bercahaya nya Hubbie TED cakap macam ini la org di KB nie nak beriadah + berseronok dgn Family dorang coz di sini tak semua tempat 'hidup'.
Mujurla ada KB MALL n TESCO..

Ada juga yang berniaga di sini.
Contohnya jual belon karektor kartun nie
Keluarga ni menarik perhatian TED..kenapa??
Sebab 'sempoi' je berkain batik n sarung pelikat
ADAM tengah pikir boleh tak nak berenang dalam kolam ni..Adam n Ayahnya

Pergi dan Balik Sekolah

Pagi hari ni seperti biasa memandu dengan cool ke sekolah. [kalu lewat 'hot' la TED drive]
Tiba di trafic light jalan Pengkalan Chepa TED ternamPpak la keta 'sesunggut' nie.. Banyak nya arial atas keta dia... hati TED terdetik. Buat apa byk2 .. Mujurla 'kuali ASTRO' takde atas keta.. Mungkin pemilik kereta ini rasa cool dengan citarasa beliau itu. apa2 pun TED puji kereta kilat+polish abis gitu.. memang COOL...

Kereta yang COOL+byk 'sesunggut'

Pulang dari sekolah pulanya di waktu matahari betul2 atas kepala nie.. PANAS sungguh cuaca sekarang. Aircond pun kurang membantu coz tadinya kereta parking di tempat PANAS juga.
Nie pun time berhenti di simpang 4 jalan nak ke bandar TED ternampak la 1 kain rentang nie..
Wah.. semangat + bangga nya penyokong 'The Red Warrior's' kerana boleh ke Final Piala FA yang akan menentang SELANGOR 25/4 hari Sabtu nie.. main kat Bukit Jalil..MERAH KUNING mesti MENANG ar.. TED kan ANAK SELANGOR..hehee
Yang menarik perhatian TED 'Datanglah beramai2 menyokong pasukan Kita'... Kalu yang pi tu semangat sukan oK tapi jangan la yang beramai-ramai itu adalah yang nak timbulkan HURUHARA pulak..Jangan dek kerana menendang bola sebiji ke GOL itu boleh berlaku hal-hal Negatif.."Lu PikirLa Sendiri"
Iklan MILO n lain2 Iklan di KELANTAN
ada Menggunakan JAWI.. Baguskan TED pun
boleh improve JAWI yang seberapa ni

TAHNIAH

Friday, April 17, 2009

Tgok Cek Rusa


Anak Rusa yang jinak



Hai cek Rusa..Dah makan ke..



Bubai cek Rusa..MAMI nak bawa pi 7-11. Nati ADAM datang melawat lagi


Kesian nya ADAM MAMI.. PAgi Jumaat MAMI ada ngajar tuisyen murid DEAF.MAMI sibuk la ADAM waktu pagi nie Pagi tadi MAMI letak ADAM kat rumah cikYah. Sebelah rumah jer..MAMA n ABAH takde pi Pasar Wakaf BAru.. Selalunya AYAH ada tuk jaga ADAM tapi AYAH nya pi outstation kan. Pulak nya tadi parent murid2 nie lewat ambil anak mereka.. Pas je MAMI tutup pintu,,,...Sarung tudung jom ADAM ., MAMI bawa pi 7-Eleven sambil2 beli top-up hp. Sebelum tu singgah kat depan ASRAMA ZAINAB ada la kandang RUSA kat situ.. ADAM punya la suka 'berbual' dengan rusa2 kat situ.Pulanya rusa2 situ jinak2 belaka. Dah beli milo kotak tu ADAM dalam kereta tu dia dok minum..Abis pulak baju tumpah air akibat dipicitnya.. Pasje MAMI belok jalan masuk rumah tgok2 llleeeee...ADAM MAMI dah lena.. heheheeee.... Menjadi juga taktik MAMI nak tido kan ADAM... takpe asal ADAM puas hati dapat tengok RUSA

2 hari AYAH outstation





Mula dari Khamis hingga Sabtu, EN HASNOR pi Pulau Hentian untuk buat screening murud2 di SK Hentian. Petang TED balik dari sekolah tu ADAM ok lagi. Malam tu pula MAMA,ABAH,TED pi tesco bawa ADAM jalan2..makan2..n main2.. Punya gembira tengok ANAK MAMI nie jerit2 n ketawa besar. Mujur la malam tu senang nak tidur ADAM. Gambar AYAH dia abis tepek ke dinding untuk ADAM tengok hilangkan rindu.. ADAM rindu AYAH.. MAMI pun rindu AYAH...

Wednesday, April 15, 2009

Adam dan Mami






Seminar Disleksia




13 ApriL 2009 bertempat di Dewan Kuliah 6 USM Kubang Kerian , TED hadiri Seminar Disleksia 'Kemarau Berpanjangan'. Seminar ini membincangkan tentang kanak-kanak kategori Kanak-kanak Istimewa yang mempunyai masalah dari segi membaca, menulis dan mengeja. Banyak manfaat dan ILMU-ILMU baru yang TED perolehi. Tapi kan rasanya masa yang diperuntukkan tidak cukup. Lebih baik Seminar ini dibuat 2 hari yang mana setiap Tajuk yang dibentangkan oleh PAKAR2 tertentu amatlah menarik